Khamis, 9 Februari 2012

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Blogger EELOBOR ~ <b>Wakaf Che Yeh</b> - yang ingin kukongsi...

Posted: 05 Jan 2012 11:51 PM PST

Assalamualaikum
JumAAt
06-01-2012
Dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Ketereh, kami berhenti di pertengahan jalan semata-mata nak snap mercu tanda Wakaf Che Yeh yang semakin popular menjadi pusat kunjungan jika kita ke Kelantan. Tempat shopping! Kalu pegi malam nanti, harus tak nampak, so snap waktu siang.


Masa snap snap ni, ada keta yang lalu-lalang siap hon pada kami. Hehehehe orang Kelate memang peramah eh?

Selepas maghrib kami berkunjung ke rumah blogger EELOBOR yang kebetulan juga pulang ke kampung halaman di Pintu Geng, tidak jauh dari Wakaf Che Yeh.


Abaikan seluar aku yang basah, kerana ujan sejak senja hingga ke tengah malam. Kami pergi juga ke rumah EELOBOR (dijemput di pertengahan jalan) kerana kesempatan begini mungkin tidak berulang di lain kali.


Besar sungguh rasa hati kami, disambut mesra oleh Mamanya, dan anak isteri. Siap jamu Bihun Goreng yang enak masih panas dan Sata. Teh O sedap, kebetulan kami tiba dalam ujan.

Kemudian menyambung nak berkawad kaki di Wakaf Che Yeh. Tempat ni lebih kurang macam Uptown di KL. Meriah menjelang tengah hingga ke awal pagi. Tapi kami tak larat lah nak meronda di tengah malam, lagipun aku nak balik KL esok pagi, jadi nak tidor awal la konon.


Pertama kali tengok Buah Bidara. Adik beradik epal/lai rupanya. Manis macam epal gak. Tekstur sedikit kasar. Kami bercakap-cakap, apa kaitan Buah Bidara sebegini yang sering disebut dalam bidalan "Nasi Lemak Buah Bidara" itu.... hmmm?

Walaupun cuaca mendung dan ujan lebih banyak turun dari berhenti, kami tetap enjoy berjalan sana berjalan sini. Bagi aku memang lah percutian ini sangat singkat, tetapi masa kami begitu padat dan dipenuhi dengan agenda jalan-jalan.

Terimakasih tidak terhingga buat ANYSS sekeluarga dan CHE BINTANG yang menjadi peneman. Ada banyak kisah lucu yang kami kongsi dan bebas pula kami bergelak gelak dalam cuti yang penuh kenangan. Percutian yang sungguh berbeza dan bermakna kerana aku tidak menginap di hotel mewah tetapi di sebuah rumah kampung yang menarik dan menyentuh perasaan... Sungguh lain dan berbeza sekali!

Hanya dua orang sahaja blogger yang sempat ditemui di sana. Blogger WANI dj HOTfm Kelantan tidak sempat dibuat temujanji, kerana aku bimbang mengganggu lagipun masa sangat singkat. Tak terkejar nak susun semua agenda. Lagipun 2hb Jan, merupakan hari pertama DJ Wani (disana dipanggil DJ SHAZ) memulakan tugas di konti.

Apapun, sebaik sahaja aku balik KL, DJ WANI call untuk aku memuatkan ucapan dan sedikit pengalaman berada di Kelantan. Rakaman terpaksa dibuat dua kali. Sapa yang dapat dengar? Hehehehe.. orang KL masuk sora di radio Kelantan.

~...kerana inginkan sesuatu yang unik lagi klasik, SERI BULAN tidak pernah berfikir dua kali untuk menjadi peneman dan pendorong utama kepada HISYAM, menjadi pemastautin tetap Kampung Separuh Desa, walau tahu nanti dia pasti harus belajar membasuh kain dengan tangan, memerun api dan memanggang arang...~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads