ads

Ahad, 19 Februari 2012

03 di machang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di machang - Google Blog Search


Pelajar MRSM Dikhuatiri Lemas <b>Di Machang</b>

Posted: 26 Nov 2011 06:41 PM PST

MACHANG – Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai dikhuatiri lemas di Sungai Kemuning di sini ketika bermain bersama-sama rakannya, Sabtu.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Nordin Yahaya berkata Mohd Alif Razuan Azman, 15, dikatakan bermain di sungai itu kira-kira 4 petang semalam.

"Mangsa yang tidak pandai berenang, terus dihanyutkan arus deras dan gagal diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata gerakan mencarinya yang disertai 30 anggota Bomba dan Penyelamat Machang, Pasukan Pertahanan Awam (JPAM) dan dibantu unit skuba serta pasukan sukarelawan bomba dilancarkan sebaik kejadian itu dilaporkan.

Gerakan itu menggunakan enam buah bot penyelamat dengan menumpukan tidak jauh dari kawasan yang dilaporkan hilang. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved