Rabu, 11 Julai 2012

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Penduduk Teruja Terima Penapis Air Percuma | Detik Perubahan

Posted: 11 Jul 2012 01:20 AM PDT

Penerima menunjukkan penapis air mudah alih mereka.

Oleh IZZ MIQAEL

BACHOK – Seramai 400 penduduk Bachok menerima sumbangan penapis air daripada Yayasan Kasih Sayang Malaysia (YKSM) itu khusus untuk 400 penduduk di tiga buah Dun iaitu Jelawat, Perupok dan Tawang.
Seorang penduduk, Liza Awang,46, berkata, apabila dimaklumkan mengenai sumbangan penapis air tersebut, dia amat teruja untuk memilikinya walaupun kini telah menggunakan air paip biasa.
"Apabila dimaklumkan mengenai pemberian penapis air ini, saya amat teruja untuk memilikinya sekurang- kurangnya untuk menapis air minuman.
"Hal ini kerana adakalanya air paip di rumah saya sering berwarna kekuningan seperti karat," katanya yang tinggal di Jelawat.
Seorang lagi penduduk, berkata, dia sekeluarga tidak pernah menggunakan air paip dan hanya bergantung kepada air 'boring' atau pancang.
"Saya amat berterima kasih di atas inisiatif YKSM yang ingin melihat penduduk di sini menikmati air bersih sedang di beberapa kawasan mengalami krisis bekalan air akibat pelbagai faktor.
"Saya harap inisistif ini dapat diperluas di kawasan lain untuk membantu rakyat menikmati air bersih," katanya.
YKSM membuka ruang ini untuk memberikan penapis air mudah alih keluaran sebuah syarikat penapisan air.
Sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) itu seharusnya dijadikan contoh untuk membantu penduduk yang mengalami krisis bekalan air sepanjang tahun.
Difahamkan, penapis air mudah alih ini mampu menapis 2000 liter air bagi setiap unit yang dibekalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads