03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
Bola Sepak: Terengganu, <b>Kelantan</b> mara Posted: 19 Feb 2012 01:03 AM PST PENYERANG Terengganu, Joseph Kalang Tie (tengah) diasak dua pemain Polis pada saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. PENYANDANG juara Terengganu melangkah mudah ke pusingan kedua saingan Piala FA tetapi bakal berdepan cabaran getir bertemu Perak selepas ini, selepas membelasah Polis 4-0 dalam saingan awal di Kuala Terengganu, malam tadi. Ketika naib juara Kelantan dipaksa berhempas pulas sebelum menang 2-1 ke atas Sarawak ketika masa tambahan kecederaan, juara 2010 Negeri Sembilan pula terpaksa mengucap selamat tinggal lebih awal apabila dikejutkan Johor FC 1-2 di gelanggang sendiri. Terengganu yang beraksi tanpa dua tonggak pertahanan Olimpik kebangsaan, Muslim Ahmad dan Zubir Azmi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, memulakan langkah mempertahankan kejuaraan apabila penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Abdul Hadi Yahaya membuka tirai jaringan buat skuad Mat Zan Mat Aris pada minit ke-10 selepas menyempurnakan sepakan sudut Ismail Faruqi. Abdul Manaf Mamat menambah dua gol untuk meletak Terengganu selesa di depan, mula-mula hasil umpanan cantik Abdul Hadi ke dalam kotak penalti yang mudah disudahi pada minit ke-38 sebelum menggegar sekali lagi pada minit ke-65. Francis Forkey Doe memastikan Terengganu menang besar apabila melepasi benteng lawan sebelum menggelecek Al Husairi untuk gol keempat pada minit ke-80. |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan