Khamis, 16 Februari 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Dua maut nahas kereta, lori <b>Di Rantau Panjang</b>

Posted: 09 Dec 2011 12:46 PM PST


Seorang wanita tidak menyangka kemalangan maut disaksikan di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu ketika dalam perjalanan bersama suami untuk ke rumah ibu saudaranya di sini, melibatkan adiknya yang merupakan antara dua mangsa yang terkorban.

Bagaimanapun, Rosneeda Che Kamaruddin, 23, dari Batu Gajah, Tanah Merah, berkata, dia tidak berhenti melihat kemalangan itu yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi.

Rosneeda berkata, adiknya, Lukmannulhakim , 21, keluar terlebih dahulu dari rumah mereka di Kampung Cherang Lali, bersama dua rakannya dengan menaiki kereta lain dan menuju ke rumah ibu saudara mereka bagi menghadiri majlis kenduri.

"Saya dan suami keluar kemudian. Namun perjalanan kami tersekat apabila jalan di Kilometer 10 sesak akibat kemalangan.

"Kami lalu meneruskan perjalanan dan tidak berhenti menjenguk tanpa menyedari mangsa kemalangan adalah adik saya sendiri.

"Saya masih terkejut dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon adik saya sendiri yang mungkin dihantar polis," katanya ketika di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini hari ini.

Dalam kemalangan itu, Lukmannulhakim dan rakannya, Mohamad Aiezat Sharifuddin, 21, maut manakala pemandu kereta Proton Iswara yang mereka naiki, Sazali Muhamad, 21, cedera parah dan dirawat di Hospital Pasir Mas.

Mohamad Aiezat berasal dari Kampung Jerangau, Tanah Merah, manakala Sazali berasal dari Kampung Gual Petai Lima.

Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu gagal dikawal ketika melalui sebuah selekoh lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Katanya, kereta itu lalu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ayam mengakibatkan kesemua mangsa terhumban ke gaung sedalam tiga meter.

Bapa Sazali, Muhamad Derasa, 54, berkata, keadaan anaknya masih parah akibat kecederaan di kepala dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Makheter Yaakcob ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads