Selasa, 26 Jun 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Calon-Calon Umno <b>Di</b> Pasir Puteh Percaturan Yang Tepat..!!

Posted: 20 Jun 2012 02:08 AM PDT

Umno Pasir Puteh menjadi bahagian pertama di Kelantan yang sudah selesai muktamadkan calon-calon untuk ke empat kerusi di kawasan parlimen itu iaitu, kerusi Parlimen Pasir Puteh, dan empat Dun, Gaal, Limbongan, Semerak dan Selising.

Senarai nama-nama yang bertanding di kerusi-kerusi berkenaan sudah pun berada dalam fail "beres" atas meja presiden parti di Ibu Pejabat Umno Kuala Lumpur. Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed juga dikatakan merestui calon-calon berkenaan.

Kerusi parlimen yang sebelum ini menjadi rebutan beberapa nama sudah muktamad dengan bekas ketua bahagian Kamaruddin Mohd Noor akan diberikan tanggungjawab untuk merampas kerusi berkenaan. Walaupun pencalonan Kamaruddin mendapat tentangan khasnya dari ketua bahagian Zawawi Othman, namun atas kehendak Kuala Lumpur, Zawawi dikatakan terpaksa akur.

Pemilihan Kamaruddin katanya atas naluri Udin anak Yassin. Ha Najib Razak juga bersetuju kalau Kamaruddin dicalonkan. Pemilihan Kamaruddin salah satu sebab berdasarkan kepada latar belakang pendidikan dan syaksiah beliau yang dikatakan jauh lebih baik dari Zawawi yang sebelum ini hanya guru sekolah rendah sahaja.


Zawawi menentang pencalonan ini kerana beliau dikatakan lebih melihat pencalonan itu bakal memberi cabarannya di masa datang dalam hirerki kepimpinan Umno Pasir Puteh. Rata-rata berpendapat sekiranya Kamaruddin terpilih menjadi calon menyebabkan dia akan kembali memimpin Umno Bahagain Pasir Puteh dan ini paling diktakuti Zawawi berbanding kalah dalam pilihan raya. Zawawi pula lebih selesa menjadi ketua bahagian kerana dengan kedudukan itu beliau dapat mengendalikan peruntukan yang disalurkan menerusi Umno Pasir Puteh.

Sebagai gantiannya Zawawi dicadangkan bertanding di Dun Semerak untuk bertemua dengan Wan Hassan Wan Ibrahim. Walaupun Zawawi memilih Gaal sekiranya tidak dapat Parlimen Pasir Puteh tetapi ada usaha termasuk dari Kuala Lumpur mencaturkan supaya Zawawi bertanding di Semerak. Perletakkan Zawawi di itu adalah untuk 'membunuh' kerjayaanya dalam politik.  Cara paling baik bagi membunuh Zawawi di Pasir Puteh ialah dengan meletakkan bertanding di kerusi yang sukar dimenangi.

Bila-bila masa dan di lihat dari celah mana sekali pun Zawawi tidak akan mampu untuk mengalahkan Wan Hassan yang dilihat sebagai wakil rakyat Pas yang ampuh di Pasir Puteh. Isu perceraian Wan Hassan dengan isteri keduanya yang cuba dijaja tidak berbekas langsung. Wan Hassan pula dilihat calon Pas yang sesuai untuk mengekangkan kemaraan Zawawi. Gedebe lawan gedebe.

Gaal yang menjadi kerusi pilihan kedua untuk Zawawi akan diserahkan kepada muka baru seornag doktor giri, Dr Sumardi Hassan. Sumardi dikatakan anak tempatan yang mempunyai kualiti untuk menjadi calon. Selain dari mempunyai keluarga besar doktor gigi ini juga dikatakan mempunyai latar belakang pendidikan Islam. Beliau pernah menuntut di Pakistan. dan berperwatakan sedarhana dan mesra rakyat.

Kemungkinan kalau Pas tidak memindahkan Nik Mazian Nik Mohamad di Gaal, kemungkinan kerusi ini akan dimenangi mudah oleh Sumardi. Justeru Pas perlu mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan Dun Gaal. Setakat ini timbalan Yang Dipertua Pas Pasir Puteh, Yuganu Yunus dikatakan telah disebut-sebut untuk mengganti tempat Nik Mazian di Gaal.

Manakala di Limbongan pula Umno akan mempertaruhkan timbalan ketua bahagiannya Rujahan Salleh. Berlaku perebutan tiga calon untuk Dun Limbongan ini dari Umno, bekas wakil rakyat Che Min Che Mat yang juga dikenali dengan "wakil rakyat 30 sen",  Wan Mohd Najib dan Rujahan Salleh.

Rujahan juga pernah bertanding namun tewas. Bagaimana peluang Rujihan untuk nertanding di Limbongan cerah mmancar  apabila beliau jauh lebih muda berbanding Che Min dan Wan Najib yang sudah hampir lupus tempoh dan ditutupi senja limun.

Di Selising pula Umno telah hampir pasti meletakkan pegawai startegi Umno Sukri Salleh yang juga Naib Ketua Umno Pasir Puteh. Zukri yang bermasalah dengan ketua bahagian selama ini mendiamkan diri dan banyak memonitorkan jarum politiknya di Pasir Puteh dari Kuala Lumpur. Walaupun Ybekas wartawan Utusan Yazid Othman dikatakan berminat, tetapi Zukri dilihat lebih berpeluang memandangkan hubungan baik beliau dengan salah seorang orang kanan Najib Razak.

Kedudukan ini menjadikan Zukri lebih berpeluang. Bagi Umno Selising bukan kawasan yang diimpikan tetapi tidak mustahil kalau Zukri diturunkan dan Pas pula gagal mencari pengganti Saiful Bahari kemungkinan kerusi itu boleh berpindah tangan. Kekuatan yang ada kepada Zukri ialah beliau memiliki keluarga besar di Selising.

Nama-nama disebut itu sudah pun dimuktamadkan. Ia boleh berubah sekiranya ada perkembangan-perkembangan terkini yang mungkin akan dilakukan oleh Zawawi. Umno Pasir Puteh dan masyarakatnya juga sudah faham dengan cara Umno bahagian itu berpolitik. Peristiwa penghantaran mesej kepada Fuad Zarkasi sewaktu timbalan menteri pelajaran itu turun ke Pasir Puteh menjelaskan akan kesamsengan politik di bahagian itu.

MSO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads