Sabtu, 31 Mac 2012

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Dua kampung <b>di Pasir Puteh</b> dilanda banjir, 26 orang pindah <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2012 02:14 PM PST

Posted on January 2, 2012, Monday

PASIR PUTEH: Seramai 26 orang daripada enam buah keluarga di dua buah kampung di sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir berikutan hujan lebat diikuti angin kencang sejak malam kelmarin.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata mereka ditempatkan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil dan Sekolah Kebangsaan Bukit Awang.

"Ini berikutan rumah kediaman mereka di Kampung Wakaf Bunut,dan Bukit Awang di naiki air antara satu hingga dua meter," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk seorang mangsa yang menghidap penyakit lumpuh yang dihantarkan ke Hospital Tengku Anis di sini untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, beberapa jalan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu laluan dari Pasir Puteh ke Jerteh, Pasir Puteh ke Semerak dan Pasir Puteh ke Kota Baharu.

Seorang mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kamil, Che Abdulah Che Mat, 72, berkata halaman rumahnya dinaiki air hampir paras dada jam 3 pagi semalam. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads