03 di dabong - Google Blog Search |
Kembara <b>Dabong</b> 1 - Kem Baha.. - Dari Papan Kekunci Liza Posted: 02 Jul 2012 09:53 PM PDT Mari bercerita walaupun ngantuk. sementara tunggu orang buat kerja renovation umah yang dah tunggang langgang ni..dgn kaki yang sengal mengal..jom baca coretan Hiking Ke Setong aku dan rerakan. Tak di plan..dgn buat muka tak malu walaupun tak di ajak oleh sesiapa..aku minta kawan aku Mat Tau masukkan nama aku dlm Trip ke Dabong pada 29hb Jun 2012. Tak tahu lah kenapa tak di ajak..tapi since aku dah lama sangat nak rasa pengalaman hiking dan bermalam dlm khemah..aku nekad jek dan hampir gak aku putus asa bila ada beberapa situasi yang buat aku rasa 'kenapa mcm ni?'..'Apa yang tak kena lgi?'. Apapun..niat aku satu..nak cari pengalaman..aku pergi juga. 6.45 pm aku dah keluar dari rumah dengan bag yang tak tahu lah berapa KG. Aku bawak khemah, maka bertambah2 lah berat bag. Solat Jamak Maghrib-Isyak di Stesen minyak Petronas sebab katanya kena ada paling lewat kul 8pm kat stesen..but ? emm..biasa lah..dekat kul 9 pun ada yang baru nak sampai. Keretapi pun sampai kul 8.55 pm. Berkumpul dan berposing dulu. Kul 9 pm KOT..ketapi pun cus cus cus...bergerak menuju ke Dabong. Kami ambil gerabak berkatil. Agak riuh suasana di dalam gerabak W3 sampai la semua terpejam walaupun tak lena. AJe gila nak lena dgn badan teroleng-oleng.Sebelum tidur, sempat lah berdinner di kantin ketapi..aku order roti bakar dengan nescafe O panas..tapi aku makan separuh je..lagi separuh setengah aku minta Saidi yang habiskan sebab aku dah kenyang. Makan minum aku di bayar oleh Saidi..heee..terima kasih. Sampai Dabong dlm kul 7am (asal ingatan aku lost ni?). Sarapan dgn nasi berlauk (OMG..manisnya kari mereka) dan nescafe O panas (again). Cuba mempack semula bag yang rasanya lg besar dari aku..but still..the bag was so heavy for me. Tak apa lah..bawak jek. Pendakian 20 minit pertama was not so tough lah..kalau takde bag..mungkin lagi OK. Apapun, kepenatan berbaloi bila di hidangkan dengan air terjun yang cunz. Air terjun ke berapa tah tertinggi di Asia Tenggara. Berbatu-batu..apa lagi..posing dulu. Aku leka gak dgn kecantikkan scenery terutama bila kabus mula menghilang..uissh..tinggi. Sampai lah aku terpijak batu basah ..tergelincir and tergelonsor ke bawa dan sempat di tarik oleh Kenet..terus lutut aku mengeletar. Huaaaaaaaa...terkejut! Aku bukan takut jatuh..tapi aku takut..jatuh dan masuk dlm air ..dah la air terjun laju dan sejuk..Ohoiii! Air dan sejuk..2 benda yang buat akut hidup dalam ketakutan. Dah la pendakian seterusnya kena daki lereng2 batu di air terjun..Ya Allah..makin mengigil aku..tapi..tak kan nak suh orang dukung lak kan? Lagi sekali..ketika mendaki bag dah tarik aku ke belakang and tgn aku tak kuat nak push badan naik wpun ada tali. Dua kali aku terjatuh and dada terhentak ke batu..sakit okek! Masa ni Pok Chu a.k.a Guide aku turun balik amik suh aku bukak bag..huhuu..terima kasih byk2. Pok Chu bawak bag aku sampai masuk hutan. Ada gak kawan aku perasan aku dah menggigil jek..tapi I got no choice..perjalanan harus di teruskan..dia org boleh bagi semangat je lah..kan? Masuk je hutan..Ya Allah..alhamdulillah..tapi nampak je batu liicin..aku jadi trauma. Gilos! Mungkin tengok aku yang semakin tak keruan..Kenet minta tukar bag. DIa bawa bag aku..aku bawak bag dia. Terima kasih wpun bag kita takde banyak beza pun beratnya. 2 jam lebih hiking..sampai lah ke Kem Baha. Cantik! Pasang khemah..dan lepak jap.Masa dlm khemah..aku baring jap untuk tenangkan fikiran ..serius,aku tak boleh bayangkan kalau jatuh terus dlm air td..si natte ckp 'Come on kak zai..mana kak zai yg saya kena dulu?'..cess..hahahaha..ni jawapan aku 'Kazai dulu and skrang..memang dah tak sama'.. ahaks! Kat Kem Baha..aktiviti memasak pun bermula. Ina and Natte main peranan utama. Sedap okek Chef Kenet masak. Kira cukup la makan minum semua. Jam 3.45 pm..guide bawak kita org ke Telaga 7. Kena meniti batu2 la aku jadi 'Ngong' kejap. Takut tak habis. Nak sampai ke Telaga 7, kena redah gak lah hutan and 1st experience..meredah hutan tak pakai kasut. Hahaha..syiok! Mahai okek pengalaman ni. Lepas tu Ayie a.k.a guide nombor 2 tunjuk telaga no 5 dan 6 and sesiapa nak cuba terjun dlm telaga tu..di persilakan. Aku pun cuba gak..tapi skill of menyelam adalah tidak pandai..tak habis pun kepala aku masuk dlm air..omang ngaiii.sejok!!! terus keluar dari air..lepak jap bawah air terjun..pun tak sampai 5 minit sebab tersangat sejuk..aku dah melepak atas batu..gigil and gigil and gigil..hahaha..ini lah akibatnya sbb tak cukup lemak kot. Lepas tu balik ke Air Terjun Kem Baha and ada aktiviti sliding dr air terjun..ohoii..best nya..Slide dr ketinggan 50 M..and kegedebush masuk air. Hati nak sangat buat TAPI sbb aku tak pandai berenang air and takut air..ku pendamkan saja perasaaan nak mencuba. Geram pun ada..rasa rugi pun ada sbb tak buat..lps tu aktiviti mandi manda..PUN aku tak lama dlm air.S.E.J.U.K! kesian kan tak tahan sejuk..ngeeee. . Malam..lps solat and dinner..kami lepak di atas batu puncak Kem Baha..just lepaking..menikmati angin malam (sejuk lagi..brrrrr) and dlm 9.45pm, aku dan Masyu balik ke Khemah..tak larat lah nk lepak lama2 dlm sejuk..Aku tidur dengan Natte. Mula2 tidur hanyalah dgn t-shirt..sekali tah pukul berapa..Ya Allah..sejuknyaaaa..terus buka sleeping bag..pakai baju sejuk..selubung lg dgn kain..baru dpt tidur. Alhamdulillah, tidur agak lena wpun sakit bdn. okek..nnt sambung Dabong - Gunung setong pulop yea.. ;) *gambar tak byk di dalam enpon..nnt tunggu kenkawan upload.. |
EDU-kasi: Kawasan Rekreasi Stong, Jelawang, <b>Dabong</b>, Kuala Krai <b>...</b> Posted: 18 May 2012 05:51 PM PDT Pada 27-28 Mac 2012 saya ke kawasan Rekreasi Hutan Stong, yang terletak di Jelawang, Dabong, di Daerah Kuala Krai Selatan, Kelantan, bagi satu penyelidikan berkaitan pelancongan. Di bawah adalah sebahagian gambar-gambar yang saya ambil untuk dikongsikan dengan para pembaca blog ini: Berikut adalah maklumat berkaitan tempat ini yang dipetik daripada laman sesawang Majlis Daerah Dabong: 1. Hasil penilaian audit, didapati bahawa Taman Hutan Negeri Stong dikategorikan pada Peringkat Nasional (58.4%) 2. Taman Hutan Negeri Stong berupaya meningkatkan prestasi ke peringkat antarabangsa dengan memberi perhatian terhadap aspek-aspek seperti : · Meningkatkan kemudahan asas : Mewujudkan gerai cenderahati dan restoran · Penyelenggaraan : Meningkatkan tahap kebersihan di beberapa tempat yang bermasalah · Pemasaran dan promosi :Membangunkan laman web khas Di bawah adalah petikan daripada laman sesawang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Gunung Setong (Stong)- Gunung Ayam, Dabong, Kelantan. Kedua-dua gunung yang berada di Hutan Jelawang ini kebiasaannya didaki dalam satu ekspedisi. Dabong adalah pekan kecil yang terdekat, kemudahan stesen keretapi menjadikan keretapi sebagai pengankutan pilihan para pendaki untuk ke Dabong. Dari Dabong pendaki perlu menaiki bot untuk merentas Sg. Galas kira-kira 5 minit perjalanan. Perjalanan seterusnya sejauh 5KM jalanraya berturap dengan van atau kereta sapu untuk tiba di Kg. Jelawang. Pendaki boleh memulakan pendakian dari Kg. Jelawang melalui trek balak atau meneruskan perjalanan dengan van atau kereta sapu menyusuri jalan kampung sejauh 2.8KM ke Resort Jelawang. Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666 kaki dari aras laut. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian. Terdapat dua lagi trek ke Baha's Camp yang berada di puncak Air Terjun Jelawang pada ketinggian 1404 dari aras laut. Satu trek terus ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki air terjun jelawang sebelum masuk ke trek balak. Pendaki boleh tiba di Baha's Camp kira-kira 45 minit berjalan. Baha's Camp diselia oleh sekumpulan anak tempatan yang memberi perkhidmatan jurupandu arah selain mengawasi kawasan Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup luas dan boleh menampung ratusan orang. Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Baha's Camp seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung. Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai di dalamnya bagi memudahkan pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap memberi keseronokkan kepada pengunjung. Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri Air terjun ini agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok bermain air di sini sama ada mengelunsur di air terjun mahupun berenang. Telaga Tujuh Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik. Air Terjun Dua Gunung Dua air terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu sungai. Trail Kebiasaannya pendaki memulakan pendakian dari Baha's Camp seawal pagi setelah bermalam dan menikmati panorama matahari terbit dari puncak air Terjun Jelawang. Trek adalah mengikut jalan balak tinggal seterusnya melalui denai-denai yang mencanak. Pada waktu tengahari pendaki boleh tiba di puncak G. Stong. Setongkol batu besar dengan pokok bonsai di atasnya menjadikan puncak ini unik. Dari istilah 'stone' disebut jadi bunyi 'setong' dalam dialek tempatan. Dari puncak G. Stong pendaki perlu turun hingga ke satu persimpangan trek ke G. Ayam yang dipanggil "Beta Balak" pada ketinggian 2652 kaki dari aras laut. Di sini jugalah punca air terakhir sebelum ke puncak G. Stong. Trek dari Beta Balak ke Puncak G. Ayam kurang mencanak berbanding ke G. Stong. Pendaki akan melalui kawasan pokok-pokok bonsai sejurus tiba di puncak Baha iaitu anak G. Ayam. Puncak Baha ke Puncak Ayam hanya memakan masa kurang sejam perjalanan. Lewat petang pendaki boleh tiba di puncak G. Ayam. Puncak G. Ayam ditanda dengan 'plate' dan terdapat pokok-pokok bonsai setinggi 10 kaki. Kira-kira sepelaung dari puncak ini terdapat kawasan perkhemahan yang boleh memuatkan sekitar 50 orang. Bukan sahaja tapak khemah, tapak kaki gajah juga biasanya terdapat di sini. Pemandangan matahari terbenam cukup indah berlatarbelakangkan pokok-pokok bonsai di kawasan khemah. Sumalian Trail Satu lagi laluan ke G.Stong dan G.Ayam adalah dengan mengikut lembah Semeliang (Dialek tempatan berbunyi Sumelian). Laluan ini tidak mempunyai trek (off-trek) dan memberi cabaran yang lebih hebat kepada pendaki. Selain terpaksa meredah hutan, laluan adakalanya menyusuri anak-anak sungai atau longkang laluan air. Terdapat beberapa tempat menarik di Lembah Sumeliang seperti Taman Orkid, Gua Kelawar dan Gua Kayu Jadi Batu. Taman Orkid merupakan kawsan yang ditumbuhi orkid-orkid liar yang jarang ditemui. Gua Kayu Jadi Batu pula adalah gua yang mempunyai fosil kayu balak yang sekeras batu. Selain itu terdapat kalimat 'Allah' (Alif-Lam-Lam-Ha) berwarna hijau florencent secara semulajadi di dalam gua ini. |
You are subscribed to email updates from di dabong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan