Rabu, 4 Julai 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Pemuda PAS jelas isu Awang Adek ke seluruh <b>Kelantan</b>

Posted: 29 Jun 2012 07:46 PM PDT



Rafizi (tengah) menyerahkan dokumen yang mengandungi keterangan hubungan Awang Adek - Hon Cheong kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary (kanan) dan Ahmad Fadhli Shaari (kiri).

BACHOK: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan mengadakan sesi penjelasan ke seluruh negeri Kelantan khususnya di Parlimen Bachok berhubung dakwaan salah laku terhadap Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussain.

Ini ekoran beberapa keraguan di dalam hubungannya dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara.


Ini kerana, bagi mereka, dakwaan tersebut merupakan satu yang serius dan melibatkan seorang yang berjawatan di dalam kabinet Malaysia dan disebut-sebut akan bertanding sekali lagi di Palimen Bachok didalam pilihanraya yang akan datang.

Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, penjelasan ini akan diadakan secara menyeluruh agar rakyat dapat menilai intergriti pemimpin utama UMNO Negeri Kelantan.

Ini kerana hari ini beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk merampas negeri Kelantan daripada PAS.

Marzuk berkata demikian di dalam sidang media yang diadakan selepas satu majlis ceramah umum di Pasar Jelawat, Bachok malam tadi yang turut melibatkan penampilan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli.

Di dalam sidang media tersebut, Rafizi turut menyerahkan beberapa dokumen yang menyenaraikan secara terperinci hubungan di antara Awang Adek dengan Chung Hon Cheong serta beberapa transaksi yang dilakukan semasa Awang Adek menjawat jawatan sebagai Penolong Gabenor Bank Negara.

Turut hadir di dalam sidang media itu ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari.

"Dalam pada Awang Adek hari ini sibuk menyerang kerajaan negeri Kelantan yang didakwanya melakukan penyelewengan dalam penjualan dinar dan dirham, kita minta agar Awang Adek menumpukan perhatian untuk menjawab isu ini terlebih dahulu.

"Tambahan pula, Awang Adek sehingga hari ini masih belum menyahut cabaran ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa untuk berforum secara terbuka dalam isu dinar dan dirham," ujar Ahmad Marzuk.

Dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Awang Adek timbul ekoran pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin yang berkata, banyak keraguan timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan antara Awang Adek dan Hon Cheong.

Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat Sun Prestige Sdn Bhd  didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut.

Menurut Saifuddin, pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang dimiliki HonCheong pada harga RM550,000 iaitu melebihi harga pasaran.

Manakala Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek keTokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999.

Selain itu, HonCheong turut juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan.

Ahmad Marzuk juga turut tidak menolak kemungkinan bahawa satu laporan akan dibuat kepada pihak polis dan SPRM memohon agar dilakukan siasatan terhadap Awang Adek berhubung dakwaan ini dalam masayang terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads