Rabu, 12 September 2012

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Adun <b>Wakaf Bharu</b> terus tabur bakti <b>di</b> bulan Ramadhan <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 09:20 PM PDT

Oleh : Zahrawani Ayu

Che Abdullah menyampaikan mesin proses air tebu kepada penduduk.

TUMPAT(Wakaf Bharu ), 7.Ogos – Kesibukan tugas sebagai Adun tidak terhenti biarpun berada di bulan Ramadhan, malah ia semakin sibuk terutamanya menghadiri majlis berbuka puasa di setiap pelusuk kampong dalam Dun Wakaf Bharu.

Che Abdullah Mat Nawi yang juga merupakan Exco negeri Kelantan baru- baru ini telah berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk mesin pemerah tebu dan mesin membuat air soya kepada penduduk setempat.

Penyampaian sumbangan diadakan di Pejabat Adun Wakaf Bharu, Kompleks Purnama.

Turut sama Isteri belia Saliha Yaakub dan petugas MTD.

Sementara itu penerima sumbangan mesin pemerah tebu, Ab.Ghani Talib,53 dari kampong Kebakat melahirkan rasa gembira di atas sumbangan mesin tersebut dan ia akan digunakan sebaik mungkin bagi menambah pendapatan keluarga.

" Saya amat berterima kasih kepada Che Lah yang begitu perihatin masalah rakyat di dun Wakaf Bharu dan ia seharusnya menjadi ikutan orang lain."ujar beliau.

Isteri Che Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada kaum ibu.

Bagi Che Som Abdullah yang menerima mesin proses kacang soya pula berkata penglibatan isteri adun Wakaf Bharu dalam masyarakat membolehkan golongan kaum ibu mendekati dengan lebih selesa lagi.

"Saya amat kenal isteri wakil rakyat kita ni, Kak Ha amat peramah dan amat memahami masalah kaum ibu di kawasan ini dan beliau sering turun padang bersama YB ke mana saja dan ini membolehkan kaum ibu mendekati dan menyampaikan secara terus masalah mereka"katanya lagi.

Adun <b>Wakaf Bharu</b> - CJMY - Citizen Journalist Malaysia

Posted: 03 Sep 2012 08:36 PM PDT

Exco Pertanian Kelantan Che Abdullah Mat Nawi selaku Adun Wakaf Bharu berucap semasa di majlis ramah mesra meraikan pelajar-pelajar ke IPTA bersama ibu bapa dan pemimpin-peminpin Dun Wakaf Bharu.

Beliau berkata, amat berbangga dengan pencapaian anak-anak Wakaf Bharu yang dapat meyambung pendidikan keperingkat IPTA.

Dengan peruntukan wang hanya sebanyak RM20 ribu dari Kerajaan Negeri Kelantan, walaupun tidak mencukupi tetapi tidak menjadi halangan untuk meraikan kerana beliau dan peminpin-peminpin lain akan ikhtiar untuk mencarinya.

Beliau menegaskan bahawa kemeriahan ini disambut bukan setakat penyokong-penyokong PAS, tetapi diraikan bersama seluruh rakyat Wakaf Bharu tanpa mengira batas politik, bangsa dan agama.

Wakaf Bahru

Jamuan Raya Pas <b>Di</b> Rumah Ketua UMNO Cawangan | Detik <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 03:59 AM PDT

WAKAF BHARU – Seperti yang dijadualkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tajaan Pas di rumah Ketua UMNO Cawangan Bendang Luas, Pak Din Tar atau Shamsudin Salleh berlangsung hari ini.

Tinjauan blog Kickdefella ke majlis jamuan hari raya PAS di perkarangan rumah Ketua UMNO Cawangan Bendang Luas dalam DUN Wakaf Baru mendapati fenomena yang amat mengejutkan. Ini kerana jamuan yang sepatutnya bermula jam 12 tengahari itu langsung tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tidak mahu mempercayai maklumat yang kami terima, kami berkunjung sendiri ke perkarangan rumah Ketua Cawangan UMNO itu dan

menyaksikan sendiri ada 10 buah kereta tetamu pada jam 2.40 petang tadi sedangkan pihak Pas mendakwa tetamu akan ramai selepas solat Zuhur.

Majlis hari raya Pas di kediaman itu sebelum ini dijangka akan mendapat sambutan luarbiasa kerana ia adalah julung kali berlaku menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 bila PAS dan Ketua Cawangan UMNO dapat bekerjasama di dalam majlis yang sebegini bermakna.

Sebelum ini Pas sentiasa menolak tawaran oleh UMNO di pelbagai peringkat untuk mengadakan kerjasama di dalam pelbagai bentuk terutamanya hal politik dan masalah tempatan.

Kemungkinan juga sambutan hambar ini berikutan adanya tentangan dari akar umbi PAS di beberapa unit peti undi yang dikatakan tidak berpuas hati dengan habuan yang akan diberikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menyertai PAS menjelang pilihanraya umum akan datang.

Beberapa penduduk di bawah peti undi Chabang Empat pula mendakwa menerima sms dari wakil PAS di kawasan tersebut yang melahirkan rasa tidak puas hati kerana beranggapan keistimewaan yang diberikan kepada pemimpin UMNO itu tidak ubah ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Sementara itu, menurut sumber dari wakil Pas Pasir Pekan pula, sejak awal pagi mereka ada menerima maklumat ahlinya di Wakaf Baru menyebarkan risalah memaparkan keratan hadis Rasulullah S.A.W yang mengeji pemberi dan penerima rasuah.

Sementara itu pada malam ini, sebuah ceramah umum akan diadakan dengan 6 penceramah dijemput termasuklah YB PAS Tumpat, ADUN Pas Wakaf Baru dan Nik Aziz sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads