Jumaat, 6 Julai 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


PELAJAR FORM 4 <b>DI KELANTAN</b> SEMBUNYI MAYAT BAYI DALAM <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2012 05:55 PM PDT

Sekiranya kes tersebut berlaku di negeri PAS...maka wartawan umno akan menulis tajuk yang sebegitu... tetapi memandangkan kes tersebut berlaku di Negeri UMNO Terengganu maka tajuknya  agak umum....hahahahaha
SUMBAT BAYI DALAM BEG GALAS
Kuala Terengganu - Seorang pelajar berusia 16 tahun yang mengadu sakit perut dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, akhirnya mengaku dia baru melahirkan anak dan menyembunyikan bayi itu dalam sebuah beg galas.
  
Beg galas yang mengandungi bayi perempuan yang dilahirkan pada pukul 1 pagi Selasa itu kemudian diberi kepada rakan perempuannya tanpa memberitahu isi kandungan beg itu.
  
"Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui dalam beg galas itu apabila doktor yang merawat pelajar terbabit menghubungi rakan pelajar itu dan memintanya membawakan beg berkenaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan.
  
Beliau berkata penipuan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu itu terbongkar pada pukul 6 petang Selasa apabila doktor yang merawatnya
mendapati dia baru melahirkan anak.
  
"Pelajar berusia 16 tahun itu kemudian mengaku kepada doktor itu bahawa dia melahirkan seorang bayi perempuan di asrama sekolahnya," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan di tempat pelajar itu melahirkan bayinya, polis menemui gunting yang dipercayai diguna untuk memotong tali pusat bayi dan dibuang dalam tong sampah.

Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap bayi itu mendapati ada kesan lebam pada kepala dan terdapat air dalam paru-paru serta pendarahan yang teruk, katanya.
  
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
  
- Bernama.

AMBO ORANG KAMPUNG: KHAS!! JANJI BN <b>DI</b> TEPATI..<b>GALAS</b> N <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2012 10:57 AM PDT

Masih ingatkah kita tentang PRK Galas N.45 2009 lalu ? Ia merupakan penanda aras kedua selepas PRK Manek Urai N.41 yang merupakan titik tolak keberhasilan politik di bawah kepimpinan PM Dato Seri Najib melalui '1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Di Kelantan pula ia merupakan ujian kepada kejituan jentera 'Gelombang Merah' di bawah kepimpinan Dato Mustapa Muhamed untuk menembusi kekebalan PAS di kelate.

Kenangan PRK ini adalah antara paling sengit melibatkan pertembungan ketajaman serangan Barisan Nasional dan kekebalan pertahanan Pas.

PRK N.45 Galas ini dimenangi oleh Encik Aziz Yusof yang mewakili Barisan Nasional dengan majoriti 1190 undi. Maka bermula dari detik itulah juga bermulanya satu lembaran baru untuk BN mengatur kembali langkah dalam mentransformasikan wajah Gua Musang ini ke satu tahap yang baru yakni dengan menunaikankan janji untuk membina rumah mampu milik kepada warga Gua Musang yang rata-ratanya tidak berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri.
Setelah 2 tahun setengah berlalu, pada minggu lepas ambo sebenarnya bercuti melawat sahabat-sahabat lama namun secara tidak formal atau apa-apa persiapan blogger sempat juga ambo merakamkan beberapa gambar foto kediaman mampu milik yang dijanjikan Barisan Nasional PRK Galas tempoh hari. Wahh!!! Hebat!!! Alhamdulillah. Terima kasih Barisan Nasional.
Spesifik lokasinya adalah betul-betul di belakang Balai Bomba Gua Musang

Curi-curi masuk ke site. Larangan , Masih dalam kawalan keselamatan kerana masih lagi dalam situasi bahaya kerja-kerja pembinaan.


Sebenarnya ambo juga merasa tak puas hati juga untuk menerbitkan hakikat dan kebenaran ini dengan tanpa huraian panjang lebar terus ke dalam tapak rumah tersebut. Tapi apakan daya tiada autoriti dan kesuntukan masa bertandang ke kampung ambo iaitu Kg. Baru Jalan Masjid Tg. Razaleigh , Bandar lama Gua Musang di mana di situlah ambo mengenali perut pedal peel perangai Parti Pas setelah menjadi Setiausaha Cawangan Pas Bandar Lama Gua Musang. Kini ambo lebih ceria dan yakin untuk mesra kepada kepimpinan Barisan Nasional yang lebih berkeupayaan menjaga rakyat bukannya berkecek saja. Namun begitu BN jangan merasa senang , kerana BN perlukan transformasi politik yang menyeluruh dan tegas dalam sebarang unsur penyelelewangan dan rasuah agar tidak timbul usul tidak percaya rakyat terhadap kerajaan.  Subhanallah.

Insyaallah jika di panjangkan umur dan murah rezeki, ambo akan sekali lagi ke sini membuat liputan terperinci rumah rakyat ini mungkin Insyaallah bersama Tok Gawa GM sahabat ambo Syeikh Razali , Pemuda UMNO G.M Bazlan ataupun terus bersama Abe Aziz Galas untuk mempertontonkan dengan jelas misi kerajaan memberi kebajikan kepada rakyat dan menunaikan segala janji-janji yang di hamparkan kepada rakyat .

Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads