Ahad, 3 Jun 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Kuala Krai</b>, Bachok Khamis

Posted: 06 Mar 2012 08:01 AM PST

Gangguan bekalan air di Kuala Krai, Bachok Khamis

06/03/2012 2:50pm

KOTA BHARU 6 Mac - Penduduk di daerah Kuala Krai dan Bachok akan mengalami gangguan bekalan air esok dan Jumaat ini.

Menurut Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Hazwan Hassan, gangguan bekalan air di Kuala Krai esok berlaku disebabkan kerja-kerja penukaran paip air mentah di Loji Tualang dan dijangka menyebabkan tekanan air rendah.

Beliau berkata, gangguan dijangka berlaku antara pukul 9 pagi hingga 5 petang dan kawasan terlibat adalah Gichil 7, Taman Krai, Aur Duri, Batu Lada serta kawasan sekitar bandar Kuala Krai.

Bagi daerah Bachok pula katanya, gangguan pada Jumaat ini disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Air Kampung Chap dalam usaha meningkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna.

"Antara kawasan terlibat ialah Kampung Kuau, Padang Bual, Beris Tengah, Bekelam, Kampung Nangka, Kampung Chap, Padang Lati, Banggol Pauh, Dusun Durian, Belukar, Bator, Cherang Hangus, Kucelong Teratak Pulai.

"Gangguan dijangka berlaku bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads