Khamis, 2 Februari 2012

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


9 ditangkap cuba buat sekatan <b>di Gua Musang</b> - AR RISALAH <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2012 06:51 PM PST

Lapan Orang Asli dari masyarakat Temiar di Gua Musang ditangkap selepas mereka cuba untuk mengadakan sekatan bagi menghalang pembalak memasuki kampung mereka.

Peguam Siti Kassim, yang telah cuba untuk campurtangan bagi pihak masyarakat Orang Asli, turut ditangkap.

Ketika dihubungi, rakan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri berkata Siti telah memaklumkan kepadanya kesemua mereka dibawa ke ibupejabat polis daerah Gua Musang pada sekitar jam 5 petang untuk memberi kenyataan.

"Siti telah menasihatkan masyarakat Orang Asli mengenai hak mereka di segi undang-undang tetapi pihak polis menuduhnya menghasut protes tersebut," katanya.

Masyarakat Orang Asli di sekitar Gua Musang telah memutuskan untuk meneruskan sekatan tersebut selepas rayuan mereka kepada kerajaan negeri Kelantan tidak diperdulikan.

Ketika dihubungi sebelum ini, wakil masyarakat terbabit, Kamal Alek, berkata kira-kira 700 Orang Asli dari 31 kampung berkumpul untuk menetapkan mengadakan sekatan di jalan utama ke Kampung Parit.

"Polis Gua Musang telah meminta kami memberi lebih banyak masa untuk mengadakan perbincangan, tetapi jika kita terus menunggu, sedang pembalakan berterusan, apa yang akan tinggal di kampung kami?" katanya.

Kira-kira 20 anggota polis ditempatkan di tempat di mana masyarakat Orang Asli itu merancang mengadakan sekatan.

Sekatan pertama bermula pada 4 Januari tetapi dibatalkan dua hari kemudian selepas mereka diberi jaminan bahawa mesyuarat akan diadakan dengan kerajaan negeri dalam masa dua minggu.

Kamal berkata operasi pembalakan telah menceroboh tanah pertanian mereka.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri telah diberi kelulusan kepada program Ladang Rakyat tanpa mengambil kira masyarakat tempatan.

Program Ladang Rakyat merupakan projek pertanian yang membabitkan pembersihan sebahagian daripada kawasan hutan yang menjadi tempat Orang Asli bergantung hidup.

Ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Orang Asli di kawasan Gua Musang, yang mendakwa tanah nenek moyang mereka dirampas oleh kerajaan negeri dan diberikan kepada syarikat pembalakan.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkata tanah terbabit adalah milik kerajaan negeri kerana ia tidak diwartakan sebagai tanah simpanan Orang Asli.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk Orang Asli <b>Di Gua Musang</b> Terputus Hubungan

Posted: 02 Jan 2012 06:49 PM PST

GUA MUSANG – Kira-kira 2,000 penduduk Orang Asli dari 30 kampung sekitar Pos Balar dan Hau dekat sini, terputus hubungan apabila jambatan kayu yang menghubungkan mereka dengan jalan utama runtuh Isnin.

Berikutan kejadian pukul 4 petang itu juga 20 guru Sekolah Kebangsaan Balar termasuk guru besarnya yang dalam perjalanan ke sekolah tersebut terkandas.

Selain itu, runtuhan tanah dilapor berlaku di beberapa kawasan di laluan menuju ke pos terbabit dan menghalang semua jenis kenderaan melaluinya susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas.

Guru Besar SK Balar, Zakaria Mustapha berkata beliau bersama 19 guru dan 16 murid anak Orang Asli yang dalam perjalanan ke sekolah berkenaan terpaksa berpatah balik untuk bermalam di bandar Gua Musang.

Katanya, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Pelajaran Daerah Gua Musang dan kini terpaksa menunggu jambatan tersebut dibaiki sebelum dapat ke sekolah yang terletak beberapa kilometer dari jambatan runtuh. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

Kayu Balak Runtuh <b>di Gua Musang</b> (Sinar Harian)

Posted: 03 Jan 2012 02:23 AM PST

GUA MUSANG - Seramai 2,000 penduduk Orang Asli di 30 kampung sekitar Pos Balar dan Hau dekat sini, terputus hubungan apabila jambatan kayu balak yang menjadi perhubungan penting mereka runtuh, petang semalam.
Kejadian jambatan kayu balak yang runtuh kira-kira jam 4 petang itu berhampiran Kampung Lambok, Kuala Betis mengakibatkan penduduk sekitar Pos Balar, Hau, Dakoh, Belatin, Cherok, dan Sampadek berdepan dengan banyak masalah.
Berikutan kejadian itu seramai 20 guru Sekolah Kebangsaan Balar, termasuk guru besarnya yang berkonvoi motosikal dan lima kenderaan terkandas di situ.
 Selain jambatan, beberapa kejadian bukit runtuh yang hampir menutup laluan jalan ke pos terbabit juga berlaku di sepanjang jalan itu hingga mengalang sebarang kenderaan melaluinya akibat daripada hujan lebat berterusan sejak seminggu lalu.
Guru Besar SK Balar, Zakaria Mustapha berkata, beliau pertama kali menunggang motosikal bersama guru lain untuk memulakan tugas di sekolah itu sesi buka sekolah esok, tetapi berdepan kejadian jambatan runtuh.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu, beliau bersama 19 lagi guru dan 16 murid anak Orang Asli yang dalam perjalanan ke sekolah berkenaan terpaksa berpatah balik untuk bermalam di bandar ini.
Katanya, beliau yang mula lapor diri untuk bertugas di sekolah tersebut November tahun lalu dan ketika itu menaiki kenderaan pacuan empat roda walaupun berdepan dengan kejadian jalan rosak teruk.
Menurutnya, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang dan terpaksa menunggu pembaikan jambatan itu untuk meneruskan perjalanan.
"Kami terkejut melihat jambatan kayu balak itu runtuh tiba-tiba, tetapi bernasib baik tidak kebetulan rombongan kami berada di atas jambatan terbabit jika tidak tak tahulah apa yang terjadi.
Seorang penduduk Orang Asli, Along Uda, 38, berkata kejadian jambatan kayu balak yang runtuh itu pertama kali berlaku di jalan berkenaan dan selama ini hanya berlaku kerosakan jalan sahaja.
Katanya, memang jalan ke 30 kampung pendalaman itu berdepan risiko kerana bukan sahaja jambatan yang runtuh, sebaliknya banyak tempat lagi runtuh yang jejas laluan.
Full content generated by
Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads