Ahad, 3 Jun 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


256#Ai no Kotoba ~ Sepetang <b>Di Rantau Panjang</b> Dengan Cikgu <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 06:19 AM PDT


*ini merupakan entri cerita + bergambar*

Tajuk bukan main lagi panjang. He he. Masa tengah tengok movie Barbie As Island Princess tadi, tetiba dapat call from Cikgu Naeimah. Nasib baik perasan sebab masa tu Neesa tengah syok main Colouring Princess ke apa kat handset Hana. Cikgu ajak ke Rantau Panjang! Yeehaaa! Excited betul rasa. 

Sebab dah lama cikgu janji nak bawa Hana jalan-jalan ke Rantau Panjang. Tapi sebab cikgu asyik sibuk aje, Hana tak kisah sangat lah. Dapat gak jalan-jalan dengan cikgu petang ni. Syok betul shopping kat sana. Murah-murah sebab kawasan bebas cukai. Kalau korang datang Kelantan, singgah + shopping lah kat Rantau Panjang ya? :)

Kat gerai Lok Chi, makanan yg dipanggang macam sate. Macam-macam ada :)

Yang ni Hana beli Lok Chi sate ikan :) Best! 


BoboiBoy pon ada~ dah lah lembut.. sedap nak peluk :)
Saya tau saya pendek. Kstop :-|
Beg Angry Bird untuk Neesa. RM 20 aje :) Dah la kain dia lembut, macam baldu gitu :)

Sempat lagi snap kat Masjid Cina, masjid yang reka bentuknya macam bangunan lama di China. Kat Rantau Panjang gak ni :)

Penat tol jalan-jalan. Lepas shopping, cikgu bawa ke rumah tok saudara dia lak. He he. Suka betul suasana kampung macam tu. Bila dah Maghrib baru sampai rumah. Thanks cikgu for the T-shirt :)

CERITA HATI: -Jejalan <b>di Rantau Panjang</b>-

Posted: 27 May 2012 07:20 AM PDT


Sudah hampir dua tahun setengah kami bermaustautin di tempat orang, tapi weekend hari tu baru berkesempatan ke Rantau Panjang. First time lagi.. Hahaha.. Yelah, dah duk tempat orang ni haruslah cuba terjah semua tempat menariknya kalau berkesempatan kan. Abah Adam lah yang bersungguh ajak pergi sana. Bila dah jejak tu, nak kata jauh tak jugak rupanya sebab dengan bantuan Mr. GPS dapat lalu jalan shortcut pulak. Jadi kami tak menghadapi masalah sesat jalan lah. Poyo nye aku kan. Haha.. Sebelum ni asyik duk ingat macam jauh je Rantau Panjang ni. Bila dah sekali pergi rasa macam nanti nak shopping raya kat sini lah pulak. Kepada Abah Adam, sila standby modal yang banyak yer untuk kami. :)

Boleh dikatakan sehari suntuklah kami berjalan, bayangkanlah keluar rumah pukul 10 pagi dan sampai rumah pukul 10 malam. Sampai kat Rantau Panjang, punyalah ramai orang.. Biasalah kan cuti sekolah kan. Lepas dah habis jejalan dan borong sikit beberapa barang, kami singgah kat Masjid Beijing Rantau Panjang. Lepas tu gerak ke Mydin Mall untuk shopping barang dapur sikit. Walau penat tapi seronok!!

 Yeay!! Kami dah sampai sini!! :)
 Adam tengah tahan panas. :)
 Time for shopping baju. Kena pandai tawar menawar, barulah dapat murah. :)
 Pompuan memang tak sah kalau tak tengok bunga. Aku beli dua bakul, satu bagi kat jiran. :)
 Comel-comel semua yang ada disini, yang paling aku geram bila tengok bear. Yang paling besor pun Rm80 jer dan boleh mintak kurang lagi tu. Tapi tak beli lah sebab takde anak pompuan lagi. Hahaha. :)
-Adam kat Masjid Beijing-
 Terkejut bila aku terpandang signboard kedai makan kat tepi masjid tu yang tertulis nama serupa seperti nama Adam Akmal kesayangan aku ni. :)
 Inilah hasil pelaburan Abah Adam untuk kami. Thanks Abah.. Nanti belanja lagi yer.  :)
Baru terpampang wajah Driver and Big Boss kesayangan aku.  Thanks yer bawak kami jejalan. :)

Itu sahaja coretan cerita jalan-jalan kami kali ni. Sampai jumpa lagi di lain siaran jejalan kami.

:::TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRI CERITA HATI:::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads