Rabu, 25 Julai 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Wak Mat Bomoh Herba |antalhaqq

Posted: 25 Jul 2012 09:00 AM PDT


MAT bin Deraman atau lebih mesra dipanggil Wak Mat 90, menetap di RPT Batu Mengkebang, Kg Bawah Lebih Sentiasa, Kuala Krai sangat dikenali sebagai Bomoh Herba di situ. Kemahirannya tentang campuran herba bagi tujuan kesihatan tidak diragukan lagi oleh penduduk tempatan. Itulah pekerjaan Wak Mat sejak usia mudanya lagi sampailah sekarang bagi menyara hidup seharian sekadarnya sahaja. Wak Mat berguru tentang herba-herba hutan dan kampung dengan seorang tua yang arif tentang herba sekitar tahun 1970an. Dengan ilmu yang diajarkan gurunya itulah Wak Mat memulakan usahanya berjaja aneka herba-herba campuran yang dibuatnya sendiri ke merata pekan seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh. Ramuan herbanya diadun khusus untuk keperluan kesihatan dan penawar penyakit yang tertentu.
Antara ramuan campuran herbanya adalah akar tongkat ali yang diadunkan dengan campuran herba lain seperti akar kunyit yang berkhasiat untuk buang angin. Begitu juga dengan pokok kancing baju yang dicampur bersama untuk memujarabkan lagi kesannya, khusus untuk kesihatan urat saraf lelaki bagi memulihkan tenaga secara tradisional. Disamping itu, Wak Mat turut mengadunkan herba yang khusus untuk wanita selepas bersalin.

Bagi yang ingin merancang keluarga, Wak Mat juga mahir mengadun herba untuk tujuan penjarak anak. "Pemakanan herba seperti ini tiada kesan sampingan kerana semuanya berasaskan herba-herba asli. Malah ia membantu mengecutkan peranakan wanita selepas bersalin. Apabila kesihatan dalaman wanita terjaga, fungsi tubuh kembali seperti asalnya tentulah suami pun bertambah sayang. Selain itu ia menjadi perapat secara tidak langsung. Setakat ini, memang ramai yang mengambil herba penjarak anak atau perapat ini. Keberkesanannya telah terbukti. Selagi wanita itu mengamalkan pengambilan herba ini, dia tidak akan hamil. Tapi jika dia berhasrat ingin mendapatkan anak lagi, selepas berhenti mengambil herba ini dia tetap mempunyai peluang untuk hamil seperti biasa.." terang Wak Mat yang mahir dengan apa yang dilakukannya.
Meyakini akan khasiat herba-herba asli yang diadunnya, Wak Mat tidak ragu-ragu berkongsi penawar barah payudara bagi penghidap yang masih diperingkat awal. "InsyaAllah saya boleh ikhtiarkan agar barah itu reda dan pulih secara normal dengan pengambilan herba-herba yang tertentu. Tapi ada syaratnya, penghidap mestilah belum menjalani sebarang pembedahan lagi. Sebaik mengesan ada yang tidak kena, terus datang ke sini untuk ikhtiar. Dengan izinNya,tidak mustahil penyakit yang dihidapi boleh sembuh.."
Jelas Wak Mat lanjut, "Semua jenis barah bersifat panas. Oleh yang demikian, saya adunkan herba-herba penyejuk untuk memulihkan radang yang ada. Semua campuran herba ini adalah formula asli masyarakat terdahulu yang telah digunapakai sejak zaman berzaman. Ia diyakini dan selamat untuk kesihatan, terpulanglah cara pengambilan yang sesuai samada dalam bentuk kapsul ataupun meminum air rebusan. Bagi saya, meminum air rebusan herba adalah kaedah yang terbaik.."
Selain itu Wak Mat juga boleh ikhtiarkan merawat penyakit Raja Satung, iaitu sejenis penyakit darah yang keadaannya seakanTakan bisul tetapi ia lazimnya tumbuh di atas belakang tubuh. Penyakit Raja Satung boleh mengakibatkan maut jika lambat mencari penawarnya. Dengan kaedah rawatan herba, penyakit seperti ini ada ubatnya.Telah ramai yang datang kepada Wak Mat cuba diikhtiarkan. Bagi yang masih diperingkat awal, mereka kembali sembuh seperti biasa. Namun ada juga yang gagal sembuh dan meninggal dunia kerana lambat mendapatkan rawatan yang berkesan.
"Dari orang-orang tua dahulu, Raja Satung ini sebenarnya lebih serius berbanding resdung. Seringkali berlaku, keadaan sudah terlambat apabila pesakit mengetahui penyakit ini yang jika dibiarkan boleh membawa maut. Dalam kaedah rawatan yang biasa, mereka yang menghidapi penyakit ini akan menyangka ia sejenis barah. Sebenarnya ia adalah resdung yang lebih serius.." terang Wak Mat tentang penyakit Raja Satung yang diketahuinya dari orang tua-tua dahulu. "Begini kaedahnya, jika berkudis dibahagian dada ke bawah kita boleh katakan ianya barah. Jika bernanah dimuka dikatakan ia kudis. Sebaliknya jika berkudis bahagian belakang tubuh, itu dipanggil sebagai Raja Satung. Begitu juga dengan penyakit kayap. Ia juga ada beberapa jenis juga seperti kayap ular, kayap tapak anjing dan kayap bertih. Ada kaedah dan penggunaan herba yang khusus untuk menawarkannya.Bagi penyakit yang begitu lazimnya saya membacakan doa-doa khusus dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran sebagai induk perubatan seterusnya saya rawat dengan menggunakan herba sebagai ikhtiar. Cara pengubatan bukanlah bergantung kepada herba semata, namun ada juga sesetengah pesakit yang sembuh dengan penggunaan herba, bergantung kepada tahap keseriusan penyakit seseorang itu. Orang-orang lama menggelarkan kaedah itu sebagai tepung tawar. Di kampung-kampung, masih ramai yang menggunakan kaedah rawatan saya ini.." Dikalangan generasi baru, persepsi mereka tentang kaedah rawatan cara kampung dan herba ini sebagai 'rawatan sementara' sebelum ke klinik ada reaksi biasa yang diterima Wak Mat.
Wak Mat hanya tersenyum. "Mulanya kurang yakin, tapi apabila rasa sakit tidak tertahan Iagi, sebagai ikhtiar mereka datang juga berjumpa saya. Kononnya untuk rawatan sementara sebelum mendapat ubat klinik, tapi sudahnya sembuh dengan begitu sahaja tanpa perlu ke klinik. Maka pesakit yang serasi seperti itu akan meyakini keberkesanan kaedah rawatan herba ini. Malah ramai pula yang tidak ragu-ragu mengamalkan herba-herba saya sebagai amalan kesihatan harian selepas itu.."
Wak Mat juga menjelaskan, penyakit buasir juga boleh dirawat dengan penggunaan herba. "Tidak kira sepanjang mana duburnya yang terkeluar, saya boleh ikhtiarkan dengan pengambilan herba yang khusus untuk buasir. Ramai yang telah berjaya di ikhtiarkan. Beberapa penghidap buasir yang keadaannya sudah perlu dibedah, mencuba rawatan disini dan sembuh. Saya menyarankan, bagi penghidap buasir sebelum sampai ke tahap 'membuang' bahagian yang terkeluar itu, cuba ikhtiarkan secara herba dulu. Ditakuti akibat masalah buasir dan rawatan yang dijalani, bagi orang lelaki mungkin boleh menyebabkan masalah lain seperti lemah tenaga batin.."
Bagi Wak Mat yang menyediakan sendiri ramuan herba untuk perubatannya, harga herba-herba yang disediakannya tidaklah semahal persediaan herba yang telah dikomersilkan atau semahal ubatan-ubatan moden. "Harga setiap satu bermula daripada RM5 hingga RM10 sahaja. Maklum sahajalah, sebut saja ubat-ubat akar kayu dan daun-daun hutan buatan orang-orang kampung, kalau mahal tiada siapa yang mahu membelinya? Tidak ada nilai jika dibandingkan dengan ubatan moden. Sedangkan kandungan herba yang asli dengan khasiat-khasiatnya yang telah teruji sebenarnya lebih elok dan tidak menimbulkan kesan sampingan yang tidak baik kepada kesihatan. Saya sendiri, setelah betul-betul mahir dan mendalami satu-persatu setiap jenis akar kayu dan daun-daun ubat ini, barulah saya adunkan bersama bagi rawatan untuk penyakit tertentu. Tidak kira ubat apa sekalipun, jika tersalah campurannya ia tidak menjadi malah dalam sesetengah keadaan ia menyebabkan keracunan pula. Sepanjang saya menyediakan ubat-ubat herba ini, belum ada lagi yang saya dengar khabar mati akihat memakan herba!"
Wak Mat mendapatkan bekalan herba-herba hutan dari orang-orang kampung dan juga masyarakat orang asli yang sudah lama menjadi pembekal herba-herba yang diperlukan Wak Mat. Wak Mat juga menyediakan herha hagi mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi dan penawar resdung yang cukup mendapat sambutan dari kalangan masyarakat tempatan.
"Jangan memandang rendah akan penggunaan herba, khasiatnya memang terbukti dan berkesan. Kalangan pengguna ubat-ubat herba saya ada juga dikalangan doktor dan ahli farmasi sendiri kakitangan profesional lain datang membeli herba-herba disini sebagai amalan pemakanan kesihatan mereka yang semulajadi.." Dari hasil menjual ubat-ubat herbanya inilah Wak Mat menanggung hidupnya yang sebatang kara sejak kematian isterinya beberapa dekad lalu. Sakit pening dirinya, dialah yang menanggung seorang diri. Namun hendak mencari pengganti isterinya, Wak Mat langsung tidak pernah terlintas kerana baginya, siapalah yang betul-betul sudi dan ikhlas mahu menjaganya ketika dini sudah semakin uzur mi. Setakat sakit-sakit ringan, Wak Mat hanya mengamalkan ubat-ubat herba dan akar kayu sebagai penawarnya. Dia bersyukur dengan keadaan kesihatannya yang tidak pernah melarat hingga terpaksa dibawa ke hospital.
Ö Kepada yang ingin bertanya lebih lanjut dan berhajat untuk berikhtiar mencuba rawatan herba Wak Mat, boleh berhubung dengan jirannya Fahmi di talian 017-9566179.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads