Sabtu, 24 Mac 2012

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Karnival Halal <b>Di Jeli</b> Mulai Esok

Posted: 21 Mar 2012 11:46 PM PDT

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Halal Industry Development Corporation (HDC) akan menganjurkan Karnival Keusahawanan Halal dan Gaya Hidup Sihat di Jeli, Kelantan bermula esok.

HDC melalui satu kenyataan memberitahu, program dua hari tersebut dijangka menerima kunjungan seramai 10,000 orang sekali gus bakal memeriahkan karnival di Sekolah Kebangsaan Jeli 1 itu.

"Karnival ini juga bagi mempertingkatkan kedudukan ekonomi Rakyat dan Negara menerusi pembangunan usahawan tempatan serta meningkatkan penglibatan usahawan dalam industri halal.

"Ia selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan Hab Halal Global menjelang tahun 2020," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, matlamat lain Karnival Keusahawanan Halal dan Gaya Hidup Sihat untuk mewujudkan peluang perniagaan dan menggalakkan keusahawanan melalui penglibatan industri yang lebih tersusun sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan yang baru.

Tambah kenyataan itu, peserta yang mengambil bahagian dalam kanival itu termasuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS), agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, ahli akademik serta mereka yang mempunyai minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai industri halal.

Jelas kenyataan itu, para pengunjung karnival akan diberi peluang berinteraksi dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemilik PKS untuk mengetahui maklumat terkini mengenai pembangunan Halal dan garis panduan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan Halal.

Lebih menarik, kata kenyataan itu, karnival ini turut diisi dengan aktiviti-aktiviti rakyat seperti wayang kulit, pameran gasing, sukaneka rakyat dan persembahan aerobik.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads