Selasa, 8 Mei 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Belum Jejak Kaki <b>Di Kota Bharu</b>, PAS Kelantan Sudah Meminta <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 02:49 AM PDT

May 3, 2012   ·   69 Comments

dr_fadzli_hassan

Belum pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kota Bharu, Kelantan esok, Kerajaan PAS Negeri Kelantan sudah mula menunjukkan sikap buruk dengan meminta-minta beberapa perkara yang tidak mungkin dapat disediakan sendiri oleh mereka.

Exco Kerajaan PAS Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan dengan muka tidak malu telah menyenaraikan sebanyak lima permintaan untuk diajukan kepada Perdana Menteri.

Najib dijadualkan akan berada di Kelantan esok bagi memulakan lawatan rasminya ke negeri itu.

Fadzli tanpa segan silu meminta agar Perdana Menteri menyediakan bajet bagi pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dan Lebuhraya Pantai Timur yang kononnya sengaja dibatalkan sebelum ini ketika era pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dia juga meminta agar Najib menghadiahkan sebuah stadium negeri yang baru, menaik taraf lapangan terbang, membina perlabuhan di Kelantan dan meluluskan tuntutan royalti petroleum untuk negeri Kelantan.

Persoalannya, tak malukah Kerajaan PAS Kelantan meminta-minta sesuatu yang sepatutnya mereka sendiri yang sediakan untuk rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu?

Mengapa perlu mengemis sedangkan PAS sebenarnya mampu untuk menunaikan segala-galanya dalam tempoh pentadbiran mereka selama lebih 20 tahun di negeri Kelantan?

Mengapa tidak minta saja kelima-lima perkara itu dari Mursyidul Am PAS yang sebok berceramah politik di dalam masjid dan memohon doa agar dipecahkan perut Najib?

Kalau diperhatikan permintaan-permintaan yang dibuat oleh Fadzli itu, semuanya adalah berkaitan dengan wang ringgit, pembiayaan dan bajet tambahan.

Kenapa Kelantan tidak membina pelabuhan, stadium dan menaik taraf lapangan terbang sedia ada dengan bajet dari Kerajaan Negeri? Sudahlah hanya membina dua buah masjid sahaja sepanjang 20 tahun, kemana perginya duit rakyat negeri Kelantan dibelanjakan?

Sepatutnya, Kerajaan PAS Kelantan perlu membina pelabuhan, stadium dan menaik taraf lapangan terbang di negeri itu menggunakan bajet kerajaan negeri.

Bila dikatakan Kerajaan PAS Kelantan miskin, ramai pula yang marah dan menafikan kenyataan itu. Tapi kalau benar Kerajaan PAS Kelantan kaya raya dan berjaya menjana ekonomi negeri, binalah sendiri segala keperluan tersebut. Tak payahlah meminta-minta!

Nak bina lebuhraya di Kelantan? Mahukah Kerajaan PAS Negeri Kelantan bekerjasama dengan memberikan tanah untuk dibina? Mampukah Kerajaan PAS Kelantan membiaya pampasan kepada tanah milik rakyat Kelantan yang terbabit dengan pembinaan lebuhraya?

Nak bina stadium pun Kerajaan PAS Kelantan tak mampu, apatah lagi mahu menyediakan tanah, prasarana dan kemudahan kepada PLUS untuk membina lebuhraya yang berbilion-bilion harganya. Nampak sangat Kerajaan PAS Kelantan memang miskin papa kedana.

Kemudian, Fadzli meminta royalti petroleum pula. Bukankah sudah dijelaskan sebelum ini bahawa lokasi sumber minyak itu berada jauh dari perairan Kelantan dan tidak termasuk di dalam hak persempadanan wilayah negeri itu sebelum ini.

Jadi, mengapa meminta sesuatu yang bukan hak kepada negeri Kelantan? Tak malukah Kerajaan PAS Kelantan meminta sesuatu yang menjadi hak rakyat seluruh Malaysia?

Tapi, PAS memang muka tak malu meminta-minta dari seorang pemimpin yang selama ini ditohmah, difitnah, dikutuk, dihina dan dimaki hamun oleh mereka selama ini.

Puas PAS menzalimi dan memburuk-burukkan Najib dimata rakyat, kini mereka buat muka "sepuluh sen" mengemis simpati darinya. Padahal, mereka sendiri yang bodoh menjana ekonomi negeri. Sebab itulah saya menganggap bahawa Nik Aziz dan kepimpinannya memang muka tak malu!

By


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads