Isnin, 25 Jun 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Kerajaan Pusat tetap tunai janji bangunkan projek <b>di Kelantan</b> – Tok <b>...</b>

Posted: 29 May 2012 07:40 PM PDT

KOTA BAHARU — Kerajaan Pusat tetap melaksanakan semua projek yang dijanjikan walaupun sedikit kelewatan kerana masalah teknikal, kata Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata walaupun agak lambat menyiapkan sesuatu projek, namun kerajaan tidak akan memungkiri janjinya.

"Ini tidak sepertimana yang didakwa sesetengah pihak kononnya kerajaan pusat tidak menunaikan janji yang dibuat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kuala Krai dan Galas, di Gua Musang," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di sini, Mustapa berkata Jambatan Manik Urai berharga RM14 juta yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya DUN itu dua tahun lepas dijangka siap sepenuhnya Nov depan.

Begitu juga projek jambatan kedua empat lorong menghubungkan Kota Baharu dengan Tumpat yang mengalami kelewatan kerana masalah teknikal dijangka siap tahun depan, katanya.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata kerajaan pusat sedang menyiapkan 1,000 unit rumah mampu milik di Gua Musang sebagaimana dijanjikan dalam pilihan raya kecil DUN Galas tahun lepas.

"Selain itu, turut dilaksanakan tahun ini ialah projek membina dan membaiki rumah di kawasan rancangan tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bernilai RM11.7 juta dengan mengutamakan bilangan isi rumah yang ramai.

Beliau berkata kerajaan pusat memberi tumpuan terhadap projek perumahan itu memandangkan masih ramai rakyat memerlukan rumah sedangkan kerajaan negeri pula gagal menyediakan kemudahan rumah secukupnya kepada rakyat.

Di bawah rancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER), Mustapa berkata kerajaan pusat menyediakan peruntukan RM100 juta membangunkan pusat pertumbuhan ekonomi Agropolitan di Tok Bali, Pasir Puteh melalui beberapa komponen projek pembangunan.

– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads