Rabu, 11 April 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Azie Kitchen: Pulut Sekaya Telur Kuih Istimewa Negeri Che Siti Wan <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2012 01:15 AM PST




Pulut Seri Kaya Telur atau dipanggil Sekaya Telor oleh orang Kelantan adalah salah satu dari kuih istimewa Kelantan yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Maklumlah orang Kelantan ni suka yang manis manis, alaaa semanis senyuman Che Mek Molek lah. Kalau di Terengganu, dipanggil Kuih Tok Aji Serban kot.
Seingat saya, tak pernah pulak saya cuba memasaknya sendiri sebelum ini kerana jika mahu makan, saya cuma beli 2 keping dari pasar pagi Jelawat. Kuih di Kelantan terutama di kampung kampung masih murah, ada yang 3 biji serial. Tahu ke apa itu serial? Kelantan kan Negeri Serambi Mekah. Kami memanggil rial bukan ringgit. Secara jujur, saya amat bangga menjadi anak Kelantan walaupun suami saya bukan orang Kelantan dan anak anak saya semuanya dilahirkan di luar Kelantan. Jiwa dan semangat Kekelantanan amat tebal di dalam diri saya. Orang Kelantan berpegang pada semangat 1 Kelantan sejak dulu dulu lagi ...


Berbalik pada kuih sekaya ini, saya memang puashati walaupun tak jumpa telur itik. Kalau menggunakan telur itik, kuihnya jadi lagi gebu. Sedap sekali, secukup rasa manisnya dan yang pentingnya ia meleraikan rindu saya pada kampung halaman. Kalau bulan puasa, saya memang gemar membeli kuih ini. Lagi sedap bila dimakan sejuk sejuk, jadi simpanlah sekejap dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Jom kita tengok resepinya di bawah ....


Kuih Pulut Sekaya Telur


Lapisan Bawah
sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)


Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 25 minit. Loyang dialas dengan plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  




Apabila pulut masak, gaul rata rata. Tekan dalam loyang. Taburkan sedikit tepung gandum.


Lapisan Atas
5 biji telur itik (guna telur ayam kampung)
4 biji telur
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan

3 kuntum bunga cengkih - di ketuk sedikit
1/4 sk garam halus

Cara-cara :
Satukan telur dan bunga cengkih dan dipukul ringan. Ketepikan.






Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.  








Tuang ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.





Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 30 minit dengan api sederhana.  

Angkat dari pengukus dan sejukkan. Tengok permukaannya yang berkedut kedut itu. Seperti juga kuih akok yang permukaannya memang berkedut.



Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan. Lihat tekstur lapisan atasnya.  Hmmm sedap sekali ...





Nota:
Jika terdapat takungan air pada permukaan serapkan dengan tisu dapur.

Boleh juga letak esen vanilla jika tak suka bunga cengkih.

Di masa depan saya mahu guna 2/3 sahaja dari adunan pulut supaya tidak terlalu tebal.

Enjoy ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads