03 di pasir mas - Google Blog Search |
Hidangan air kelapa aiskrim dan mee celup <b>di</b> Warung Moksu <b>Pasir</b> <b>...</b> Posted: 19 Mar 2012 08:36 AM PDT Inginkan hidangan 'ringan' yang lazat di suasana yang mendamaikan? jom ke kedai Moksu di Pasir Mas. Warung Kurnia Ibu atau lebih mesra dipanggil 'kedai Moksu' sangat popular di Pasir Mas. Lokasinya ditepi landasan keretapi. Warung ini sudah lama beroperasi iaitu sejak tahun 1980an lagi. Menariknya, warung ini merupakan antara pelopor minuman berasaskan kelapa (coconut shake) di Kelantan. Dahulunya warung ini kecil dan beratapkan daun nipah sahaja. Kini, ia lebih selesa dan ruang makan lebih luas. 'Signature dish' di warung ini tentulah minuman coconut shake dan mee celup. Selain itu, pelbagai jenis masakan panas dan western boleh didapati di sini. Apa yang sangat istimewa adalah minuman coconut shake dihidangkan dengan pelbagai jenis rasa aiskrim pilihan seperti vanilla, coklat, keladi, pandan dan pelbagai lagi. Suasana di sini sangat mendamaikan. Layanan juga sangat memuaskan dengan mempunyai pekerja yang sopan serta memakai pakaian rasmi dan siap berkepiah. Sangat disyorkan mencuba di warung ini jika singgah di bandar Pasir Mas. Menu pilihan: Coconut shake + asirkim, mee dan kuetiaw celup Tips:
Peta Lokasi Warung Kurnia Ibu (Moksu) |
You are subscribed to email updates from di pasir mas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan