03 di pengkalan chepa - Google Blog Search |
Kerajaan Pas Kelantan Gagal Lihat Keistimewaan <b>Pengkalan Chepa</b> Posted: 03 Apr 2012 03:17 AM PDT Kategori Dari BahagianKerajaan Pas Kelantan Gagal Lihat Keistimewaan Pengkalan Chepa – DaliOleh : Azman Abas PENGKALAN CHEPA 3 April – Ketua UMNO bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin melihat penduduk di kawasan itu mengalami kerugian yang cukup besar setelah kegagalan kerajaan negeri membangunkan kawasan berkenaan yang mempunyai banyak keistimewaan. Menurut beliau walaupun kawasan tersebut merupakan kawasan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ianya masih lagi gagal dibangunkan sebaik mungkin yang menyebabkan penduduk hilang keistimewaan walaupun kawasan tersebut berpeluang meningkat maju. "Penduduk Pengkalan Chepa sebenarnya rugi besar sebab dulunya kawasan ini ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) merupakan salah satu kawasan perindustrian. Sebut sahaja Pengkalan Chepa inya satu kawasan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat mendapatkan peluang pekerjaan. Dulu mempunyai banyak kilang besar…hari ini kebanyakannya dah tutup….Kenapa berlaku sedemikian? "Ini merupakan kegagalan kerajaan negeri….. pertamanya kegagalan menyediakan insentif kepada pelabur, keduanya menyediakan prasarana. Bahkan 'airport' itu hasil sumbangan kerajaan persekutuan. "Di Pengkalan Chepa kerajaan pusat bina kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk beri kemudahan kepada nelayan kita mendaratkan ikan tetapi gagal…. kerana apa…kompleks ini gagal kerana muara airnya cetek. Kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan masalah ini yang akhirnya pelaburan begitu besar seolah-olah hari ini menjadi gajah putih tidak berdaya maju dan inilah kegagalan kerajaan negeri," katanya kepada UMNO-Online di sini. Katanya lagi banyak kawasan strategik di Pengkalan Chepa tidak digunakan serta dibangunkan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Kita dulu mempunyai Pantai Cahaya Bulan yang merupakan kawasan industri pelancongan yang mana menjadi tarikan kapada pelancong….tetapi hari ini kawasan ini mula tidak dikenali lagi.. sebab apa …gagalnya kerajaan negeri nak mengurus tadbir untuk menjaga kawasan strategik yang ada di Pengkalan Chepa. Begitu juga kawasan kilang kita," katanya. Tambah beliau sepatutnya kawasan berkenaan yang merupakan kawasan Menteri Besar dimajukan dengan pembangunan yang pesat dan berdaya maju. "Secara lebih jelas kalau kita bandingkan apabila kawasan ini adalah kawasan MB, sepatutnya menggambarkan ianya satu kawasan kemajuan. Contohnya di Terengganu….Datuk Seri Idris Jusoh daripada Besut ketika menjadi MB Terengganu membangunkan kawasan berkenaan. "Besut dulunya yang jauh ketinggalan hari ini membangun dengan pesat. Begitu juga di Perak… Gerik dulu tidak dikenali tetapi apabila Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali menjadi MB maka Gerik dimajukan dan menjadi jalan utama penghubung antara pantai Timur dan Utara. Tetapi di Kelantan kawasan MBnya hidup segan mati tidak mahu…itulah realitinya yang berlaku kepada kita," katanya. Serentak itu beliau memberikan jaminan sekiranya rakyat Kelantan khususnya di Pengkalan Chepa berani melakukan perubahan, insyaallah akan ada pembaharuan di negeri berkenaan dan Pengkalan Chepa. "Insyallah, kita cukup yakin jika rakyat memberi kepercayaan terutama di Pengkalan Chepa ini, kita akan cuba membuat lonjakan baru dengan penstrukturan semula kawasan ini untuk melihat ianya memberi faedah kepada rakyat Kelantan terutama di kawasan ini untuk sama-sama membangunkan Pengkalan Chepa. "Kita mempunyai kemudahan yang cukup lengkap, cuma bagaimana kaedah untuk kita memajukan dan dengan sokongan padu pucuk pimpinan pusat, Kelantan termasuklah Pengkalan Chepa ini akan berubah wajah," katanya. -MediaUMNO Berita Bertarikh 3 April 2012 Pada 6:17 PM |
You are subscribed to email updates from di pengkalan chepa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan