Inginkan hidangan 'ringan' yang lazat di suasana yang mendamaikan? jom ke kedai Moksu di Pasir Mas.
Warung Kurnia Ibu atau lebih mesra dipanggil 'kedai Moksu' sangat popular di Pasir Mas. Lokasinya ditepi landasan keretapi.
Warung ini sudah lama beroperasi iaitu sejak tahun 1980an lagi.
Menariknya, warung ini merupakan antara pelopor minuman berasaskan kelapa (coconut shake) di Kelantan. Dahulunya warung ini kecil dan beratapkan daun nipah sahaja. Kini, ia lebih selesa dan ruang makan lebih luas.
'Signature dish' di warung ini tentulah minuman coconut shake dan mee celup. Selain itu, pelbagai jenis masakan panas dan western boleh didapati di sini.
Hilangkan penat berjalan dengan air kelapa susu ais krim
Mee celup campur pasti menyelerakan
Apa yang sangat istimewa adalah minuman coconut shake dihidangkan dengan pelbagai jenis rasa aiskrim pilihan seperti vanilla, coklat, keladi, pandan dan pelbagai lagi.
Suasana di sini sangat mendamaikan. Layanan juga sangat memuaskan dengan mempunyai pekerja yang sopan serta memakai pakaian rasmi dan siap berkepiah.
Sangat disyorkan mencuba di warung ini jika singgah di bandar Pasir Mas.
Suasana di warung kurnia ibu
Di sebelah kiri gambar adalah jalan keretapi
Disiarkan di dalam NST pada tahun 2010
Menu pilihan: Coconut shake + asirkim, mee dan kuetiaw celup
Tips:
Tidak digalakkan untuk pergi selepas pukul 5 petang kerana kebiasaannya mee celup telah habis pada waktu ini.
Ruang parking agak terhad, waktu puncak adalah tengahari, ramai budak sekolah akan ke warung ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan