Khamis, 9 Februari 2012

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Masyarakat Cina <b>Di Kelantan</b> Sokong BN

Posted: 05 Feb 2012 01:26 AM PST

JELI – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan pembangkang bahawa kaum Tionghua di negeri itu tidak akan menyokong parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya yakin bahawa  masyarakat Cina di negeri ini akan menyokong BN kerana perkara itu boleh dibuktikan melalui kehadiran besar masyarakat Cina dalam majlis yang diadakan BN di Kelantan.

"Masyarakat Cina hadir dengan jumlah yang begitu besar dalam satu majlis BN baru-baru ini, dan ini antara bukti sokongan mereka semakin meningkat di Kelantan.

"Pemimpin masyarakat Cina termasuk pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) juga telah menyatakannya (sokongan kepada BN) beberapa hari lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Jeli di Bukit Nangka di sini hari ini.

Mustapa seterusnya berkata, BN Kelantan juga yakin masyarakat Cina akan menyokong BN pada PRU13 kerana mahukan perubahan yang gagal dilaksanakan PAS selepas mentadbir Kelantan selama 22 tahun.

Mengulas perkara berkaitan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata berkata, beliau berharap ahli UMNO di Kelantan bersatu padu.

Menurutnya, UMNO bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti tonggak bangsa Melayu itu asalkan sanggup menerima dasar perjuangan parti tersebut.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads