03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
<b>Kelantan</b> terus ngaum | n9kini.net Posted: 10 Mar 2012 11:26 PM PST PEMAIN Kelantan meraikan gol kedua Kelantan oleh Indra Putra pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. KAPTEN Kelantan, Mohd Badri Radzi menyumbang satu gol dan membantu mencipta satu jaringan tatkala The Red Warriors memastikan kemaraan ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-2 pada saingan pusingan kedua di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, malam tadi. Johor FC mencipta kejutan besar menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti 5-4 selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum seri 2-2 di Stadium Pasir Gudang. Sekalipun dikhabarkan keletihan kerana mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu,Kelantan yang mengungguli carta Liga Super ketika ini nyata sukar ditandingi pada aksi di laman sendiri apabila mendahului pelawat 2-1 pada aksi babak pertama, sebelum menokok satu lagi gol pada babak kedua. Gol pertama The Red Warriors hadir pada minit ke-30 menerusi Norfarhan Mohamad apabila menerima lorongan cantik daripada Mohd Badri Radzi sebelum menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Rozaimi Rohim. Sembilan minit selepas gol pembukaan itu, anak buah Razip Ismail bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain gantian, Mohd Afiq Azmi yang dibawa masuk minit ke-32 menanduk masuk sepakan penjuru menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang tuan rumah. Namun, empat minit kemudian, kira-kira 25,000 penyokong tuan rumah kembali bergemuruh apabila Kelantan sekali lagi mendahului menerusi rembatan Indra Putra Mahayuddin untuk menjadikan kedudukan 2-1 menuju waktu rehat. Pelawat merapatkan jurang pada masa kecederaan menerusi gol hasil sepakan percuma Fauzan Abdullah, namun ia sudah terlewat. Kelantan akan bertemu Kuala Lumpur SPA yang menewaskan Preah Khan Reach FC 1-0, malam tadi. |
KITA <b>Kelantan</b> tak sokong Zaid tanding <b>di</b> Kota Baharu <b>...</b> Posted: 09 Mar 2012 03:28 AM PST Pengerusi KITA Kelantan, Zakaria Salleh,berkata ahli dan pucuk pimpinan parti KITA Kelantan tidak akan memberi sokongan jika Datuk Zaid Ibrahim bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang. Zakaria berkata ini kerana KITA Kelantan tidak mengiktiraf Zaid sebagai Ketua parti tersebut dan menyifatkan segala pergerakannya atas sifat peribadi, bukan parti.Beliau mengulas mengenai kenyataan Zaid yang dilapor ingin bertanding di kawasan Parlimen Kota Baharu yang pernah dimenanginya atas tiket BN dalam Pilihan Raya Umum 2004. KITA Kelantan juga memberi sokongan kepada pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan presiden parti daripada Zaid. |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan