03 di galas kelantan - Google Blog Search |
Posted: 20 Feb 2012 08:29 PM PST Oleh MUHAMMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN Malam 4 November yang lalu begitu meresahkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Setelah lebih daripada seminggu berhempas-pulas berkempen di dua lokasi "panas", iaitu di Dewan Undangan Negeri Galas (Kelantan) dan Parlimen Batu Sapi (Sabah), akhirnya siapa yang berhak mengecap kejayaan bakal terjawab. Tepat pukul 8.30 malam, semua perhatian tertumpu kepada keputusan rasmi yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kecil di kedua-dua kawasan. Amat mengejutkan apabila calon BN diumumkan menang di kedua-dua kawasan. Yang paling mengejutkan, BN memperoleh majoriti undi dua kali ganda berbanding dengan keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu. Di Galas, calon BN-UMNO, Abdul Aziz Yusoff, berjaya merampas kembali kerusi yang dimenangi PR semasa PRU ke-12. Beliau menewaskan calon PR-PAS, Dr. Zulkefli Mohamed dengan majoriti 1190 undi. Di Parlimen Batu Sapi pula, calon BN-PBS, Datin Linda Tsen Thau Lin mengekalkan kerusi yang dimenangi suaminya itu dengan mendapat undian sebanyak 9124 undi mengalahkan dua lagi orang calon, masing-masing daripada Parti Maju Sabah, Datuk Yong Teck Lee (1750 undi) dan calon PKR, Ansari Abdullah (2919 undi). Majoriti undi yang diperoleh BN ialah 6359 undi. Adakah kemenangan BN di kedua-dua kawasan ini merupakan isyarat awal bahawa BN sudah kembali mendapat keyakinan rakyat ekoran ikrar Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang akan membuat transformasi besar-besaran sejak menerajui BN amnya dan UMNO khususnya? Pendekatan kempen yang digerakkan oleh jentera BN pada pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan ini sememangnya berbeza daripada kempen BN dalam sebarang pilihan raya sebelum ini. Pembaharuan pendekatan kempen ini sejajar dengan Najib yang mahu "budaya politik baharu" diamalkan oleh BN. Pendekatan "sentuhan terus" kepada pengundi melalui kaedah "turun padang" dan tidak bercakap mengenai sensitiviti parti dan personaliti calon lawan, nyata memberikan hasil yang berbaloi kepada BN. Selain itu, dalam menarik keyakinan pengundi kepada BN, pendekatan baharu kempen BN begitu "memikat" hati pengundi muda yang merupakan undi "penentu" kemenangan calon di kedua-dua buah kawasan. Hal ini terbukti berdasarkan pola pengundian di saluran empat yang kebanyakannya memihak kepada BN. Adakah "budaya politik baharu" merupakan formula yang dicari-cari oleh BN untuk menjamin bahawa pengundi khususnya pengundi muda tidak "berpaling tadah" pada PRU ke-13 |
You are subscribed to email updates from di galas kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan