Khamis, 14 Jun 2012

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Suasana Yang Berlaku <b>Di</b> Masjid <b>Pulau Melaka</b> Setiap Pagi Hujung <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2012 02:15 AM PDT

Suasana di Masjid Pulau Melaka. Orang ramai berebut-rebut nak suruh TG Nik Aziz 'belah mulut' bayi mereka.

PAS SESAT?

nasrulfahmi: :: 160km Ekspedisi Kayak Kelantan ::

Posted: 13 Jun 2012 07:57 AM PDT

Bismillah ..

Alhamdulillah setelah lama blog bersawang ade jugak benda nak update .. Okeh entry kali ni nak berkongsi pengalaman Ekspedisi Kayak .
Sebelum ni xpernah berkayak sejauh ni dan alhamdulillah kali ni dapat kayak jauh2 .. Ha kayak-lah smpai muntah ..
Program kali ni anjuran Program Jati Diri Mahasiswa (Projadim) dan aktiviti outdoor mmg ade tiap2 sem .. cuma kali ni kali baru terbukak hati nak join .. Of course memang best x terhingga . :)

Ape yg penting program macam ni membentuk peribadi kita supaya kita lebih matang dan berdikari .. Module2 yg ade di sekolah ko-k, tgk cerita K-Pop(kah3 .. asyik kne target dak2 K-pop ni) sememang xcukup untuk dapatkan soft skill yg amat berlainan skali .. lagi bermula dengan mereka2 yg kita xkenal .. mmg susah meng-adaptasi-kan suasana dgn kawan2 yg dah lama kita kenal .. tp ape yg penting kita dpat recharge IMAN kita  .. Alhamdulillah Syukur .



Ekspedisi Kayak kali ni sejauh 160km dengan sebanyak 3 perhentian .. dengan purata berkayak sebanyak 50km sehari bermula di Pulau Melaka ke Teluk Penggawa tapi malanngnya kitorang terlajak 5km kerana telalu sampai ke Pantai Cahaya Bulan kerana ter-over power .. :D

 Di Pulau Melaka juga terletaknya Rumah Tok Guru Nik Aziz .. sempat ber-imamkan beliau ketika solat subuh di Masjid Tok Guru . memang sempoi-lah Tok Guru .. Rumah belakang masjid je .. dan tiap kali subuh Masjid ni agak meriah bkn sbb makmum ramai,tp majlis cukur jambul dan men-tahnik bayi2 .. ikut cerita2 org sini suasana camni berlaku hampir setiap hari ..  Mmg cool Tok Guru .





Lepas terlajak ke Pantai Cahaya Bulan, Alhamdulillah sempat bercamping di situ utk satu malam sebelum meneruskan per-kayak-kan ke Pulau Suri esok harinya .. Rase seronok sebab dapat rase nikmat camping ramai2 nih .. solat atas pasir semua . menakjubkan !



Di sini lah tempat kitorang tido .. tepi pantai berteman bulan da bintang .. hehe .

Selepas 3 hari berkayak akhirnya sampai-lah kami ke destinasi terakhir dekat pantai Sri Tujuh .. segala penat lelah berbaloi dengan pemandangan yg splendid nih ! insyaAllah ade rezki nak pergi lagi merakamkan segala keindahan Allah yg diciptakan utk kita semua .. Ameen ..
Hahh .. hidup ni memang kite xkan pernah puas . dah dapat ape yg kita nak pun kita xkan pernah puas .. sama dengan budak2 dalam gamba ni .. dah penat berkayak malamnye panjat pulak kaki gunug Stong, dekat kem baha .. tapi Allah Maha Kaya .. Dia gantikan penat kami dengan suatu benda lagi be-erti .. Kenangan dengan ciptaan-Nya :) ,, so kawan2 berjalan dan bermusafirlah .

Dekat puncak air terjun tula kitorang  tido .. tepi cerun tula kami bersleeping bag .. sejuknya x terhingga . tapi dapat solat dekat atas sana .. boleh menitis air mata :)

Perlu hormati sensitiviti Melayu | MelakaKini

Posted: 27 May 2012 05:42 PM PDT

BARU-baru ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika dihubungi seorang wartawan Utusan Malaysia dengan nada lantang mengisytiharkan beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, meskipun pihak pembangkang bersetuju Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara itu, namun beliau secara peribadi menganggap tiada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri kerana tidak termaktub dalam Perlembagaan negara yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan berbuat demikian.

"Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini," tegas beliau.

Kenyataan Karpal itu adalah sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini bahawa beliau telah tersasul menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang.

"Saya akui tersasul menyebut Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri, tetapi buat masa ini, kita (pakatan pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti," jelasnya.

Ekoran laporan akhbar itu, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu telah mencabar pemimpin tertinggi Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memberi komen sama ada bersetuju atau tidak dengan kenyataan Karpal itu.

Setakat ini, pemimpin-pemimpin kanan Pas hanya mengambil sikap berdiam diri. Nik Abdul Aziz yang ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan selepas itu juga enggan mengulas.

Beliau hanya mengungkap perkataan "Karpal Singh orang tua" apabila ditanya berkali-kali oleh pemberita berhubung pendirian parti itu.

Sikap berdiam diri oleh pemimpin Pas itu adalah antara faktor penyebab pemimpin DAP lantang bersuara kerana mereka tahu tiada mana-mana pemimpin Melayu dalam pakatan itu yang berani menyanggah, semata-mata bagi memastikan kesepakatan untuk menawan Putrajaya tidak tergugat.

Keberanian pemimpin DAP itu juga kerana mereka tahu bahawa PKR bukanlah parti yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

Hakikat itu terbukti ketika timbul isu cabaran Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md. Akin pada penghujung tahun lalu supaya UMNO meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memperuntukkan jawatan Perdana Menteri khas hanya untuk orang Melayu.

Anwar yang mengulas cabaran itu kemudiannya menegaskan bahawa pihak pembangkang tidak akan menyokong usaha untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan orang Melayu sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Kita tidak akan sokong. Pendirian kita adalah kekalkan peruntukan Perlembagaan yang ada," ujarnya seperti yang tersiar dalam sebuah portal berita propembangkang.

Pakar sejarah Malaysia, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam yang diminta mengulas kenyataan terbaru Karpal berkata, pemimpin DAP itu tidak sewajarnya berbuat demikian kerana isu yang dibangkitkannya telah menyentuh sensitiviti kaum Melayu.

"Saya akui Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk beliau membangkitkan isu sensitif yang melanggar warisan budaya dan sosial negara ini yang telah sekian lama diamalkan.

"Ini adalah warisan budaya negara kita yang asalnya adalah Persekutuan Tanah Melayu jadi memang sewajarnya orang Melayu terus menerajui negara ini," ujarnya.

Beliau yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, amalan melantik ketua kerajaan di kalangan orang Melayu dan Islam juga telah dilaksanakan di negeri- negeri yang mempunyai sultan sejak sekian lama.

"Sudah sewajarnya amalan sama turut dilaksanakan di peringkat Persekutuan, selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

"Seri Paduka yang berhak melantik Perdana Menteri dan sudah tentu baginda akan memilih di kalangan orang Melayu dan Islam selaras dengan kedudukan kaum itu yang merupakan penduduk majoriti negara ini," ujarnya.

Beliau berkata, faktor lain yang menyebabkan hanya orang Melayu boleh dilantik sebagai Perdana Menteri kerana perkara itu terkandung dalam 'kontrak sosial' yang telah dipersetujui pemimpin semua kaum ketika negara mencapai kemerdekaan.

"Walaupun kontrak sosial ini tidak dicatatkan secara bertulis, tetapi telah dilaksanakan sejak Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Oleh itu, adalah sewajarnya kontrak sosial ini terus dihormati oleh semua kaum bagi memastikan negara ini terus aman dan harmoni," katanya.

Mengulas isu sama, penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, langkah Karpal membangkitkan isu sensitif berkenaan adalah semata-mata bagi memastikan beliau terus mendapat tempat dalam hierarki kepimpinan DAP.

"Karpal tahu beliau tidak akan mendapat tempat dalam DAP sekiranya bersikap moderat dan akomodasi.

"Nyawa politiknya banyak bergantung kepada sejauh mana beliau mampu memperlekeh dan menginjak-injak maruah dan martabat Melayu serta Islam bagi memenuhi selera golongan cauvinis dalam DAP.

"Sikap beliau ini juga menjadi lambang perasaan sebenar sekelompok besar penyokong DAP yang anti-Melayu dan Islam tetapi tidak berani menonjolkan diri kerana kepentingan strategi politik secara keseluruhannya," katanya.

Beliau yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata, Karpal berani bertindak sedemikian kerana beliau tidak disentuh dan dikritik oleh pemimpin Melayu dan Islam dalam Pas serta PKR yang menjadi rakan kongsi DAP dalam pakatan pembangkang.

"Hakikat ini jelas terbukti dengan sikap Pas dan PKR sebelum ini yang buat-buat tuli (tak dengar) bahawa beliau mahu Pas dan orang Islam melangkah mayatnya dahulu sebelum melaksanakan hudud di Malaysia," katanya.

Oleh itu, semua pihak harus ingat bahawa Malaysia akan berada dalam situasi bahaya jika isu-isu melibatkan sensitiviti sesuatu kaum terus diperdebatkan.

Kepada pemimpin pembangkang jangan ikut sedap mulut sahaja untuk mengeluarkan pandangan, sebaliknya fikir baik dan buruknya kepada negara.

Selama 55 tahun merdeka, perkara sensitif ini telah dijaga dan tidak dipersoalkan secara terang-terangan, jadi kenapa kini mereka semakin ghairah untuk menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu.

Kita tidak mahu kerana terlalu ghairah berpolitik, keharmonian antara kaum di negara ini terancam. –UM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads