Khamis, 16 Februari 2012

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Minyak masak <b>di Kelantan</b> mencukupi – « Persada

Posted: 10 Feb 2012 05:20 PM PST

KOTA BHARU  – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan memberi jaminan, bekalan minyak masak di negeri ini adalah mencukupi.

Timbalan pengarahnya, Wan Shuhaimi Wan Ibrahim berkata, pengguna di negeri ini tidak perlu bimbang mengenai kemungkinan berlaku masalah kekurangan bekalan bahan keperluan tersebut sebagaimana dilaporkan di beberapa negeri lain.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 53,162 kilogram minyak masak yang dibekalkan kepada 30 pasar raya utama di negeri ini bagi menampung keperluan harian pengguna.

"Selain itu, terdapat lebih 20,000 kilogram lagi minyak masak di kedai-kedai runcit, sementara 50,183 kilogram lagi masih berada dalam stok dan sedia untuk diedarkan sekiranya berlaku kekurangan bekalan di pasaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Wan Shuhaimi diminta mengulas mengenai bekalan minyak masak dan barangan keperluan harian pengguna lain di negeri ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan berlaku kekurangan bekalan minyak masak di Lembah Klang dan Teluk Kemang sehingga menjejaskan pengguna.

Mengulas lanjut, Wan Shuhaimi memberitahu, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan bekalan minyak masak di negeri ini sentiasa mencukupi termasuk semasa musim perayaan.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bekalan minyak masak supaya menghubungi pejabatnya bagi membolehkan tindakan selanjutnya dilakukan.

"Setakat ini, bekalan minyak masak tidak ada masalah di negeri ini, bekalan adalah mencukupi dan pengguna tidak perlu risau. Jika ada sebarang masalah, orang ramai boleh menghubungi pejabat kita untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa buah pasar raya utama sekitar bandar ini mendapati bekalan minyak masak dalam pelbagai kategori adalah mencukupi dan tiada had pembelian dikenakan ke atas pengguna.

Selain pasar raya, orang ramai juga boleh mendapatkan bekalan minyak masak di kedai Rakyat 1Malaysia yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan di Menara Perbadanan, Jalan Tengku Petra Semerak dekat sini.

//utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads