Selasa, 8 Mei 2012

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di pasir mas</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di pasir mas</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2012 03:06 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Hidangan air kelapa aiskrim dan mee celup <b>di</b> Warung Moksu <b>Pasir</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 08:36 AM PDT

warung kurnia ibu atau kedai moksu

Inginkan hidangan 'ringan' yang lazat di suasana yang mendamaikan? jom ke kedai Moksu di Pasir Mas.

Warung Kurnia Ibu atau lebih mesra dipanggil 'kedai Moksu' sangat popular di Pasir Mas. Lokasinya ditepi landasan keretapi.

Warung ini sudah lama beroperasi iaitu sejak tahun 1980an lagi.

Menariknya, warung ini merupakan antara pelopor minuman berasaskan kelapa (coconut shake) di Kelantan. Dahulunya warung ini  kecil dan beratapkan daun nipah sahaja. Kini, ia  lebih selesa dan ruang makan lebih luas.

'Signature dish' di warung ini tentulah minuman coconut shake dan mee celup. Selain  itu, pelbagai jenis masakan panas dan western boleh didapati di sini.

coconut shake

Hilangkan penat berjalan dengan air kelapa susu ais krim

mee celup

Mee celup campur pasti menyelerakan

Apa yang sangat istimewa adalah minuman coconut shake dihidangkan dengan pelbagai jenis rasa aiskrim pilihan seperti vanilla, coklat, keladi, pandan dan pelbagai lagi.

Suasana di sini sangat mendamaikan. Layanan juga sangat memuaskan dengan mempunyai pekerja yang sopan serta memakai pakaian rasmi dan siap berkepiah.

Sangat disyorkan mencuba di warung ini jika singgah di bandar Pasir Mas.

suasana di warung kurnia ibu

Suasana di warung kurnia ibu

di tepi landasan keretapi

Di sebelah kiri gambar adalah jalan keretapi

warung kurnia ibu dalam NST

Disiarkan di dalam NST pada tahun 2010

Menu pilihan: Coconut shake + asirkim, mee dan kuetiaw celup

Tips:

  1. Tidak digalakkan untuk pergi selepas pukul 5 petang kerana kebiasaannya mee celup telah habis pada waktu ini.
  2. Ruang parking agak terhad, waktu puncak adalah tengahari, ramai budak sekolah akan ke warung ini.

Peta Lokasi Warung Kurnia Ibu (Moksu)

Live Life To The Fullest !: Makhluk Asing <b>di Pasir Mas</b> , Kelantan?

Posted: 09 Apr 2012 08:58 PM PDT

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my

PASIR MAS 7 April : Pelbagai gelaran diberikan terhadap dirinya, termasuk 'makhluk asing', namun, ia tidak mematahkan semangat Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, dari Kampung Kubang Panjang, Jalan Rantau Panjang Lama, dekat sini, untuk meneruskan kehidupannya.

Bayangkan, bahagian hadapan kepalanya yang berbeza berbanding insan normal menyebabkan ada kanak-kanak menangis apabila terserempak atau melihatnya dari dekat.

Bagaimanapun, di sebalik kekurangan itu, dia mempunyai daya ingatan yang sangat kuat dan mampu mendendangkan lagu Hindustan dengan baik walaupun rangkap dinyanyikan tidak sepenuhnya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mampu menceritakan secara terperinci kemalangan menimpa dirinya tiga tahun lalu yang menyebabkan separuh tempurung kepalanya dibuang doktor.

Dia yang membahasakan dirinya, Hisham berkata, kejadian pada tengah hari Jumaat pada 2009 merubah kehidupannya dalam sekelip mata.

Katanya, ketika itu, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kuala Krai melalui Tanah Merah menuju Pasir Mas.

"Sebaik tiba di Kangkong, tiba-tiba, sebuah Honda Jazz dari arah Pasir Mas dipandu seorang warga Thailand cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun, gagal lalu bertembung motosikal saya.

"Akibat pertembungan itu, saya melayang ala 'Superman' sejauh dua meter dan melanggar sebatang pokok sebesar pemeluk di tepi jalan menyebabkan topi keledar dipakai terbelah dua. Akibat kemalangan itu, saya koma tiga bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II), Kota Bharu," katanya.

Katanya, sebaik sedar, dia hairan melihat pesakit lain termasuk pengunjung wad memandangnya, seolah-olah ada benda pelik berlaku ke atas dirinya.

"Saya meraba seluruh tubuh, namun, tiada yang ganjil sehinggalah saya memegang bahagian atas kepala dan terkejut apabila ada lekuk besar di situ.

"Saya minta ibu yang berada di sisi katil menghulurkan cermin dan sebaik memandang cermin, saya hampir 'hilang akal' kerana tidak menyangka kepala yang sebelum ini sempurna, kini cacat," katanya.

Bagaimanapun, sebaik ditenangkan ibunya, Shamsiah Yatim, 57 dan ayahnya, Muhamad Mohd Noor, 52, barulah dia akur serta pasrah dengan takdir Ilahi.

Selain kehilangan separuh tempurung kepala, Hisham turut juling mata kirinya, namun, mengakui penglihatannya masih jelas.

Menurutnya, pertama kali keluar rumahnya sebaik dibenarkan pulang dari hospital, dia panik apabila anak jiran menangis ketakutan sebaik melihat kepalanya.

"Ketika itu, kepala saya botak menyebabkan ketiadaan tempurung kepala itu boleh dilihat dengan jelas," katanya yang terkenal dengan gelaran Hisham Lekuk.

Mengenai kos rawatan bagi menggantikan tempurung kepalanya, Hisham menjelaskan, ibu bapanya yang bekerja kampung tidak mampu membiayainya kerana kos pembedahan agak tinggi iaitu antara RM8,000 hingga RM12,000, tidak termasuk kos perubatan.

Sehubungan itu, Hisham merayu sesiapa yang ingin membantunya boleh menghubungi ayahnya menerusi talian 017-9335461.

Source

Find a job and win RM500: Holy moly shmoly! We pay you RM500 when you've found a job through JobsCentral. All you need to do is to land that dream job, and then RSVP us here. Terms apply.

Shell Helix is giving away prizes worth over RM200,000. Here's how you can win them.: Get your chance to win an all expense paid VIP trip to Italy. Buy a minimum of 4 litres of Shell Helix Ultra, Shell Helix HX7, Shell Helix HX7 E or Shell Helix HX7 Diesel, get the contest form and submit your entries!

Teh Tarik is definitely 100% Malaysian. What else makes YOU proud to be Malaysian?: Are you a True Malaysian? Watch the short videos, then leave a comment to win RM300 cash and hampers!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads