03 di ketereh - Google Blog Search |
Sarapan pagi nasi kerabu <b>Ketereh di</b> Warung Su dan Warung Cik Siti Posted: 28 Mar 2012 07:31 AM PDT Nasi Kerabu Ketereh, memang menjadi pilihan penduduk di sekitar Ketereh Kelantan. Malah ada juga dari Machang dan Kota Bharu sanggup menikmati nasi kerabu yang mashur di Kelantan ini. Nasi kerabu ketereh memang sudah lama wujud dan menjadi hidangan wajib bagi mereka yang tinggal berdekatan. Terdapat dua warung yang popular iaitu Nasi Kerabu Su dan Cik Siti. Kedua-dua warung ini dibuka seawal jam 6:30 pagi hingga 12 tengahari. Warung Nasi Kerabu Su![]() Warung Nasi Kerabu Su Ketereh Warung Nasi Kerabu Su ini terletak di Ketereh iaitu di tepi jalan besar antara Machang dan Kota Bharu. Setiap pagi warung ini akan dipenuhi oleh penduduk setempat mahupun mereka yang singgah untuk membeli nasi kerabu untuk di bawa ke pejabat. Kepulan asap pada pagi hari boleh dilihat dengan jelas dari warung ini kerana mereka membakar ayam dalam kuantiti yang banyak menggunakan arang kayu. ![]() Ayam dan daging dibakar secara tradisional di atas arang kayu ![]() Pada jam 10 pagi diwaktu cuti sekolah, orang telah ramai singgah menikmati kelazatan nasi kerabu Su ![]() Pelanggan beratur menunggu giliran Rasa sambal nasi kerabu dan kehangatan daging/ayam yang dibakar beserta rempahnya sangat mencabar selera sesiapa sahaja yang makan di sini. Harga sepinggang nasi kerabu daging/ayam bakar ialah RM3-RM4 sepinggan. ![]() Lokasi kedai di tepi jalan besar sahaja Warung Nabi Kerabu Cik SitiTerdapat satu lagi warung nasi kerabu yang tidak kurang hebatnya selain dari warung Su ini iaitu Warung Cik Siti yang terletak sangat dekat sahaja dengan Warung Su. Hanya perlu berjalan kaki sahaja. ![]() Warung Cik Siti Cumanya, harga nasi kerabu di warung Cik Siti mahal sedikit dari Warung Su. Warung Su selalu ramai orang disebabkan rasa rempah nasi kerabu dan ayam/daging yang lebih lazat dan harga berpatutan. Tetapi, jika terlalu ramai orang anda bolehlah ke warung Cik Siti. Rasanya lebih kurang sama sahaja. ![]() Hidangan nasi kerabu daging bakar antara yang paling sedap. Anda pasti terliur ![]() Kepulan asap ayam dan daging yang di bakar di Warung Cik Siti. Boleh menikmati daging yang baru masak Kedua-dua warung ini memang sangat tersohor di Ketereh. Sekali rasa, pasti ingat sampai bila-bila. Menu popular : Nasi kerabu daging/ayam bakar Tip:
|
You are subscribed to email updates from di ketereh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan