03 di chiku - Google Blog Search |
- Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search
- SAINS: Apabila ber Fb...berpada-padalah
- BADUT RAKYAT: SAH !!! ANWAR IBRAHIM PENGECUT !!! ADAKAH <b>...</b>
Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST Xpdc ke Felda Chiku Gua Musang bahagian 1 Kali ini penceritaan agak panjang dan saya terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian. Part 1 and part 2. Ini memandangkan banyak hari yang kami lalui dan pelbagai pengalaman yang telah ditempuhi. Kami bergerak ke Gua Musang bermula dari Kajang, Semenyih dan seterusnya ke Ampang dan Keramat. Namun begitu dalam perjalanan ke Ampang kenderaan kami perlu singggah di Sungai Congkak Hulu Langat untuk mengambil salah seorang ahli kumpulan kami. Sampai di Sungai Congkak untuk ambil Sani@black Malam-malam begini takde lagi orang berkelah mandi air sungai di Sungai Congkak. Kami selesai mengumpulkan ahli di Keramat. Tanpa membuang masa dan pada ketika itu jam menunjukkan pukul 1 pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke Gua Musang dengan bertukar ganti pemandu secara bergilir-gilir. Perjalanan kami agak tidak berapa selesa kerana terlalu banyak barang dan alatan yang dibawa dan dimuatkan di dalam kenderaan. Kesemua barang dan alatan adalah penting setelah berpandukan kepada check list yang telah disediakan bagi mengelak kekurangan alatan dan membawa alatan yang salah dan tidak berguna. Dalam xpdc ini kami telah diberikan setiap seorang ahli mempunyai tugas masing-masing. Oleh itu setiap ahli perlu bertanggungjawab kepada tugasan yang diberikan. Bro jimi adalah ketua xpdc, Shahril bertindak sebagai pemandu arah, penyelenggara alatan dan sebagai pegawai perhubungan, Sani @ black sebagai AJK kebajikan ahli dan medic, Shahrul pula urusan pengangkutan dan saya mengurus kewangan perbelanjaan sepanjang xpdc. Berhenti berehat: Bro Jimi sedang mengeluarkan alat laser beliau untuk dipancarkan ke hutan di hadapannya. Akibatnya sesuatu yang mengerikan berlaku. Kedengaran bunyi yang menakutkan dari hutan tersebut. Bro Jimi dan saya lari bertempiaran menyelamatkan diri. (bunyi ngeri tersebut berjaya dirakam) Sampai di Gua Musang pada subuh hari... Sampai di Gua Musang tepat pada waktu Subuh. Kami berehat seketika sebelum memulakan aktiviti selanjutnya pada hari pertama ini. Memang mendebarkan dan menanti-nanti saat-saat apakah aktiviti yang kami akan lakukan nanti. Sementara itu Shahril sibuk berurusan dengan orang tempatan dan beberapa orang yang sudah dibuat temujanji sebelum kami berangkat ke lokasi. Tengok la muatan barang yang kami bawa ini. Padat dan sesak. Kenderaan ini memang terbaik dan lasak. Menanti orang yang dijanjikan untuk berjumpa. Baru lepas sarapan pagi. Perut Kalau kosong nak buat kerja pun semua tak boleh. Sani dan Jimi sedang berbincang mengenai strategi yang akan digunakan untuk aktitviti hari itu. Kepuasan jelas kelihatan setelah baru makan daging kambing. Sudah sampai orang yang ditunggu-tunggu. Cuaca agak mendung dan suram. Hampir nak ke tengah hari barulah kami dapat pergi ke lokasi. Perjalanan agak mencabar dan berliku-liku. Hanya kenderaan yang lasak dan berani sahaja boleh melalui kawasan tersebut. Alhamdulillah kami selamat sampai di lokasi. Sampai di lokasi, keadaan air sungai agak deras sebab hujan. Tapi kami tetap harungi juga sebab sudah alang-alang sampai. Ikuti gambar seterusnya ini. Kalau nak cerita panjang rasanya ramai yang malas nak baca. Jadi tengok gambar sambil penerangan sikit-sikit. Itu sudah memadai dan seronok. Suasana di kawasan Felda Chiku. Ikut perancangan nak pergi ke lokasi gua. Tapi tak jadi disebabkan masa dan kos yang tidak dijangka. Insyaallah akan datang boleh pergi lagi. Sampai di lokasi. Laluan agak becak. Keadaan selepas hujan turun. Sani memulakan langkahnya dengan penuh bersemangat. Keadaan air sungai yang naik dan agak deras. Tapi kami redah juga. Lepas ambil gambar ni saya terus 'gedebuk!' jatuh. Licin. Lepas tu berendam aje dalam sungai tu. Jimi dan Shahril@Steven sedang memikirkan ape yang perlu dilakukan dengan keadaan sungai yang berarus deras. Semua alatan penting dibawa turun dan diuji fungsinya. Maaf sebab tiada gambar dirakam semasa aktiviti dijalankan disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dan alatan elektronik seperti kamera tidak kalis air. Dikuatiri rosak sebab terkena air. Perancangan akan datang saya akan usahakan untuk menggunakan kamera tahan lasak dan boleh masuk air. Kami memperolehi hasil. Walaupun sedikit tapi kami menjumpainya. Kami banyak mengumpulkan pasir dan tanah untuk dibawa balik bagi kerja proses seterusnya menggunakan mesin ayak automatik atau mangkuk biru. Selepas aktiviti, kami berehat dan makan tengah hari (dah masuk petang) sebelum check in lokasi terusnya. Di sini kami bertukar-tukar cerita dan pengalaman masing-masing. Lama juga kami bersembang di sini sebab banyak cerita menarik. kami juga membincangkan aktiviti pada keesokan harinya nanti. Felda Chiku: Perjalanan kami check in di kediaman Brader yang pakai kopiah gambar di atas tadi. Lupe pulak nama dia. Kuda milik brader tu. Kuda ini pernah mengejar Sani. Mungkin tertarik dengan kemachoan Sani agaknya. Petang itu kami menggunakan alat ini untuk mengasing emas dengan pasir. Lokasi anak sungai ini tak jauh dari kediaman kami. Hanya 50 meter. Mengunakan kuasa bateri sahaja. Alat ini beroperasi dangan jayanya sambil diperhatikan secara beramai-ramai. Nampak tak? Guna bateri kereta. Boleh guna bateri motor juga. Asalkan 12 volt. Jadi ianya selamat dan tiada risiko renjatan elektrik. Brader tu sedang mandikan kudanya. Kami pun belum mandi lagi. Pada sebelah malam kami berpecah tidur di dua kediaman. Shahril, Sani dan Shahrul bermalam di kediaman Brader tu manakala Jimi dan saya bermalam di kediaman ayah Brader tu. Ayah Brader tu dikenali dengan nama Tok Ayah (ingat pulak name). Berada di kediaman Tok Ayah banyak ilmu yang saya perolehi. Tok Ayah banyak bercerita dan memberikan banyak tips dan ilmu yang berguna yang boleh diamalkan. Pada keesokan harinya, sebelum bergerak ke kolasi, Jimi dan saya mendengar sedikit taklimat daripada Tok Ayah. Dia banyak memberi petua yang boleh diamalkan dan menunjukkan banyak benda yang kami tidak ketahui. Tok Ayah bercerita dan menunjukkan sesuatu kepada kami. Inilah daun pokok limau hantu yang banyak khasiatnya. Tok Ayah berikat sedkit kepada kami untuk dibawa pulang. Sudah sarapan pagi tapi masih lagi berhenti minum-minum. Nampak tak air tuak tu? Sani melihat dengan penuh berminat. Tak minum pun. Minum air dalam botol je. Kami menunggu orang yang akan membawa kami ke lokasi lain pula. Pada hari pertama kami banyak menggunakan alat seperti pam tangan dan mangkuk biru sahaja selain dari dulang plastik. Alat metal detector masih belum digunakan lagi. Pada hari kedua ini alat seperti metal detector dan pin pointer akan digunakan pada lokasi lain yang akan kami redah. Sila ikuti sambungan pengalaman kami ini pada post akan datang dengan banyak pengalaman yang lebih menarik lagi.... Full content generated by Get Full RSS. |
SAINS: Apabila ber Fb...berpada-padalah Posted: 30 Mar 2012 09:50 AM PDT Sumber: Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga. Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat 'lamaran' nafsu. Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah 'janganlah kamu menghampiri zina'. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini . 3) Penyamaran Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga. 4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan. Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa. 5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat. Ini adalah kerana, terdapat 'trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya. Ini boleh menjadi dosa, kerana :- a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram. 6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat. Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, 'zaman aku ekstrem', 'zaman solehah', 'waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya. Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik. KESIMPULAN Maka berhati-hatilah ya... jangan melodeh dalan Fb segala-gala tentang diri dan keluarga nanti mengundang malu dan yang paling ditakuti ialah BERDOSA. |
BADUT RAKYAT: SAH !!! ANWAR IBRAHIM PENGECUT !!! ADAKAH <b>...</b> Posted: 31 Mar 2012 06:00 AM PDT terbukti dah Anwar Ibrahim pengecut,kenapa tak nak jelaskan sekarang.dah nampak dah nak kaut undi.nak tau apa anwar ibrahim kata ??? anwar ibrahim kata nak memilih untuk mendiamkan diri bersabit apa jua dakwaan yang disifatkannya sebagai fitnah sehinggalah Pakatan Haram menang pada Pilihan Raya Umum akan datang.fitnah ??? itu fitnah ker ??? dah jelas perbuatan anda di bogelkan oleh Nalla itu pun kata fitnah ??? " Hasrat saya untuk perjelaskan kepada rakyat apa yang saya lakukan sebaik Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum Ke-13,"katanya. petang semalam,anwar berucap di Pejabat PKR Dewan Undangan Negeri Paloh,di Bandar Chiku.Nallakaruppan sebelum ini mengatakan Anwar Ibrahim biseksual.Malah Nalla baru-baru ini mendakwa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan isteri kepada Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali. "Ya.Anwar ada hubungan sulit dengan Shamsidar," katanya pada sidang media 28 Mac lalu. Ketua Umum PKR itu baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Nalla yang merupakan bekas rakan karibnya dan Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan itu. KITA LIHAT APA KATA PEMIMPIN UMNO !!! Pemimpin Umno menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi golongan berpendapatan rendah hanya retorik, populis dan terdesak untuk meraih simpati menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) akan datang.Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut tidak benar kerana selama ini Barisan Nasional (BN) telah lama berjuang membantu rakyat.Menurutnya,usaha membasmi kemiskinan di negara ini dilakukan melalui pelbagai bantuan untuk membantu rakyat melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. "Usaha tersebut bermula 1970 lagi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membasmi kemiskinan dan menyusun semula rak yat. Kini usaha kerajaan diteruskan dengan melaksanakan pelbagai transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.Menurutnya,Anwar hanya bercakap,sedangkan kerajaan terlebih dahulu merancang dan membantu rakyat. "Kerajaan merancang dengan teliti dan melaksanakan pelbagai transformasi, antaranya tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu pendidikan, membasmi rasuah, pengangkutan awam, jenayah dan dua program untuk meningkatkan golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup mereka.Anwar hanya retorik untuk populis walaupun sebenarnya bertentangan dengan apa diucapkan," katanya. Beliau berharap,rakyat tidak menerima segala tuduhan dilemparkan pembangkang tanpa berfikir panjang.Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, Anwar menjadikan dirinya seperti pejuang yang cuba membela golongan berpendapatan rendah. "Beliau hanya retorik meraih sokongan menjelang PRU13. Tindakan itu sebagai strategi pembangkang yang meletakkan emosi dengan bermain fakta dan angka.Saya yakin rakyat tidak akan terpedaya kerana mereka berpengetahuan dan mempunyai jati diri. Mereka tidak tunduk kepada janji manis pembangkang" katanya. Idris berkata,rakyat bijak menilai kredibiliti pembangkang setelah melihat sendiri negeri ditadbir kerajaan pembangkang.Sebelum ini, Anwar dalam satu ceramahnya yang dipetik melalui satu portal berita memberitahu,PR akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk PRU13 akan datang.Menurutnya,perjuangan pada pilihan raya nanti adalah antara golongan berpendapatan rendah dan golongan kaya, iaitu kroni kerajaan. ADAKAH INI YANG ANDA KATA PEMIMPIN YANG SERING MELAUNGKAN KEADILAN ??? ADAKAH INI YANG ANDA KATA PEMIMPIN YANG JUJUR ??? ADAKAH INI YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA AKAN DATANG ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from di chiku - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan