di negeri kelantan - Google Blog Search |
<b>Negeri</b> Termiskin <b>di</b> Malaysia. <b>Kelantan</b> VS Sabah? | Berita Semasa Posted: 19 Feb 2012 08:51 PM PST Kalau sebelum ini berdasarkan laporan Bank Dunia meletakkan negeri Sabah sebagai sebagai negeri termiskin di Malaysia. Itu data sekitar tahun 2010. Sekarang? Kredit gambar : puadede.com Walaubagaimanapun, maklumat dan data yang diterima oleh Datuk Najib dan memaklumkan kepada penduduk di Sabah tempoh hari, yang mana negeri termiskin di Malaysia adalah Kelantan bukannya Sabah. Sedutan Ucapan Datuk Najib : Negeri Termiskin di Malaysia Adalah KelantanSempat juga Datuk Seri Najib Razak bermain teka-teki dengan penduduk Kampung Nala, Lahad Datu Sabah….. Dan Datuk Najib turut bersama-sama menjawab soalan tersebut dan mengatakan Kelantan, negeri paling termiskin di Malaysia. Kepada Datuk Najib, boleh kami rakyat Malaysia melihat data tahun 2012 yang terkini itu? Ini kerana kami cuba membuat semakan di Unit Perancang Ekonomi (EPU). Malangnya data dan statistik yang disediakan hanyalah berakhir pada tahun 2009 sahaja. Mengapa masih tidak mengemaskinikan data tersebut? Hasil rujukan kami di laman web Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga laman web Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan data seperti di bawah ini : Statistik tahun 2007 Statistik tahun 2009 Bagi kami tidak kira di mana-mana negara sekalipun, pasti akan ada data kawasan yang kurang maju, kawasan yang maju, negeri terkaya dan negeri yang termiskin. Itu sudah pasti. Tetapi yang paling pentingnya, tidak kira mana-mana negeri sekalipun yang dikategorikan sebagai negeri termiskin di Malaysia Perdana Menteri mesti ada tanggungjawab terus bersama-sama memajukannya.
Bukankah negeri Sabah, negeri Kelantan, negeri Terengganu, negeri Selangor, negeri Johor dan semua negeri yang lain merupakan gabungan negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan juga Malaysia? Dan sebagai seorang Perdana Menteri dan barisan kepimpinannya memang tugas dan peranannya memajukan setiap pelusuk kawasan dan mana-mana negeri di Malaysia. Apatah lagi memperlekehkan mana-mana negeri di Malaysia tidak boleh sama sekali. |
SABAH <b>NEGERI</b> TERMISKIN <b>DI</b> MALAYSIA BUKAN <b>KELANTAN</b> Posted: 21 Feb 2012 04:53 PM PST NAJIB AUTA!!! Tuduh Kelantan, Hakikatnya Sabah Negeri Termiskin Menurut Bank DuniaSeandainya benar seperti yang dilaporkan oleh Rontog Daily yang memetik berita dari Merdeka Review, sememangnya ia adalah sesuatu yang amat malang. Penafian yang dibuat dalam bentuk enggan membenarkan penyiaran dokumentari tentang kedaifan serta kemiskinan di Sabah, akan hanya membuatkan rakyat yang sebenarnya hidup dalam alam realiti berbanding angka dan gelembong besar pemimpin, bertambah marah terhadap kerajaan sedia ada. Walaupun sebahagian besar persepsi bahawa Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia tidak benar, memandangkan kebanyakan masyarakat miskin di negeri tersebut merupakan golongan pendatang haram dari negara-negara jiran, namun sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah, prasarana di negeri tersebut masih terlalu jauh kalau dibandingkan dengan yang terdapat di Semenanjung. Berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah negeri berautonomi yang mempunyai corak pentadbiran yang berbeza sungguhpun kebanyakan peruntukan datangnya dari Putrajaya. Kemiskinan masyarakat bukanlah sesuatu yang wajar disorok. Sebaliknya ia perlu didedahkan agar tindakan dapat diambil untuk mengatasi masalah. Walaupun cuba dinafikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di Sabah, terdapat banyak kepincangan yang sehingga kini masih belum berjaya diatasi oleh kerajaan negeri. Bekalan air, elektrik, jalan raya, bahkan liputan telefon dan Internet juga merupakan sebahagian daripada kepincangan yang banyak menyusahkan orang luar yang datang ke Sabah. Anehnya kebanyakan wakil-wakil rakyat Sabah, walaupun sepenggal kelihatan cukup kaya dan sangat kaya. Alasan saiz Sabah yang lebih besar berbanding mana-mana negeri di Semenanjung sebenarnya tidak cukup kuat untuk banyak pihak mempersoalkan, ke mana hala peruntukan pembangunan digunakan di Sabah. Setidak-tidaknya, Sabah sepanjang mengasaskan kewujudan Malaysia bersama-sama Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu, sudah pun mempunyai jajaran dan jalinan jalan raya yang baik. Perjanjian Malaysia tidak memungkinkan Kerajaan Pusat turut campur tangan dalam urusan pembangunan Sabah, namun nampak gayanya perubahan itu perlu dibuat demi kesejahteraan penduduk serta rakyat Sabah. Tiada gunanya rakyat Sabah memiliki ahli-ahli politik yang sangat bijak berpolitik tetapi pada masa yang sama, mereka masih kekal ketinggalan berbanding rakyat di negeri-negeri lain. Setidak-tidaknya, rakyat tempatan Sabah tidak perlu keluar dari negeri itu berhijrah ke Semenanjung semata-mata untuk mencari rezeki atau tidak perlu lagi malu dengan anak-anak kecil yang tidak mampu bersekolah seperti dalam dokumentari yang dipancung dan dilarang siar itu! ULASAN Najib memang penipu besar secara bersiri. Dia cakap ikut sedap mulut dia saja. Bukti nahe. Apabila rakyat tunjuk bukti macam ni, apa cara UMNO/APCO-BN nak spin? Masih ingat lagi apa kata Pak Lah di Dewan Rakyat fasal kemiskinan ni? Pak Lah kata Sabah negeri pertama termiskin. Sarawak negeri kedua termiskin. Terengganu negeri ketiga termiskin. Semuanya negeri BN. Malulah sikit. Pak Lah kata Kelantan menduduki tempat keenam dalam senarai tu. Ada faham? Kalau betul-betul nak tengok kedudukan sekarang, buatlah kajian kalau berani. Biar semua rakyat tengok. Seelok-eloknya sebelum PRU Ke-13. Seandainya benar seperti yang dilaporkan oleh Rontog Daily yang memetik berita dari Merdeka Review, sememangnya ia adalah sesuatu yang amat malang. Penafian yang dibuat dalam bentuk enggan membenarkan penyiaran dokumentari tentang kedaifan serta kemiskinan di Sabah, akan hanya membuatkan rakyat yang sebenarnya hidup dalam alam realiti berbanding angka dan gelembong besar pemimpin, bertambah marah terhadap kerajaan sedia ada. Walaupun sebahagian besar persepsi bahawa Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia tidak benar, memandangkan kebanyakan masyarakat miskin di negeri tersebut merupakan golongan pendatang haram dari negara-negara jiran, namun sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah, prasarana di negeri tersebut masih terlalu jauh kalau dibandingkan dengan yang terdapat di Semenanjung. Berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah negeri berautonomi yang mempunyai corak pentadbiran yang berbeza sungguhpun kebanyakan peruntukan datangnya dari Putrajaya. Kemiskinan masyarakat bukanlah sesuatu yang wajar disorok. Sebaliknya ia perlu didedahkan agar tindakan dapat diambil untuk mengatasi masalah. Walaupun cuba dinafikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di Sabah, terdapat banyak kepincangan yang sehingga kini masih belum berjaya diatasi oleh kerajaan negeri. Bekalan air, elektrik, jalan raya, bahkan liputan telefon dan Internet juga merupakan sebahagian daripada kepincangan yang banyak menyusahkan orang luar yang datang ke Sabah. Anehnya kebanyakan wakil-wakil rakyat Sabah, walaupun sepenggal kelihatan cukup kaya dan sangat kaya. Alasan saiz Sabah yang lebih besar berbanding mana-mana negeri di Semenanjung sebenarnya tidak cukup kuat untuk banyak pihak mempersoalkan, ke mana hala peruntukan pembangunan digunakan di Sabah. Setidak-tidaknya, Sabah sepanjang mengasaskan kewujudan Malaysia bersama-sama Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu, sudah pun mempunyai jajaran dan jalinan jalan raya yang baik. Perjanjian Malaysia tidak memungkinkan Kerajaan Pusat turut campur tangan dalam urusan pembangunan Sabah, namun nampak gayanya perubahan itu perlu dibuat demi kesejahteraan penduduk serta rakyat Sabah. Tiada gunanya rakyat Sabah memiliki ahli-ahli politik yang sangat bijak berpolitik tetapi pada masa yang sama, mereka masih kekal ketinggalan berbanding rakyat di negeri-negeri lain. Setidak-tidaknya, rakyat tempatan Sabah tidak perlu keluar dari negeri itu berhijrah ke Semenanjung semata-mata untuk mencari rezeki atau tidak perlu lagi malu dengan anak-anak kecil yang tidak mampu bersekolah seperti dalam dokumentari yang dipancung dan dilarang siar itu! ULASAN Najib memang penipu besar secara bersiri. Dia cakap ikut sedap mulut dia saja. Bukti nahe. Apabila rakyat tunjuk bukti macam ni, apa cara UMNO/APCO-BN nak spin? Masih ingat lagi apa kata Pak Lah di Dewan Rakyat fasal kemiskinan ni? Pak Lah kata Sabah negeri pertama termiskin. Sarawak negeri kedua termiskin. Terengganu negeri ketiga termiskin. Semuanya negeri BN. Malulah sikit. Pak Lah kata Kelantan menduduki tempat keenam dalam senarai tu. Ada faham? Kalau betul-betul nak tengok kedudukan sekarang, buatlah kajian kalau berani. Biar semua rakyat tengok. Seelok-eloknya sebelum PRU Ke-13. |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan