Selasa, 26 Jun 2012

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Mr. Secretary: 1st time ke Kelantan Part 4 : Ke <b>Wakaf Che Yeh</b> Cari <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2012 09:51 PM PDT

Wah.. dah masuk part 4 dah kan. bab 3, CLICK HERE . Macam novel novela pulak rasanya.. Alah biasalah, nak jadi penulis novel tak layak n tak mampu nak imegine sepower novel novela kan. So, fefiling dalam penulisan dalam blog picisan tahap bayi 3 tahun nie pun dah cukup. bersyukur dengan apa yang ada ye tak. *tadah tangan amin.. Ok, back to d topic, haaaaaa... untuk entry kali nie, aku nak share n ceciter kat hampa semua benda yang menarik kat Wakaf Che Yeh nie. yelah, mana lah nak tau kan boleh bukakan hati konkrit korang yang tak pernah gi ke sini lagi kan. *x dapat ganjaran dari kerajaan negeri kelantan ok..
Aik, awat aku p wakaf che yeh semata dua mata nak p mencari abang Obama Ombak rindu. Aik, abang Obama belakon dalam ombak rindu ka? or depa ada buat shooting ombak rindu 2 yang dibintangi oleh abang Obama? wah. banyak betoi persoalan kan. Ok takpa, jap lagi hampa tau la sebab apa aku p cari Obama Ombak rindu kat Wakaf Che yeh nie kan. Aku siap bagi bukti lagi kat hampa.. kemain sungguh. (=_=")
Menurut Uncle Wikipedia, Wakaf Che Yeh nie terletak 7 KM dari Bandar Kota baru n popular dengan pasar malam hariannya.. *ingatkan Wakaf Che Yeh nie nama khas untuk pasar malam ala2 uptown tu je.(salah faham rupanya). ok, sambung.. Wakaf  Che Yeh nie dah beroperasi dari 10 tahun yang lepas woo. lama tu..*umur aku masa tu baru 10 tahun.. Uncle Wikipedia jugak cakap di Wakaf Che Yeh nie banyak barang yang kita boleh dapat. Dari pakaian sampailah ke makanan tradisonal Kelantan.. *Good-good kan?
Actually, memang benar-benar lagi betul apa yang uncle Wikipedia tu dok merapu. memang banyak barangan kat sini. nak makan , nak pakai, nak shopping, semua boleh kat sini. and yang penting sekali mesti nak ada duit datang ke sini. *rambang mata. Semua barang boleh dikatakan lagi murah berbanding ngan barang-barang kat tempat kita. Yelah, Siam sebelah kan. Pengunjung kat sini memang ramai weh. Bercampur gaul peluh-peluh aku dengan pengunjung kat sana. *jem dengan manusia. ramai sungguh. OPs! terlupa, aku gi malam minggu rupanya.. ihihihi
Rasanya, cukup kot aku dok meraban sorang-sorang kat sini. Tah..tah, hampa main scrool dari atas untuk tengok gambar je kan. *syok sendiri rupanya aku nie.. Lol. Oklah, macam biasa, mesti la aku nak show off kat hampa semua gambar-gambar yang sempat aku amik walaupun bermandi peluh kat sana. *walaupun...kemain~
Kan aku kata, orang-orang yang datang sini semuanya kusyuk beli belah. Yelah, kat sini kan barang-barang murah. Macam-macam ada wooo.. *nada ala2 pakcik astro punya iklan.

bukan takat makanan n pakaian ja juai kat sini. MAS pun ada woo. Juai main letak atas meja pun. Tak takut langsung kena rompak. pak guard bawak senapang pun tak diperlukan. *mas celop rupanya.. Glup~

Korang tengoklah sendiri. Betapa padatnya manusia-manusia kat sana. Betapa terkepit lagi terhimpitnya aku kat sana. Jem..jem..jem.. balik sampai rumah, macam-macam bau ada. bau kari, bau masak lemak, bau lontong.. bau ketiak.. semua dalam satu..


Titiba sampai kat kedai juai kasut nie, aku terpanggil-panggil oleh kasut tu suruh amik gambar dia.. so, aku pun melenting la.. Dah la tak cantik. kasut demam ciken pop bentuk love.. warna merah macam tema red mummy.. 2 dalam satu sebab jadi tong sampah.. Cait, tengok-tengok pusing belakang, ada tuan punya kedai rupanya. siap buat muka tak puas hati sebab dok mencarut kat kasut dia.. *slow-slow kluar kedai n blah dari situ. ahahah..


Sat.sat.. nak senyum lebar jap. *sambil tutup mata sebelah. Ini pertama kali aku jumpa papan tanda arahan kat baju. n 1st time aku jumpa 3 ayat yang di translate dalam tulisan rumi. Memang menakjubkan.. *kau mampu~ aku cuba baca yang ditulis dalam versi Kelantan, tapi filed. Nada tak sedap katanya. Cait~


Xlah shopping banyak sangat. Sebab ujung bulan kan. Itulah sebabnya. Kalau nak diikutkan hati nurani berjiwa remaja lagi kanak-kanak nie, 10 ribu hingggit pun tak cukup kan..

Nie la dua orang brother pemandu pelancong aku.. *mamposs kena siku.. Nie la dianya orang yang aku tumpang dari kelantan ke Tanjong malim. Kalau nak ikutkan, aku balik naik bus sebab tiket dah beli. Tapi, hati murni depa mengajak aku balik dengan depa, bertambah la satu hari lagi kehidupan aku di kelantan. Baik dorang nie tau. Sorang nama Onn, Sorang nama kudin.. sapa nak berkenalan, Gitau aku na. ihihihh. *dorang staf kat office aku jugak la..
Nie la propa yang aku nak tunjuk dari tadi. ihihi.. Ce tengok gambar kat bawah nie. Obama dah pakai tudung wooo.. Bagoih betoi.. Macam tak percaya.. Eh,eh.. *dah tukar jantina ka... kepelikan sebenarnya..
Wah. ombak rindu... Kain ombak rindu. Eh.. Izzah pakai kain nie ke? maya karin datang beli kain nie ka? or kain nie memang berombak.. berombak dan membuat sipemakai jadi buloh perindu.. Penawar rindu.. rindu serindunya.. ahhaha.. Macam mana la kain nie dipanggil ombak rindu.. :)
Oklah, cukup mengeksploitasi keadaan. Wakaf Che Yeh memang meriah..*maria cerry.. ahaha. Dok meraban panjang-panjang, buat isi entry nie lari jauh dari tajuk asalnya. Ok, cukup sampai sini ja taipan aku dalam entry nie. Kita jumpa dalam next entry lagi ok. untuk Part 5 pulak tau. Wah.. kata 4 hari kat sana, tapi dah masuk part 5 nie apa kes kan.. ihihi. yelah, part 5 nie kan pasal perjalanan balik. ada benda yang menarik dibuat n tempat menarik yang aku singgah masa dlm perjalanan tau. Nak tahu apa dia, tunggu next entry ok.. Assalamualaikum kawan-kawan semua. n thx alot sebab sudi baca. *nada sopan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads