Jumaat, 24 Februari 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Pilihan Raya: kalau BN menang Dun <b>Jelawat</b> Penduduk dapat rm1000

Posted: 24 Feb 2012 08:09 PM PST

semalam mak mertua syira singgah untuk bermalam dirumah syira sehari setelah pulang melawat kakak ipar syira di jerantut yang telah bersalin pada minggu lepas...

dan semalam juga pelbagai cerita yang telah dikongsi bersama... tidak terkecuali dalam hal politik. sesungguhnya post ini dipublishkan bukan untuk menceritakan apa-apa, melainkan syira ingin bagitahu bahawa kuasa wang amat besar mempengaruhi minda orang melayu yang amat miskin dengan harta!!! opsss...sori....

perbualan yang ringkasnya begini..

 

Mama: ma rasa tahun ni bakali dapat ke ameno doh dun jelawat tu?

Syira : nampak karo gitulah...mugo banyok kan orang kita dapat pitis.

Mama: baru ni ma g turun mesyuarat...tok ketua ni cakaplah...tahun ni bagilah dun kita menang ke BN, kalau menang, najib janji nak bagi duit rm1000 seorang....

Syira : owhhh....yeke? kalau gitu harapan besorlah BN tu....

 

nampak?...syira tidak berpihak mana-mana pihak atau bahasa mudahnya, syira memilih parti bebas, tak mengundi pun tak kisah...kejam-kejam...hahahha

 

apa-apa pun..perkongsian ini hanyalah sebahagian daripada cerita yang diberbicara dengan mak mertua syira dan tidak ada niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

anda sebagai pemilih...mngundilah dengan bijak...kerana mengundi itu adalah hak masing-masing... tapi ingat...jangan sampai kerana tersilap memilih kita turut menanggung musibah di atas apa yang telah kita lakukan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads