ads

Rabu, 2 Mei 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di mengkebang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di mengkebang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 May 2012 11:29 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Ulu Kelate: AIR MATA <b>MENGKEBANG DI</b> SELAMI AZIZUDDIN.

Posted: 01 May 2012 09:15 AM PDT

KUALA KRAI - Dua kejadian bumbung rumahnya ditimpa kelapa menyebabkan seorang pemuda yang tinggal sebatang kara di Kampung Pasir Era, dekat sini, hidup tidak selesa lebih setahun lalu.

Muhamad Rushdi Hamat, 40, berkata, dengan pendapatan sebagai buruh kampung, dia tidak mampu baiki sendiri bumbung rumahnya yang rosak teruk akibat kejadian itu.

Katanya, kejadian pertama kira-kira setahun lalu apabila setandan kelapa jatuh dan menimpa bumbung rumahnya sebelum kejadian sama berulang awal tahun ini.

"Kayu bumbung rumah saya memang usang, sebab itu mudah patah dan rosak teruk bila dua kali ditimpa kepala, tetapi saya tak mampu nak baiki sendiri," katanya.

Justeru, Muhamad Rushdi berkata, dia bersyukur apabila Jabatan Penerangan Khas (Jasa) Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang sudi menghulurkan bantuan bagi membaiki rumahnya.

"Terima kasih juga Penyelaras Dun Mengkebang, Azizzuddin Hussein dan Ketua Umno cawangan Pasir Era, Che Harun Che Jalil kerana mencadangkan nama saya untuk bantuan ini," katanya.

Pegawai Jasa Dun Mengkebang, Che Wahab Che Mat berkata, selepas dicadangkan Che Harun, pihaknya membuat siasatan dan mendapati pemuda itu layak terima bantuan baiki rumah daripada Jasa.

"Rumah dia tinggal sekarang pun asalnya rumah PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin) dan keadaannya pun sudah uzur, jadi kami percaya, dia memang layak terima bantuan ini.
"Muhamad Rushid juga penerima pertama bantuan baiki rumah daripada Jasa Dun Mengkebang dan akan ada lagi bantuan sama selepas ini untuk penduduk yang memerlukan," katanya.

Sementara itu, Azizzuddin berkata, Muhamad Rushdi adalah antara puluhan penduduk Dun Mengkebang yang menerima bantuan baiki rumah daripada pelbagai agensi Kerajaan
Persekutuan termasuk Jasa.

"Saya juga ambil inisiatif sendiri cari sumber kewangan dari luar termasuk institusi perbankan dan rakan korporat di Kuala Lumpur untuk disalurkan kepada penduduk Mengkebang yang memerlukan bantuan," katanya. 
Muhamad Rushdi yang masih bujang bersama beberapa penduduk kampung diketuai Che Wahab Che Mat sebelum itu bergotong-royong membaiki bumbung dan dinding rumahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved