03 di jelawat kelantan - Google Blog Search |
Warga <b>Kelantan</b> memang bersedia « <b>KELANTAN</b> DARUL NAIM <b>...</b> Posted: 14 Jul 2012 10:33 AM PDT Warga Kelantan memang sudah bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran di hari muka. Ini dapat dilihat dalam berbagai aspek atau bidang kehidupan mereka. Semangat juang mereka untuk maju, rasanya tidak ada tolok bandingnya. Sikap mereka untuk berdikari, berpadu dan bantu membantu antara satu sama lain, sudah lama berakar umbi dalam kehidupan mereka. Warga Kelantan tidak syak lagi adalah sinonim dengan semangat juang, ingin berdikari, ingin maju dan rajin berusaha untuk mencapai kejayaan. Banyak contoh yang dapat kita lihat. Tidak perlu kita jalankan projek kajian dan penyelidikan untuk mendapatkan bukti keadaan ini. Di mana juga kita berada keadaan atau senario ini dapat kita temui. Di pasar besar, di warung-warung, di pasar pagi atau malam, di kedai-kedai runcit, di kedai emas, dan lain-lainnya dapat kita lihat bagaimana suasana ini menyerlah. Memang diketahui bahawa terdapat empat tugas penting dalam kehidupan tiap anggota masyarakat Kelantan iaitu bekerja keras untuk mengumpul cukup dana, dana ini akan digunakan untuk menentukan kejayaan anak-anak di bidang pengajian, dana ini akan digunakan untuk mengerjakan ibadah Haji, dan dana ini juga untuk membina rumah serba moden tempat tinggal keluarga. Dalam aspek bekerja keras, ini dapat dilihat dari komitmen mereka dalam perniagaan, bertani, menternak dan menangkap ikan, iaitu selain dari penglibatan mereka dalam perushaan-perushaan desa, sebagai contoh, menghasilkan makanan ringan atau sampingan seperti serunding, keropok, kerepek dan sebagainya. Kita jangan pula lupa penglibatan mereka dalam bidang-bidang pembuatan – membatik, mentenun kain songket, mengeluarkan hasil kraft dari perak, emas, tembaga dan kayu, dan banyak lagi. Banyak tempat yang dapat menggambarkan suasana ini. Di Wakaf Che Yeh, di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu, di Pantai Seri Tujuh Tumpat, di Kampung Laut, di sepanjang jalan ke Pantai Cahaya Bulan, di pasar Mundok Pasir Mas, di TokBali, di Wakaf Aik, di Rantau Panjang dan banyak lagi. Selain dari itu keadaan ini dapat juga kita lihat di komplek-komplek seperti Bazar Buluh Kubu, Bazar Tok Guru dan seumpamanya. Pendek kata, warga Kelantan adalah kumpulan insan yang sentiasa bergerak cergas dalam menjalani hidup seharian mereka. Pengurusan waktu adalah penting kepada mereka. Datanglah ke Kelantan Darul Naim untuk menyaksikan ini semua. |
You are subscribed to email updates from di jelawat kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan