Rabu, 22 Februari 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


~HARDY BOY~: Kontroversi - Penyataan Dato Seri Najib Mengguris <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 08:42 PM PST


Penyataan Dato Seri Najib Yang Mengguris Hati Rakyat Kelantan

Dato' Haji Nik Abdul Aziz terkilan dengan pernyataan yang dilontarkan mengenai kemunduran Kelantan. 
Aku tidak menyokong mana-mana parti politik walaupun bapa aku juga merupakan salah seorang Ahli Politik tetapi penyataan Dato Seri Najib tentang Kelantan merupakan negeri termiskin amat dikesali dan mengguris hati ramai rakyat Kelantan tak kira penyokong pembangkang atau kerajaan. 
Bagi aku, perkataan "miskin" tersebut perlu digantikan dengan "rendah".  Definisi miskin atau mundur juga amat subjektif dan perlu merujuk kepada kos sara hidup. Kenapa tidak dirujuk nilai pendapatan isi rumah serta wang yang masuk ke dalam negeri Kelantan termasuklah drp rakyat Kelantan setiap bulan? Pernyataan tersebut perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang kerana di Putrajaya sekalipun, ramai pemimpin-pemimpin negara yang terdiri daripada rakyat Kelantan yang bersama-sama membangunkan negara ini. 
"Pendapatan per kapita tidak menunjukkan sebarang pengagihan pendapatan di dalam negari dan oleh itu, segolongan kecil yang amat kaya boleh meningkatkan pendapatan per kapita yang diukur jauh melebihi pendapatan sebenar yang diterima oleh kebanyakan penduduk". Rujuk maksud
Pendapatan Per Kapita.

Jika ada negeri yang miskin di negara ini, rakyat akan  menuding kepada pihak terttinggi kerajaan kerana menjadi kewajipan mereka untuk membangunkan semua negeri termasuk Sabah Sarawak kerana segala kutipan hasil cukai, hasil bumi mahupun saman sekalipun dan pelbagai lagi punca ekonomi negara daripada wang rakyat daripada setiap negeri dikumpulkan oleh kerajaan Pusat tanpa mengira fahaman politik (bukannya diambil sepenuhnya oleh kerajaan negeri) sebelum diagih-agihkan kepada setiap negeri. Perdana Menteri sendiri yang melaungkan slogan "1 Malaysia" untuk menyatupadukan semua rakyat di negara ini. Sabah Sarawak sekalipun walaupun mustahil untuk dirampas oleh pihak pembangkang, juga perlu dibangunkan dengan lebih pesat lagi dan tidak dianaktirikan.


Jika hidup di kotaraya besar (kos sara hidup tinggi) dengan pendapat di bawah RM500 sahaja, seorang itu boleh dianggap lebih miskin berbanding penduduk yang dihidup di luar bandar. Walau di kotaraya sekalipun yang dikatakan membangun, masih ramai yang hidup bergelimpangan dan tanpa rumah. Aku sendiri beberapa tahun pernah tinggal di kawasan perumahan elit di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu, nak jumpa rumah orang Melayu pun bukan main susah. Bagi aku, bangsa Melayu perlu memecahkan "penguasaan" tersebut, jika bangsa lain mampu beli rumah di kawasan tersebut mengapa tidak bangsa Melayu. 

Ramai ahli politik BN di Kelantan mengeluh dengan statement ini yang telah membangkitkan kemarahan rakyat di Kelantan, menyebabkan peluang untuk Barisan Nasional untuk menakluk Kelantan turut terjejas. Sentimen kemiskinan ini juga yang dianggap isu sensitif pernah dimainkan pada tahun 2000 oleh media massa, natijah yang sama menyebabkan Barisan Nasional makin sukar untuk menembusi kubu kuat PAS.  Saya tidak menyokong kepada mana-mana parti politik, tetapi selagi Kelantan tidak dapat ditakluk BN, maruah BN masih lagi tercabar, jika hebat takkanlah negeri yang dikatakan "miskin" ini tak dapat ditakluk...
 Bagi aku, selagi isu kemiskinan ini terus dimainkan, selagi itulah Barisan Nasional sukar untuk memecahkan kubu di Kelantan. Bagi aku, Barisan Nasional perlu membuktikan kejaguhannya merampaskan Kelantan (yang dikatakan miskin itu), barulah terbukti kejaguhannya. Jika negeri-negeri maju boleh ditakluk, kenapa tidak Kelantan????   Wallahuallam....
Bagi aku, aku begitu hormat dengan bangsa-bangsa lain seperti kaum Cina dan India yang begitu kuat bersatu-padu untuk membangunkan bangsa mereka sebegitu hebat, sebaliknya bangsa Melayu sepatutnya perlu terus dibantu supaya tidak terus ter"buang" di negeri sendiri, jangan sampai "Menang sorak, Tanah Tergadai".... 
Apa gunanya segala kemewahan jika Bangsa Melayu suatu hari nanti Bangsa Melayu terus "terbuang" di negeri sendiri??? Bagi aku, negeri Kelantan merupakan antara negeri yang majoriti penduduknya adalah Bangsa Melayu. Bagi aku,  pihak kerajaan (yang majoritinya adalah Melayu)  juga perlu memainkan peranan untuk terus membangunkan bangsa Melayu.....

RBF Online: Siapa <b>Di</b> Sebalik Dinar Emas <b>Kelantan</b> ?

Posted: 04 Oct 2010 05:00 PM PDT

Sungguh senang menjadi pemerintah di Kelantan. Pagi masuk pejabat goyang telur atau pun boleh pergi buang masa ke mana-mana sahaja tanpa perlu memikirkan kerja di pejabat atau kerja kepada rakyat.

Manakala pada malam hari pula pergi berceramah. Habis ceramah duit masuk poket. Selepas itu balik peluk bini, pilih sahaja nak balik ke rumah bini yang mana pada malam itu.

Jika rakyat ada mengadu masalah, jawapannya mudah sahaja. Itu kerja kerajaan pusat atau kerajaan pusat tak bagi bantuan kepada Kelantan.

Saya bagi dua contoh

Gambar diatas menunjukkan seorang exco yang kononnya bijak pandai mengurus ekonomi Kelantan dan bijak mengira royalti minyak boleh buang masa di mahkamah untuk seorang peliwat. Dari Kota Bharu sanggup datang ke KL untuk perkara itu. Seolah-olah tiada kerja di pejabat. Gambar tersebut dirakam semasa dia hadir untuk perbicaraan kes liwat papa Nurul Izzah pada febuari lepas.

Yang kedua pula adalah pasal dinar emas Kelantan.

Sebenarnya dinar emas Kelantan bukan perkara baru. Ianya telah wujud sejak tahun 2006 lagi. Pelancaran yang dibuat pada bulan puasa yang lepas adalah pelancaran kitar semula. Sebab itu saya kata mereka ini tiada kerja.


Semasa diancarkan pada tahun 2006 dinamakan Emas Dinar Kelantan dan pada tahun ini lancar pula sekali lagi dan dinamakan Dinar Emas Kelantan. Dok pusing gitu ja.

Saya rasa empat tahun lagi mereka akan pusing nama Kelantan Dinar Emas pula dan lancar sekali lagi . Itu pun jika hayat politik mereka di Kelantan masih ada. Jika dilihat kepada kedaaan sekarang saya nampak hayat politik mereka sudah berat. Sudah sampai haulnya.

Kadangkala saya merasa kesian kepada penyokong-penyokong Pas di Kelantan. Sebaik dengar sahaja dinar emas dilancarkan, maka keesokan paginya awal-awal pagi lagi sudah beratur di premis yang menjual dinar tersebut.

Tetapi mereka tidak tahu siapa di belakang syarikat Kelantan Golden Trade Sdn Bhd iaitu syarikat yang menjual dinar tersebut.

La ni ambo nak tunjuk, nanti pakat-pakat gi ghoyak ko ore kelate sapa hok duduk belakang tu.

Semua itu politik dan nak cari untung semata-mata dan rakyat tertipu dengannya. Dinar emas, gelang emas, rantai emas, subang emas semuanya sama sahaja. Tidak ada apa istimewanya dinar emas itu. Sengaja dibuat supaya ianya nampak istimewa kerana ada orang yang cuba nak naikkan balik imejnya yang tercalar teruk di Kelantan sekarang dan juga sebagai talian hayat politiknya.

Kerana terlalu bengong dan tak tahu nak buat apa untuk pulihkan imejnya maka dia pergi lancar balik dinar yang pernah dilancarkan pada tahun 2006. Bengong...

Sila double klik pada setiap imej untuk melihatnya dengan jelas, dan sila beri tumpuan kepada nama-nama yang saya kuningkan.



Bersambung lagi...
Akan datang saya akan ceritakan kisah sekumpulan orang upahan datang ke satu rumah dan cuba memancing tuan rumah tersebut keluar kononnya nak bincang pasal PIBG. Cerita tersebut disampaikan kepada saya oleh seorang rakan dan saya sedang berusaha untuk berjumpa dengan orang yang menjadi mangsa bagi mendapatkan pengesahan dan gambaran sebenar kejadian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads