03 di tanah merah - Google Blog Search |
UMNO <b>Tanah Merah</b> hargai pelajar cemerlang - Utusan Malaysia <b>...</b> Posted: 14 Apr 2012 04:56 PM PDT UMNO Tanah Merah hargai pelajar cemerlangMustapa Mohamed dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (depan, tiga kanan) bersama ibu bapa serta pelajar menunjukkan simbol 1Malaysia pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang di Tanah Merah, kelmarin. TANAH MERAH 14 April - Pelajar cemerlang dari daerah ini terus mendapat penghargaan daripada UMNO Bahagian Tanah Merah yang menyampaikan sumbangan berupa keperluan sekolah dan wang tunai. Pemberian sumbangan itu merupakan tradisi yang melambangkan kecaknaan UMNO Tanah Merah dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak Tanah Merah termasuk mereka yang tinggal di luar daerah ini. Majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing itu turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, majlis tersebut dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 serta ibu bapa mereka. "Pada tahun ini, kami bukan sahaja memberi sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tinggal di Parlimen Tanah Merah, malah turut memberi sumbangan kepada anak-anak tempatan yang bersekolah di luar kawasan Parlimen ini. "Kami memberi sumbangan kepada pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 1A dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 masing-masing dalam SPM dan STPM 2011," katanya kepada pemberita selepas tersebut di sini, semalam. Ikmal Hisham berkata, pelajar yang memperoleh 6A dalam SPM dan PNGK 2.8 ke atas pada STPM 2011 turut diberi bonus tambahan berbentuk wang tunai sebanyak RM50 setiap seorang, tanpa mengira kaum. "Program ini juga adalah salah satu usaha kami untuk memberi perangsang dan menyuntik semangat pelajar serta generasi muda di Parlimen Tanah Merah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi," katanya. Katanya, selain memberi sumbangan sebagai pencetus semangat, pihaknya turut bersedia membantu mana-mana pelajar dalam mengemukakan rayuan mereka untuk memasuki pusat pengajian tinggi tempatan. Sementara itu, seorang pelajar yang ditemui, Muhammad Mahir Che Hassan, 18, berkata, dia berterima kasih kerana diberi penghargaan tersebut hasil pencapaian 7A dalam SPM 2011. "Sumbangan ini memberi motivasi kepada saya untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh demi merealisasikan impian melanjutkan pelajaran ke universiti di Timur Tengah dalam bidang doktor perubatan," katanya. Seorang pelajar yang memperoleh 6A dalam SPM 2011, Foh Yu Lee, 18, pula berkata, sumbangan UMNO Tanah Merah itu merupakan satu bentuk sokongan dan motivasi kepadanya memandangkan dia berasal dari keluarga kurang berkemampuan. "Keluarga saya hanya bergantung kepada ibu yang bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran dengan pendapatan RM700 sebulan kerana ayah meninggal dunia tiga tahun lalu," katanya. |
You are subscribed to email updates from di tanah merah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan