Isnin, 7 Mei 2012

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di pengkalan chepa</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2012 01:37 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Kerajaan Pas Kelantan Gagal Lihat Keistimewaan <b>Pengkalan Chepa</b>

Posted: 03 Apr 2012 03:17 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Kerajaan Pas Kelantan Gagal Lihat Keistimewaan Pengkalan Chepa – Dali

Oleh : Azman Abas

PENGKALAN CHEPA 3 April – Ketua UMNO bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin melihat penduduk di kawasan itu mengalami kerugian yang cukup besar setelah kegagalan kerajaan negeri membangunkan kawasan berkenaan yang mempunyai banyak keistimewaan.

Menurut beliau walaupun kawasan tersebut merupakan kawasan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ianya masih lagi gagal dibangunkan sebaik mungkin yang menyebabkan penduduk hilang keistimewaan walaupun kawasan tersebut berpeluang meningkat maju.

"Penduduk Pengkalan Chepa sebenarnya rugi besar sebab dulunya kawasan ini ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN)  merupakan salah satu kawasan perindustrian. Sebut sahaja Pengkalan Chepa inya satu kawasan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat  mendapatkan peluang pekerjaan. Dulu mempunyai banyak kilang besar…hari ini kebanyakannya dah tutup….Kenapa berlaku sedemikian?

"Ini merupakan kegagalan kerajaan negeri….. pertamanya kegagalan menyediakan insentif kepada pelabur, keduanya menyediakan prasarana. Bahkan 'airport' itu hasil sumbangan kerajaan persekutuan.

"Di Pengkalan Chepa kerajaan pusat bina kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk beri kemudahan kepada nelayan kita mendaratkan ikan tetapi gagal…. kerana apa…kompleks ini gagal kerana muara airnya cetek. Kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan masalah ini yang akhirnya pelaburan begitu besar seolah-olah hari ini menjadi gajah putih tidak berdaya maju dan inilah kegagalan kerajaan negeri," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Katanya lagi banyak kawasan strategik di Pengkalan Chepa tidak digunakan serta dibangunkan dengan sebaik  mungkin oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita dulu mempunyai Pantai Cahaya Bulan yang merupakan kawasan industri pelancongan yang mana menjadi tarikan kapada pelancong….tetapi hari ini kawasan ini mula tidak dikenali lagi.. sebab apa …gagalnya kerajaan negeri nak mengurus tadbir untuk menjaga kawasan strategik yang ada di Pengkalan Chepa. Begitu juga kawasan kilang kita," katanya.

Tambah beliau sepatutnya kawasan berkenaan yang merupakan kawasan Menteri Besar dimajukan dengan pembangunan yang pesat dan berdaya maju.

"Secara lebih jelas kalau kita bandingkan apabila kawasan ini adalah kawasan MB, sepatutnya menggambarkan ianya satu kawasan kemajuan. Contohnya di Terengganu….Datuk Seri Idris Jusoh daripada  Besut ketika  menjadi MB Terengganu membangunkan kawasan berkenaan.

"Besut dulunya yang jauh ketinggalan hari ini membangun dengan pesat. Begitu juga di Perak… Gerik dulu tidak dikenali tetapi apabila Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali menjadi MB maka Gerik dimajukan dan menjadi  jalan utama penghubung antara pantai Timur dan Utara. Tetapi di Kelantan kawasan MBnya hidup segan mati tidak mahu…itulah realitinya yang berlaku kepada kita," katanya.

Serentak itu beliau memberikan jaminan sekiranya rakyat Kelantan khususnya di Pengkalan Chepa berani melakukan perubahan, insyaallah akan ada pembaharuan di negeri berkenaan dan Pengkalan Chepa.

"Insyallah, kita cukup yakin jika rakyat memberi kepercayaan terutama di Pengkalan Chepa ini, kita akan cuba membuat lonjakan baru dengan penstrukturan semula kawasan ini untuk melihat ianya memberi faedah kepada rakyat Kelantan terutama di kawasan ini untuk sama-sama membangunkan Pengkalan Chepa.

"Kita mempunyai kemudahan yang cukup lengkap, cuma bagaimana kaedah untuk kita memajukan dan dengan sokongan padu pucuk pimpinan pusat, Kelantan termasuklah Pengkalan Chepa ini akan berubah wajah," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 3 April 2012 (5 Hari Lalu) Pada 6:17 PM

BLOG KELANTAN: 03 <b>di pengkalan chepa</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2012 01:27 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di pengkalan chepa</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di pengkalan chepa</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Feb 2012 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

A Drop of Water in the Sea: MRSM <b>Pengkalan Chepa</b>?????

Posted: 26 Jan 2012 08:36 AM PST

Pada hari Khamis yang lepas, kami berdebar-debar untuk menerima keputusan permohonan Gem 4 ke sekolah berasrama penuh (SBP) dan MRSM. Ketika kawan-kawannya sibuk bertanya khabar, kami masih tidak merujuk ke laman Web berkenaan - suspense!
Keesokan harinya, saya pula terpaksa menjadi pengawas peperiksaan. Komputer tidak dapat dibuka. Ketika berkesempatan, saya sms Gem 1, "Kakak dapat ke SBP?". Gem 1 membalasnya,"Tak!" Saya sudah menduga jawapan itu dari mula. Malah ketika mengisi borang permohonannya, saya sentiasa berkata-kata bahawa jika Gem 4 mendapat tempat di sekolah  berasrama, maka ianya satu keajaiban. Yang membawa maksud, itu pemberian istimewa Tuhan pada hambanya yang serba daif. Kenapa? Kerana, pertama, kediaman di bandaraya - peluang tidak secerah di kampung. Kedua, persaingan sangat hebat, 34000 yang layak dengan peluang yang sedikit. Ketiga, kerana Gem 4 cuma ahli biasa - tidak ada jawatan atau penyertaan yang luar biasa! Melihatkan keinginannya yang bersungguh-sungguh untuk ke sekolah asrama, maka berkali-kali saya katakan padanya - "MINTA PADA TUHAN KAK, MINTA PADA TUHAN. SOLAT HAJAT, SOLAT MALAM, BACA YASIN". Saya juga katakan padanya berkali-kali, peluangnya amat tipis. Tapi percayalah pada Kuasa Tuhan - Kun Fa Kun - Jadi Maka Jadilah. Ia akan mengatasi segala logik akal yang ada.
Dan ketika menerima keputusan yang gagal itu, hatipun menjadi sayu. Saya pula tidak mengharapkan pada permohonan ke MRSM. Jika ke sekolah asramapun gagal, apatah lagi ke MRSM. Tapi, ketika mata mengawas gerak-geri pelajar, saya sempat berdoa,"Ya Allah, aku tahu doa ini terlalu terlambat. Keputusan ke MRSM sudah terawang-awang untuk dikeluarkan esok harinya seperti yang dijadualkan. Tapi, aku ingin juga meminta padaMu, mohon Engkau kabulkan impian anakku".
Ketika kami sibuk mengambil anak pulang ke sekolah, tiba-tiba Gem 1 menerima sms - Tahniah, permohonan anda ke MRSM berjaya bla...bla .. bla... Gem 1 pun berkata,"Apa sms ni? Tadi kata gagal (merujuk kepada kegagalan untuk ke SBP)". Dia membaca lagi. Kali  dia berkata,"Laa... untuk MRSM rupa-rupanya". Saya tidak berkata apa-apa. Terkenang sesi doa di dalam dewan tadi yang digenangi air mata. Ya Allah, Engkau ada di mana-mana. Tuhan itu ada untuk mendengar permintaan hambanya.
MRSM Pengkalan Chepa????? Ia di luar pilihan permintaan. Yang diminta, ke Kuala Kubu Baru atau Melaka atau Kulim. Semuanya atas alasan mudah untuk dikunjungi atau ada saudara mara hampir jika berlaku apa-apa kecemasan. Kami tidak ada saudara yang hampir di sana. Bagaimana? Tapi, Gem 4 tersangat gembira. Kerana Allah bukan sahaja memberinya peluang ke asrama, tetapi ke MRSM yang berprestij di antara MRSM yang ada! Alhamdullillah.
Yang pasti, beberapa hari lagi saya akan kehilangan editor dan rakan sekerja untuk satu tempoh yang lama. Buku kedua masih merangkak-rangkak mencari bahan dan haluan. Barangkali, saya perlu mengcungkil bakat Gem 5 yang seakan terpendam... Siapa tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads