Isnin, 25 Jun 2012

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Cahaya Rasulullah SAW <b>Di</b> Tanah Serendah Sekebun Bunga

Posted: 18 Jun 2012 12:47 AM PDT


Perjalanan Mahabbah Rasulullah S.A.W ke Negeri Serambi Mekah Tanah Serendah Sekebun Bunga Kelantan Darul Naim bermula pada Jumaat 4/5/2012 iaitu selepas Isyak dari Taman Sutera Kajang Selangor Darul Ehsan.. Kali ini 5 orang ahli menyertai trip iaitu Chief Musa, Sdra Amri, Sdra Amin , Sdra Zulkifli dan ambo. Singgah terlebih di Gombak bagi memenuhi undangan Jemputan Walimatul Urus anakanda kepada Tuan Hj Rosli AGROBANK sebelum bertolak ke destinasi Mahabbah di Ahbabul Mustafa Tumpat Kelantan. Tiba di rumah sahabat pada pukul 11.00 mlm dan merupakan tetamu terakhir bagi majlis tersebut. Hampir sejam berada di rumah beliau rombongan meminta izin untuk beredar dan bergerak menuju ke destinasi. ..

Difahamkan bahwa Hj Zainuddin ( Lebai Din ) Sentul juga ingin turut berkonvoi bersama - sama dengan kami.Chief Musa mula mengorak langkah memandu Livina menuju ke Karak Highway sebelum singgah di Stesyen Petronas Bentong bagi memberi peluang kepada Lebai Din yg tiba lebih awal untuk sama-sama menyertai konvoi.

Terus menuju ke Felda Kerteh Terengganu untuk singgah di rumah keluarga Sdra Zulkifli Abdul Ghani. Setelah solat Subuh di masjid , bergerak menuju ke rumah abangnya iaitu Sdra Alias yg terletak tidak jauh dari masjid. Silaturrahmi, santai , doa selamat dan tahlil arwah serta jamuan Nasi Minyak & Lemak Terengganu.

( Selesai Tahlil & Doa Selamat)

Siap basuh kaki menggunakan air perigi....

Seterusnya menuju ke masjid berdekatan dengan kompleks makam untuk membersihkan diri serta hal -hal berkaitan sebelum bergerak menuju ke tempat yang dicita iaitu Kelantan Darul Naim.

Singgah makan tengah hari di Setiu Terengganu sebelum menuju ke Homestay Kg Demit Kubang Krian Kelantan. Tiba di homestay pada pukul 4.00 ptg...

Setelah berehat dan menunaikan solat Asar., rombongan bergerak ke Madrasah Ahbabul Mustafa bagi menghadiri Majlis Maulidurrasul Muhammad S.A.W. Tiba di lokasi pada pukul 6.15 ptg ketika majlis sedang rancak berjalan. Habib Omar Tanggul sedang memberikan tausiyah kepada para hadirin.


Tuan Guru Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami menyampaikan amanat di samping berkongsi pengalaman di dalam mencari Rahsia Kenabian setelah para hadirin digelapkan dengan terganggunya bekalan elektrik bagi menerangi majlis Maulidurrasul semasa ucapan Syeikh Abdur Razak Al Misri.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu iaitu tausiyah daripada Al Mukarram Al Fadhil Dato Syed Umar Bin Abdul Kadir Al Idrus , Penasihat Agama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta cucunda kepada Ulama Masyhur Tok Ku Paloh.( Syed Abdurrahman B Syed Muhammad Al Idrus ).

Majlis akad nikah bagi Sdra Abu Farid disempurnakan pula oleh Al Habib Omar Bin Syihab Palembang.

Selesai Solat Isyak hadirin dijamukan dengan hidangan nasi minyak serta daging kambing. Rombongan bergerak bersurai dari majlis lebih kurang pukul 11.00 mlm menuju ke homestay di Kubang Krian.

Pada keesokannya... rombongan menziarahi makam ulama tersohor Kelantan , Tok Kenali iaitu Al marhum Muhammad Yusof Bin Ahmad Kenali Al Kelantani tidak jauh daripada lokasi homestay. Perancangan Allah Azza Wa Jalla adalah muktamad, Che Zam berserta Chief Hj Khairuddin telah pun tiba terlebih dahulu apabila kami sampai di lokasi makam Tok Kenali.

Selesai salam auliya' , yasin , tahlil arwah serta doa tawasul yg di pimpin oleh Lebai Din.. Kami bergerak ke Makam Tuan Tabal ( Syeikh Hj Wan Abdussomad Bin Wan Saleh ) di Kg Banggul Kota Bharu manakala Che Zam dan Chief Khairuddin bergerak balik ke KL melalui Terengganu bagi menziarahi Makam Tok Pulau Manis dan Tok Ku Paloh.

Kali ini stereng Livina Chief Musa diserahkan pula kepada Imam Muhammad Amin, tiba di lokasi kawasan perkuburan pukul 10.00 am. Itupun setelah berhenti di warung berdekatan Masjid Kg Banggul bertanyakan penduduk tempatan mengenai arah ke kawasan kubur. Memang luas sungguh kawasan kubur ini. Kami disapa oleh penjaga/pencuci kubur yg bernama Hj Rosdi Osman, warga Singapura dari Keturunan Kesultanan Banten Indonesia...

Dikatakan bahawa terdapat juga makam raja-raja Kelantan dulu-dulu seperti Cik Siti Wan Kembang, Raja Mulut Merah dan ramai lagi. Oleh kerana kesuntukan masa , kami tidak menziarahi makam2 tersebut. Cuma berziarah dan bertahlil di sisi Makam Tuan Tabal sahaja. InsyaAllah akan dilakukan di lain masa nanti. Setelah bersalaman dgn Tn Hj Rosdi Osman serta bertukar-tukar nombor telefon, kami meminta diri untuk beredar... Singgah pekena nasi kandar di permulaan lorong masuk ke kawasan kubur.

Acara berikutnya ialah singgah di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu untuk membeli ole-ole untuk dihadiahkan kepada mek bonda di Kampung Betong, Salor nanti. Bergerak menuju ke rumah mek bonda ambo bagi bertemu mata dan sedikit tahlil arwah , doa selamat dan jamuan akok Salor sebelum bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur melalui Machang - Kuala Krai - Gua Musang - Kuala Lipis- Raub - Bentong - Gombak - Kuala Lumpur.

Pukul 2.00pm beredar dari rumah mek bonda ambo di Kg Betong, Salor Kota Bharu Kelantan untuk pulang ke Selangor melalui laluan KB-Mache-Kuala Krai- Gua Musang-Kuala Lipis -Raub-Bentung-Gombak-KL. Kali ni ambo pula yg memegang stereng Livina Chief Musa. Singgah di ESSO Kok Lanas isi minyak sebelum meneruskan sehingga ambo mula rasa ngantuk... hehehe. Serah pula kepada Imam Amin setelah melepasi bandar Kuala Krai. Solat Zohor & Asar Jamak Taakhir di Masjid Tengku Faiz Petra Gua Musang pada pukul 5.00pm.

Pukul 6.00pm ambo sekali lagi pegang stereng memandu sehinggalah sampai di pekan Raub untuk makan malam dan solat Maghrib & Isyak Jamaak Taakhir. Imam Amin sekali lagi memandu dari Raub hingga sampai ke Ampang ( rumah mertuanya) untuk mengambil keluarganya dan dibawa balik ke Sg Merab Sepang. Sdra Zulkifli Putrajaya pula memandu sehingga ke kediamannya di Putrajaya...Akhir sekali setelah sampai di Putrajaya, Sdra Amri diberi tugas sebgai pemandu sehingga sampai ke Taman Sutera Kajang Selangor.... Alhamdulillah tiba di Taman Sutera Kajang Selangor Darul Ehsan dengan selamat pada pukul 12.00 malam....

Catatan Perjalanan 2.0: Kenapa gas <b>Kelantan</b> naik ke Terengganu?

Posted: 24 Jun 2012 08:35 PM PDT


Salmiyah Harun, 24 Jun 2012
(Royalti menuntut gas Kelantan di naik ke negeri itu bukannya Terengganu)
KUALA LUMPUR:  Gabungan profesional tuntut royalti, pendaratan minyak dan gas ke negeri Kelantan (Royalti) menuntut penjelasan daripada Petronas berhubung pelaburan sebanyak RM15.6 billion bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin - MNB) yang menyebabkan gas Kelantan didaratkan ke Terengganu.
Ini kerana, dalam tempoh lima tahun akan datang MNB membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 trillion kaki padu di kawasan perairan negeri Kelantan.
Ia melibatkan Blok PM302, Blok PM325, dan PM326B turut membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari pelantar carigali dalam perairan negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu.
"Mengapa gas yang dicarigali dalam perairan negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?" soal mereka.
Pihak Royalti mencadangkan agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip saluran dibina bagi didaratkan ke negeri Kelantan kerana jarak blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh.
Menurut Setiausaha Royalti, Mohd Hishamuddin Ghazali, jarak kawasan carigali yang dinyatakan (PM302, PM325 & PM326B) ke Pantai Senok, Bachok (kawasan yang dirizab untuk pendaratan gas oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1990-an) hanya sekitar 140 hingga 160 kilometer sahaja berbanding ke Kerteh sejauh lebih kurang 300 kilometer.
Langkah itu katanya, secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan.
"Dimana sekiranya gas didaratkan di negeri ini ia dapat membuka peluang pekerjaan yang bukan sedikit bagi golongan profesional dan juga separa profesional," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru katanya, mengambil kira contoh projek pembangunan Loji Pemprosesan minyak dan gas yang di rancang pembinaannya di Pengerang, Johor, dijangkakan akan membuka peluang pekerjaan kepada hampir 4500 golongan profesional.
Manakala, tambahnya bagi golongan separa profsional pula, sekurang-kurangnya 8500 berpeluang untuk berkongsi manfaat hasil dari peluang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan KDNK negeri Kelantan selari dengan Konsep Federalisme Negara.
Sementara itu, Royalti yang juga dianggotai oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti (Geram), Solidariti Anak Bachok Tuntut Pendaratan Minyak dan Gas (Cabar) dan Cakna UT akan menganjurkan  "pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V".
Program tersebut diadakan pada 26 Jun ini bermula jam 9:00 di  Kompleks Darul Naim untuk menyerahkan memorandum tuntutan dan plak royalti yang telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Muhammad ke-V dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak kerajaan negeri Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads