Isnin, 16 April 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Malang dua kali tembung babi | Radio Malaysia KELANTANfm

Posted: 16 Apr 2012 06:10 PM PDT

ARA KUDA (Pulau Pinang) – Dua beranak nyaris maut apabila kenderaan dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik semasa cuba mengelak seekor babi hutan melintas di Jalan Ara Kuda-Kampung Desa Puri, di sini pagi semalam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Arumugam, 33, berkata, ketika kejadian dia dan ibunya Anggamah, 53, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Ara Kuda selepas melawat seorang saudara yang tinggal di Bagan Serai.

Menurut pekerja ladang kelapa sawit itu, apabila tiba di lokasi kejadian secara tiba-tiba seekor babi hutan sebesar anak lembu melintas jalan.

"Saya yang tergamam kemudiannya cuba membrek namun, kereta Proton Saga itu terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di sebelah kanan jalan.

"Ibu yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami kecederaan parah pada bahagian muka termasuk matanya dimasuki kaca cermin hadapan yang pecah, manakala saya mengalami kesakitan pada bahagian dada kerana terhentak pada stereng," katanya.

Arumugam berkata, ketika berusaha keluar dari kereta yang remuk teruk di bahagian hadapan itu, mereka dua beranak mendapat bantuan daripada pengguna jalan raya yang lalu lalang sebelum dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas sejurus selepas itu.

"Hari ini amat malang nasib kami dua beranak kerana setengah jam sebelum kejadian ini, seekor babi juga turut melintas ketika sedang melalui Jalan Padang Serai-Pinang Tunggal namun, saya sempat mengelak dari melanggarnya.

"Tak sangka babi melintas kali kedua ini mengundang malapetaka buat kami dua beranak kerana selain mengalami kecederaan parah kereta rosak teruk," katanya.

sumber berita..sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads