03 di ketereh - Google Blog Search |
UMNO <b>Ketereh</b> Bantu RM10,000 | Detik Perubahan Posted: 11 Mar 2012 03:41 AM PDT Oleh AMIRUL HAFIZ KOTA BHARU – Dua mangsa kebakaran berhampiran pekan Ketereh, di sini Jumaat lepas menerima bantuan sebanyak RM10,000 dari UMNO Bahagian berkenaan. Mangsa terbabit Rosidah Mohd. Zinon, 33, dan Mohd. Izzat Mohd. Wardi, 24, menerima bantuan tersebut secara tunai yang disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian berkenaan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, pada satu majlis ringkas di sini, hari ini. "Masing-masing mangsa terbabit menerima sebanyak RM5,000. Kita harap bantuan ini sedikit-sebanyak dapat meringankan beban selepas dilanda musibah kebakaran tersebut. "Walaupun hanya selaku pembangkang di negeri ini namun kita amat perihatin dengan nasib semua rakyat sebab itu kita sentiasa berusaha sedaya upaya membantu rakyat mengikut kemampuan yang ada," katanya ditemui selepas majlis tersebut. Dalam kejadian Jumaat lepas rumah kedai yang disewa mangsa untuk menjalankan akiviti perniagaan alat pengantin dan repair pakaian berjenis jeans hangus terbakar menyebabkan mereka mengalami kerugian hampir RM200,000. Bagi Rosidah, bantuan tersebut menjadi bukti keperihatina pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap nasib rakyat atau golongan yang memerlukan. "Saya terharu dengan bantuan ini. Sekurang-kurangnya sebagai rakyat saya dapat merasai keperihatinan seorang pemimpin," katanya. Sementara itu Mohd. Izzat menyifatkan sumbangan sebagai penawar keresahan selepas dilanda musibah. Dia memberitahu, akan menggunakan bantuan tersebut secara berhemah sebagai modal bagi memulakan kembali perniagaan dalam bidang jahitan yang telah menjadi kerjaya hidupnya sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from di ketereh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan