Sabtu, 30 Jun 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Lebih 18000 pengguna tiga jajahan <b>di Kelantan</b> alami gangguan air <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2012 08:11 PM PDT

KOTA BHARU: 27 Jun – 18,000 pengguna air bersih di Jajahan Machang, Pasir Puteh dan sebahagian Kok Lanas di sini akan mengalami gangguan tekanan air rendah secara berkala selama dua hari, mulai hari ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan, berkata gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan pam secara berjadual di muka sauk Loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang.

Gangguan di jajahan Machang yang membabitkan 12,000 pengguna berlaku di bandar Machang; Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang; Labok, Merbau Chondong; Padang Selising; Bukit Tiu, Banggol Petai, Kweng Hitam, Pangkal Meleret; Wakaf Bata, Paloh Rawa; Kemuning, katanya kepada Bernama.

Kampung-kampung yang terbabit di jajahan Pasir Puteh pula ialah Bukit Bidang, Taman Sentosa, Alor Hijau, Selising, Jeram, Dalam Rhu, Semerak, Tok Bali, Tualang Tinggi, Tasik Pauh, Kedai Menanti, Bukit Jawa, Bukit Tanah, Kampung Jerus, Bukit Abal, Sri Aman, Taman Kobena, Kampung Lepah, Kampung Berangan, Banggol Telipot membabitkan kira-kira 5,500 pengguna.

Di kawasan Kok Lanas ialah Pekan Kok Lanas, Kampung Pak Badol, Melor dan sekitarnya melibatkan kira-kira 1,000 pengguna.

Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi Pusat Talian Info AKSB PINTAS di talian 1300-88-2572 atau layari laman web AKSB di www.airkelantan.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads