Rabu, 11 Julai 2012

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


APBN ONLINE: NAMPAKNYA,, PENDUDUK <b>MANEK URAI</b> TIDAK <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2011 11:52 AM PST

Assalamualaikum.

Pada petang semalam ambo mendapat satu berita yang sudah ambo jangka dari surat khabar Sinar Harian.  Lihat bawah :


Di mana Abe Uji menafikan segala-gala yang ambo rakamkan kajian tahap kepimpinan Abe Uji di Kampung Manek Urai setelah 2 tahun 5 bulan menjadi tok wakil. Bagi ambo, apa yang berlaku ini  ianya sudah menjadi kebiasaan bagi ahli politik. Bila seseorang rakyat kecil seperti ambo ini menegur seorang pemimpin dengan kebenaran maka kebenaran itu akan di sepak ke tepi tanpa merujuk apakah yang di sangkalnya itu adalah masalah yang sewajibnya di selesaikan oleh Abe Uji sendiri sebagai payung kebajikan rakyat . Apakah sikap sebegini layak untuk seorang yang bergelar pemimpin tambah-tambah lagi pemimpin yang kononnya memperjuangkan kebajikan.  Nilaikan sendiri dengan mata batin dan zahir. Rasionalnya pun jawapan telah terpampang di hati dan di minda pembaca sekalian. iapa yang inginkan kepastian mutlak.... maka ringan-ringankan kaki untuk berjalan ke kawasan yang ambo paparkan sebelum ini.
Sinambungan terhadap penafian Abe Uji ini terhadap ambo, maka sekali lagi ambo dengan lebih berani lagi untuk menonjolkan kegagalan kepimpinan Abe Uji terhadap menjaga kebajikan anak mukim Manek Urai hinggakan penduduk manek Urai sendiri telah merasa bosan dan dan jelik terhadap Abe Uji hinggakan 2 gotong royong penting di Manek Urai dalam minggu ini, rakyat merasakan tak perlu lagi memadah tok wakil, sedangkan tok wakil tak boleh menjaga kebajikan mereka seperti yang di harapkan. Menjanjikan segalanya adalah mudah dengan percuma bermodalkan air liur tapi melaksanakan tugas kepimpinan adalah sangat sukar. Ini adalah hakikat.
Video di bawah ini ambo rakamkan sendiri bersama penduduk Manek Urai Lama pada hari Jumaat minggu lepas tanpa kehadiran tok wakil Abe Uji sendiri.
Begitu juga dengan keadaan kelmarin di mana sekumpulan NGO yakni KRT, RELA, GDW dan pemimpin JKKKP mukim Che Din Noh dan Pentadbir Mukim Wan Nejemuding bertungkus lumus walaupun hujan dalam menyelenggara dan membersihkan  Madrasah KTMB Manek Urai lama tapi di mana tok wakil Abe Ujinya?.  Jelaslah dia sendiri di pinggirkan oleh anak mukimnya sendiri.  (sumber Sinar Harian semalam)

Maaflah jika ambo menulis ini membuatkan sesetengah pihak merasa tersinggung   dan marah. Tapi ambo juga berhak kerana ambo juga adalah salah seorang anak mukim di sini, ambo mengundi di sini anak jati di sini. Ambo dari kecil sampai  ke besar , inilah kampung laman ambo. Abe Uji asal orang mana ? Berkenaan dengan kenyataan Setiausaha Majlis Tindakan Dun yakni Mohammad Safardi Yusof yang mengatakan konon nya saya berniat jahat dengan melarikan diri bila mendekati saya. Terus terang ambo katakan kenapa ambo mesti takut walhal sebenarnya ambo begitu tergesa-gesa untuk pulang ke Kota Bharu bermotosikal dalam keadaan sambil lalu atau hanya berkesempatan merakam gambar sahaja,  ' JIKA BENAR INGIN BERJUMPA AMBO , AMBO CABAR , SILA SEDIAKAN KESEMUA WARTAWAN SINAR HARIAN, HARAKAH DAN UTUSAN DAN TOP BLOGGER KEDUA-DUA BELAH PIHAK PAKATAN  DAN BN   UNTUK KITA MENGUNJUNGI TEMPAT-TEMPAT YANG AMBO PERNAH RAKAMKAN SEBELUM INI SAMADA IANYA SATU PEMBOHONGAN ATAU KEBENARAN. INSYAALLAH' 
Dan ingatlah , Demi Allah Taala, ambo juga adalah salah seorang di antara yang Abe Uji peluk di kediaman  rumah arwah Poksu Wel , setelah perkhabaran bahawa beliau adalah calon PAS yang akan bertanding pada PRK Manek urai yang lalu sambil membisikkan ke telinga ambo ' Tulong lah ambo'.

Wassalam

RENUNGLAH DAN SENYUMLAH DENGAN KEBENARAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads