Khamis, 2 Februari 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


.......is all about my beautiful life!: Shopping <b>di Rantau Panjang</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 06:58 AM PST

Review Shopping di Rantau Panjang, Kelantan.

Dari Kota Bharu ke Rantau Panjang is about 30 minutes jugak.. lagi best dtg 2 kete biler pergi jalan2 dalam town naik satu kete sbb asyik la terlepas dari kete satu lagi.. bole pulak jam dalam hospital dekat sejam tanpa bunyi hon di KB tuh..pergggggghhhh! tensi!!! ok! ape yang bole aku ckp kan, kalau nak beli toto beli kat sini. RM35 je kalau kat Pengkalan Kubor RM38.. kalau kat KL faham2 sendiri!heeeeeee.. yg best Rantau Panjang dari Pengkalan Kubor : Toto murah, baju pun okay jugak.. best jugak! mcm2 ade sini.. tak nyesal beli sini.. cume pinggan mangkuk mahal dari Pengkalan Kubor.kalau rase2 tak tahan pnas, tak yah la dtg.. soping sini kene kental jiwa! Dengan Jam dari pintu masuk pas tu berjalan kaki di bwah matahari terik.. ade bran? mmg kat sini jam memanjang! lebih baik park kat parking bus & jalan kaki masuk sane.. kalau nampak imigeresen jgn masuk melainkan ko bawak passport. aku igt imigresen tuh pintu masuk sbb nak check beg.. seb baik tanya dgn orang yg pki uniform. dari imigren ke Pasar besar Rantau Panjang tu dlm 10 minit masuk dalam..kat sini dekat dengan Sungai golok, kalau Pengkalan Kubor dekat dengan Tak Bai, siam. Motor plat thailand mmg bersepahhhh...aku lagi suke soping kat RAntau Panjang cume hati kene kental! barang byk , cantik2 pulak tuh! oh! lupe nak bgtau, pkol 6 petang psar ni dah tutup. kononnya dari Rantau Panjang nak singgah Pengkalan Kubor. haremmm.. smpi2 dah Pasar Pengkalan Kubor dh tutup u olz!!!!mase nih tak pix sbb dah menggelepar kepanasan..

Review Shopping di Pengkalan Kubor, Kelatan



**ni je gambar yang sempat snap kat Pengkalan kubor..

repeat yg semalm, smpi jugak kat Pengkalan Kubor! aku kene tipu dgn cik kedai yang jual sia tuh (org johor panggil mangkuk tingkat). korang kalau nak beli pinggan mangkuk sini mmg murah! jgn beli tempat lain, beli je kat kedai IMIPIAN SURI!confirm murah!lagi murah dari pasar tuh.. aku kene tipu wehh! kat pasar aku beli RM50, kat kedai tuh jual RM44.90.. tak ko menyirap!! menyesal gile2!!!! sah2 la kat kedai tu mmg dia simpan elok!! jersi pun mahal jugak, tk bole kurang!ekceli Pengkalan Kubor ni tak pergi pun tak pe.. tak bape best walaupun tak jam segala.. kau akan rase bosan! dan tudung harga KL.. bole gitw? mentang aku tak kecek dia nak tekan aku! hrmmm.. takde ke manenya aku nak beli..baik beli kat Jln TAR kalau harga dah semo!

overall dan konklusinya , jauh perjalanan luas pemandangan.

**just snap from car.. iklan pun bahasa kelate ..


**ni toto beli kat Pengkalan kubor ye , kengkawan!

kat Kelantan jangan risau pasal solat, mane2 ade masjid.. bole kata tak smpi 1km dah ade masjid atau surau..

Cume pesan aku, kalau korang tak bole terima hakikat mutabak dan sume lauk manis mcm aku, baik masak sendiri atau makan roti..heeeeeeeeeeeeeee

sekian utk entry Kota Bharu dan sekitarnya. bersambung entry singgah bermalam di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu untuk balik ke KL

Full content generated by Get Full RSS.

Sungai Rapat Online: Dua maut nahas kereta, lori <b>Di Rantau Panjang</b>

Posted: 09 Dec 2011 12:46 PM PST


Seorang wanita tidak menyangka kemalangan maut disaksikan di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu ketika dalam perjalanan bersama suami untuk ke rumah ibu saudaranya di sini, melibatkan adiknya yang merupakan antara dua mangsa yang terkorban.

Bagaimanapun, Rosneeda Che Kamaruddin, 23, dari Batu Gajah, Tanah Merah, berkata, dia tidak berhenti melihat kemalangan itu yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi.

Rosneeda berkata, adiknya, Lukmannulhakim , 21, keluar terlebih dahulu dari rumah mereka di Kampung Cherang Lali, bersama dua rakannya dengan menaiki kereta lain dan menuju ke rumah ibu saudara mereka bagi menghadiri majlis kenduri.

"Saya dan suami keluar kemudian. Namun perjalanan kami tersekat apabila jalan di Kilometer 10 sesak akibat kemalangan.

"Kami lalu meneruskan perjalanan dan tidak berhenti menjenguk tanpa menyedari mangsa kemalangan adalah adik saya sendiri.

"Saya masih terkejut dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon adik saya sendiri yang mungkin dihantar polis," katanya ketika di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini hari ini.

Dalam kemalangan itu, Lukmannulhakim dan rakannya, Mohamad Aiezat Sharifuddin, 21, maut manakala pemandu kereta Proton Iswara yang mereka naiki, Sazali Muhamad, 21, cedera parah dan dirawat di Hospital Pasir Mas.

Mohamad Aiezat berasal dari Kampung Jerangau, Tanah Merah, manakala Sazali berasal dari Kampung Gual Petai Lima.

Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu gagal dikawal ketika melalui sebuah selekoh lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Katanya, kereta itu lalu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ayam mengakibatkan kesemua mangsa terhumban ke gaung sedalam tiga meter.

Bapa Sazali, Muhamad Derasa, 54, berkata, keadaan anaknya masih parah akibat kecederaan di kepala dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Makheter Yaakcob ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full content generated by Get Full RSS.

kerdipanbintang: Aku dan <b>Rantau Panjang</b> Kelantan (siri 1)

Posted: 25 Jan 2012 07:06 AM PST

Kelmarin aku balik ke tanah tumpah darah - Rantau Panjang Kelantan. Uiss macam jauh je bunyinya. hehe. Padahal jarak aku menetap sekarang dengan Rantau Panjang cuma sejam setengah je.
Rantau Panjang - Wah!! Sibuknya. Penuh dengan pelancong. Pelancong dari seluruh negeri. Cuti tahun baru Cina katakan. Tapi aku perhatikan kebanyakan pelancong semuanya orang Melayu. Orang Melayu dari seluruh negeri di Malaysia. Orang cina? tak nampakpun. hehe ..
Rantau Panjang - di sanalah aku dilahirkan dan dibesarkan. Bersekolah kat sana juga. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah Menengah. Dari darjah satu hingga ke tingkatan 5. Cuma bila naik tingkatan 6 aku ke sekolah Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas. Habis tingkatan 6 terus masuk UKM ..  habis UKM terus posting ke Sabah. 10 tahun kat Sabah. Menjelajah aku kat negeri Sabah. Nyaris-nyaris tergoda (digoda?) dengan orang perempuan Sabah. Cina kadazan pula tu. Kristian pula tu .. adoii .. 
Rantau Panjang – Pusat beli-belah. Macam-macam ada ..  Suka betul aku tengok dan perhatikan orang perempuan & lelaki dari negeri-negeri lain datang sini. Macam-macam gaya. Macam-macam dibimbitnya. Macam-macam dibelinya. Aku pula? sekadar beli buah limau siam 2 kilo je.
Rantau Panjang – penuh nostalgia bagiku. Zaman aku bersekolah menengah.
Rantau Panjang - kat tapak pasar sekarang inilah tempat aku berjalan malam-malam tenangkan fikiran. Merenung masa depan ..
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads