Khamis, 14 Jun 2012

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


<b>Dabong</b> Caving, Kem Baha, Gunung Stong – Part I <b>...</b>

Posted: 12 May 2012 11:39 PM PDT

Sudah lama gua mengimpikan diri gua berada di puncak air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Personal travel log:

28 April 2012 
7:00 AM – Tiba di Stesyen Keretapi Dabong.
9:10 AM – Bertolak dengan van untuk aktiviti caving.
11:00 AM – Tamat aktiviti caving di Gua Gelap, Gua Keris, Gua Pagar dan Gua Ikan.
12:00 PM – Kembali ke Stesyen Keretapi Dabong untuk lunch dan preparation ke starting point hiking.
12:45 PM – Bertolak dengan menaiki van ke Starting Point.
1:20 PM – Mula hiking ke Air Terjun Jelawang melalui trek air terjun yang comel.
3:49 PM – Tiba di Kem Baha untuk bermalam.

Total 43 photos.

Disinilah segalanya bermula, turun keretapi disini, nak berak keras disini, nak kencing bertabur juga disini, nak tuka baju disini, nak makan disini, nak shopping barang hiking disini, nak makan disini. Nak balik pon disini. Hebatnya disini!

2. Kami yang menyertai ekspidisi kasi ini. Macam nak censor amount bayar tapi aku malas. So, kantoi la sapa tak bayar lagi. Haha.

3. Penggambaran pertama kami sebelum pergi caving. Ceria juga. Tunggulah lepas start hiking nanti, muka takleh blah.

4. Pok Cheq dengan Pok Gad brief serba sedikit dos and don'ts bila pegi caving nanti. Contoh do; pakai headlamp. Don'ts: membuat aksi seksi didalam gua walaupun gelap.

5. Time bergambar memang bukan main lelebih lagi Iskandar dengan pose mendada sambil memandang ketepi yang sangat mengujakan.

6. Model signboard. Pewit.

7. Perjalanan menuju ke gua. Melalui tepi kebun sayur dan semak samun.

8. Sudah nampak pintu masuk ke gua. Berdebar-debar hati mak, nyah.

9. Dah nama pun gua... Mestila..

10. Serius gua ni gelap. Perlulah berhati-hati agar kepala tidak terhantuk stalactite kerana diketahui para sarjana bahawa stalactite adalah lebih keras dari kepala.

11. Antara cabaran paling mengujakan didalam Gua Gelap. Perlu melalui lobang ini untuk ke bahagian gua yang lebih dalam. Cabarannya; bagaimana nak melalui lobang tu tanpa mengotorkan baju.

12. Kawan karib kala hiking. Bukan kala jengking tapi kala pacat.

13. Disini juga ada statactite yang masih hidup dimana ada air yang masih menitik. Takleh pegang. Tunjuk saja takpe.

14. Kau nampak apa yang aku nampak?

15. Dikhabarkan spisis pokok herba ini hanya ada disini. Apa tah nama. Kamaruddin kot.

16. Gua ikan: Suatu masa dulu air yang lalu dari dalam gua ini adalah jernih dan didalam ini digunakan oleh penduduk tempatan sebagai tempat untuk solat jumaat. Tapi sekarang dah jadi kotor sebab lumpur hasil balak.

17. Balik dari caving, makan tengahari dan naik van untuk ke Stong Resort dimana kami akan mula hiking naik ke Kem Baha.

18. Itulah Air Terjun Jelawang. Tinggi oh! Atas puncak air terjun tersebt adalah Kem Baha.

19. Selamat datang ke Taman Negeri, Gunung Stong. Dari sini boleh ke beberapa gunung disekitar Dabong-Jeli-Perak. Lebih kurang ada 9 puncak yang diketahui.

20. Jaafar (kanan) menolong Iskandar (kiri) menyiapkan muatannya. Aku tengok pon dah cuak. Camane nak pikul bawak naik ni? Polisterin tu penuh dengan ayam/ikan/sayur untuk 20 orang makan. Imejin lah beratnya.

21. Porter Gunung Stong. Wahaha. Aku tak sanggup nak cuba angkat bag tu. Oleh sebab aku gagah, silap haribulan dapat angkat, terus melekat dan Iskandar suruh aku je bawak naik bag dia. Wahaha.

22. Senaman regangan ringan untuk elak kecederaan semasa hiking.

23. Yahuuu azab sengsara bermula! Hinsss.. hinss..

23. Resort ni dah lama. Tapi tak jaga. 40% kemudahan dah jahanam. Sayang sekali. Tatau salah sapa.

24. Baru sikit je, rupa Iskandar dah macam kene serang babi hutan. Haha. Berat ohh!!

25. View ini hanya dapat dinikmati kalau melalui trek iar terjun. Trek ini hanya boleh dilalui pada hari yang cerah tanpai air besar. Nasib baik la hari tu cuaca OK. Kalau tak, lalu saja ikut trek hutan yang tak nampak langsung air terjun.

26. Diatas sana Kem Baha tempat penginapan 5 bintang.

27. Pok Checq amik gambar ni. Oleh sebab aku pakai wide lens dan dia tak mai dekat, cinonet la kami semua.

28. Selepas mandi-manda secara kecilan, kami sambung hiking. Untuk naik ketas, perlu ikot guide dan jangan sesekali pepandai buat trek sendiri sebab batu air terjun ni sangat licin. Kalau jatuh, ada harapan nak arwah.

29. Botak menyangkutkan bontot beliau pada batu untuk melepaskan penat sambil mengunggu geng yang lain.

30. Lair melalui tepi-tepi air terjun untuk ke trek seterusnya.

31. Bag gua yang baru 2 kali pakai. Hahaha. Last pakai naik Gunung Tahan.

32. Simpang 3 yang legendary. Bila dah sampai kat sini, maknanya dah dekat la tu nak ke Kem Baha. Happy~

33. Tibanya di Kem Baha, gua disambut dengan pemandangan ini. Terbaek. Alhamdulillah semuanya selamat sampai.

34. Apa lagi? Tebar la ground dan pasang la fly! Kang tido dalam hujan pulak.

35. Is (Iskandar) suruh potong dadu carrot ini. Lain bebetul potong sebesar buah dadu. Lepastu kene marah. Wakakaka.

34. Para pembantu kepada tukang masak aka abang gagah aka porter kita; Iskandar.

35. Masuk hutan pon, semaye jange tinggal.

36. Ada group yang dah lama sampai main gelongsor air terjun natural. Nampak ngeri. Tapi wajib cuba bila dah sampai kesini. Aku skodeng saja.

37. Pagi pertama di Kem Baha. Gua lambat ke lookup point. Hasilnya penuh dengan segala mak nenek manusia macam pasar malam. Namun sempatlah juga menangkap gambar sunrise yang tak seberapa.

38. Timun untuk dimakan bersama nasi lemak.

39. Telur order khas dengan telur kuning cair. Perghhh

40. Peserta paling muda.

41. Makan tengah hari; angel hair pasta. Jangan memain. Makanan atas gunung lagi mewah hari orang kat bawah. Itu belom siakap 3 rasa lagi. Haha.

42. Sambil menunggu makanan siap. Gua pergi membuang masa dengan mengambil gambar.

43. Jemput makan! Sekejap lagi nak pegi hiking naik Gunung Stong.

Continued in part II.

Rating: 8.0/10 (2 votes cast)
Dabong Caving, Kem Baha, Gunung Stong - Part I, 8.0 out of 10 based on 2 ratings

Related posts:

  1. Dabong Caving, Kem Baha, Gunung Stong – Part II
  2. Gunung Tahan: Kuala Juram(Merapoh)-Tahan-Kuala Juram – Part II
  3. Gunung Kinabalu – Part IV
  4. Gunung Kinabalu – Part II
  5. Gunung Ledang – Part III
Tags: , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads