03 di tumpat - Google Blog Search |
Perigi Timur: HILANG!!!!!! PELABUHAN <b>TUMPAT</b> SIAP IKUT <b>...</b> Posted: 20 Mar 2012 11:41 PM PDT Pekan Tumpat tersohor dengan paling miskin di Malaysia...mana pelabuhan yang dijanjikan?? Rakyat Tumpat bangga apabila Nik Aziz mengumumkan dua projek besar akan dibangunkan di Tumpat, iaitu Bandaraya Islam Pengkalan Kubur dan pelabuhan Tumpat. Sekarang sudah 16 tahun berlalu, sebuah tongkang pun tak nampak apa lagi kapal dagang. Pelabuhan Klang dibina oleh BN...Nik Aziz boleh tiru yang ni!! Kerajaan Negeri akan membina Pelabuhan di Tumpat yang bernilai (RM360 juta) Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia, YB Ustaz Ahmad berkata demikian sebagai menjawab soalan YB Ustaz Nasuruddin Haji Daud (PAS - Meranti) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, 26 Oktober lalu 1996. Apakah tercapai hajat rakyat Kelantan untuk mempunyai sebuah pelabuhan yang benar2 wujud? Tetapi kalau di lihat dari beberapa gerakan oleh beberapa NGO untuk menukarkan Kerajaan pas Kelantan kepada BN besar kemungkinan akan berjaya. Tetapi bukan satu pergerakan yang mudah untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang di terajui selama 22 tahun. Pada pandangan PT segelintir dari manusia dalam gerakan yang kononnya ingin membawa perubahan di Kelantan hanyalah berangan-angan selain bermimpi di siang hari. Perjuangan yang jelas hanya untuk kepentingan peribadi dan rakan - rakan dengan menggunakan platform parti adalah berlaku kepada sebahagian besar gerakan Umno di Kelantan. Namun demi nasib rakyat Kelantan supaya tidak tertipu dengan 'badut rakyat' ini dan kuasa memilih pemerintah berada di tangan kita. Pastikan PRU13 tidak berlalu sia-sia, tidak kira bila ia menjelma. Bijak memilih, negara bersih. Wallahualam!!!! — |
PROJEK DAERAH ASEAN « Pandangan Razak Posted: 15 Mar 2012 07:14 PM PDT Oleh Muhamad Razak Idris Disiar Berita Harian, 15 Mac 2012 Setiap kali pulang ke Tumpat, penulis sering merasai kelainan daerah ini. Ia bukan sekadar daerah kelahiran,namun ialah sebuah 'daerah ASEAN'. Untuk itu, tulisan ini ingin mencetuskanidea kepentingan untuk negara kita menggerakkan penubuhan 'Daerah ASEAN'sebagai salah satu dari program ke arah pembentukan Komuniti ASEAN menjelang2015. Gagasan pembentukan Komuniti ASEAN telahdicetuskan oleh Indonesia pada tahun 2003. Pada cadangan awal, proses pembentukan komuniti ini akan direalisasikan sepenuhnya pada tahun 2020. Namun,melihat kepentingannya, pemimpin ASEAN bersetuju agar gagasan ini dipercepatkanpada 2015. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke 17 di Vietnam, ketua-ketua negaraAsean telah memperakukan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN. Dalam pelan ini, tiga bidang utama dikenalpasti penting diberi tumpuan iaitu politik dan keselamatan,ekonomi dan sosio-budaya. Untuk itu, usaha menyeluruh digerakkan dalam bentuk rancangandan program meliputi aspek fizikal, institusi dan hubungan rakyat ke arahpembentukan Komuniti ASEAN 2015. Terdapat banyak usaha dan gerakan telah dijalankan bagi merealisasikan gagasan ini. Salah satunya ialah Sidang Kemuncak ASEAN yang menghimpunkan para pemimpin Asean secara berterusan. Sidang ini ialah wadah persefahaman menerusi rundingan bagi menjaga kepentingan bersama ASEAN.Dasar-dasar penting dan perjanjian kerjasama sering dimeterai antara negara ASEAN dalam pelbagai aspek kemasyarakatan dan kenegaraan. Jelas, persefahamanantara ketua-ketua negara Asean amat jitu sekali sejak akhir-akhir ini.Sekurang-kurangnya tidak terdapat sebarang 'perang mulut' terbuka antara pemimpin ASEAN sekiranya timbul perselisihan kerana mereka memilih ruang dialogdan perundangan yang diiktiraf bagi merungkai kekusutan. Penganjuran Sukan SEA adalah antara usaha yangamat berkesan ke arah pembentukan Komuniti ASEAN 2015. Acara ini berjayamenimbulkan rasa dan semangat kesamaan seluruh rakyat ASEAN sebagai sebuahkomuniti. Ia wajar diteruskan dengan lebih rancakmelibatkan kelab-kelab kecil di negara-negara Asean supaya penyertaan lebih meluas dan menyeluruh. Salah satu lagi program yang wajar dirancangdan dijayakan pada masa depan yang amat berkaitan dengan gagasan ini ialahprojek penubuhan 'Daerah ASEAN'. Projekini boleh dikategorikan sebagai program strategik peringkat mikro dalam aspekpembangungan ekonomi dan sosio-budaya rakyat Asean. Menerusi Daerah ASEAN, usahapembentukan Komuniti ASEAN 2015 digerakkan di peringkat akar umbi rakyat ASEAN. Daerah ASEAN dalam konteks ini boleh difahami sebagai sebuah ruang komuniti yang diwujudkansebagai wadah pertemuan aktif rakyat ASEAN membabitkan segenap lapangankehidupan mereka. Dalam kata lain, proses penjelmaan idea persefahaman dan rasakekitaan rakyat ASEAN yang telah diperakukan di peingkat dasar dan pelan kerja, kini diterjemahkan dalam bentuk amali di dalam sebuah kehidupan yang sebenar didalam satu kawasan yang dikenali sebagai 'Daerah ASEAN'. Menerusi daerah ini ,rakyat ASEAN digerakkan untuk saling berhubungan secara aktif dan terbuka berasaskan prinsip kerukunan hidup sebagai sebuah komuniti di dalam kehidupankejiranan, pekerjaan, pendidikan, kesukanan dan kebudayaan secara berterusandan penuh kesedaran. Model sebuah Daerah ASEAN boleh dilihat dalam kehidupanmasyarakat di Tumpat. Daerah ini memiliki beberapa ciri yang unik. Dari segi lokasi, Tumpat terletak bersempadanan denganThailand. Ia dipisahkan oleh Sungai Golok yang juga merupakan antara laluan masuk utama masyarakat dari selatan Thailand ke Malaysia. Menarik lagi, Tumpat,dari segi populasi penduduknya berwajah ASEAN. Selain penduduk Melayu yang merupakan majoriti, Tumpat mempunyai ramai penduduk berketuruan Siam yangberagama Buddha. Beberapa Wat atau tempat ibadat Buddha boleh didapati dengan jelas di Tumpat. Penduduk berketurunan Cina juga ramai. Mereka hidup penuh harmoni. Di Tumpat, terdapat kawasan bebas cukaiPengkalan Kubur. Ia adalah lokasi perniagaan yang mempertemukan rakyat Asean dari Thailand dan Malaysia. Kawasan perniagaan ini menjadi sumber rezeki tidak sahaja penduduk Tumpat, malah masyarakat di Selatan Thailand terutamanya. Tumpa tjuga memiliki kawasan rekreasi iaitu Pantai Seri Tujuh. Ia adalah tempat tumpuan pelancong. Dengan segala keunikan dan potensi yangdimiliki, Tumpat adalah antara contoh sebuah daerah bercirikan ASEAN yang harus dimanafaatkan bagi pembangunan projek Daerah ASEAN. Menerusi rancanganpembangunan menyeluruh dan terancang kita akan diperlihat nanti secara praktik ideaKomuniti Asean 2015 yang dirangka di dalam sebuah kehidupan sebenar di sebuah Daerah ASEAN. Kita yakin terdapat banyak lagi daerah-daerah strategikdan unik yang boleh dipilih sebagi model Daerah ASEAN terutama di kawasan sempadanlain seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina. Model-model Daerah ASEAN ini akan menjadi pemangkin kepada proses interaksi yang bermakna rakyat Asean setempat dalam pelbagai bidang kehidupan. Menerusi projek Daerah ASEAN, proses pembentukanKomuniti ASEAN 2015 akan menjadi lebih rancak dan meriah kerana penglibatan langsung segenap lapisan rakyat AASEAN. |
You are subscribed to email updates from di tumpat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan