03 di kelaboran - Google Blog Search |
Berhibur mengikut syariat Islam. « Persada Posted: 05 Jul 2012 04:54 PM PDT TUMPAT – Hari kebudayaan dan Kesenian Wanita Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran di sini, disambut meriah dengan persembahan dikir berendoi dan dikir barat wanita. Program anjuran Urus setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun Kelaboran berjaya menghiburkan golonganwanita yang hadir. Pengarah program, Tengku Maziah Tengku Muda berkata, hiburan yang diketengahkan sempena hari kebudayaan dan kesenian ini adalah berhibur mengikut syariat Islam. "Mungkin dikir barat, nasyid, sajak , berbalas pantun sering kita diperdengarkan di manamana sahaja. "Tetapi satu seni warisan lama cuba diketengahkan dan diperdendangkan iaitu dikir berendoi," katanya. Menurutnya, walaupun program ini hanya separuh hari, tetapi ia mampu mengeratkan lagi ukhuwah golongan wanita di Dun ini. "Sambutan yang baik dalam kalangan wanita di sini, selain dapat berhibur dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi ukhuwah," katanya. Perasmian penutup disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim. //sinar harian |
You are subscribed to email updates from di kelaboran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan