03 di demit kelantan - Google Blog Search |
- .: Setiausaha Pakatan Tanding <b>Di Demit</b>?
- DIALOG RAKYAT: Setiausaha Pakatan Tanding <b>Di Demit</b>?
- .: Petronas Pecah Janji Tidak Bayar Royalti
.: Setiausaha Pakatan Tanding <b>Di Demit</b>? Posted: 23 Sep 2012 08:22 PM PDT BAKAL CALON Setiausaha Pakatan Darulnaim, pertubuhan yang menghimpunkan anak-anak Kelantan di perantauan pro Umno, Roslan Mohamad disebut-sebut bakal diturunkan Umno untuk bertanding di salah satu Dun di Kelantan. Roslan kelahiran Kubang Kerian katanya akan diperuntukan Dun Demit yang terletak dalam Parlimen Kubang Kerian. Sebelum ini Dun Demit ditanding oleh Mohamad Abdul Ghani yang tewas kepada Muhammad Mustafa dengan kekurangan undi sebanyak, 4,799.Roslan yang juga merupakan pegawai eksekutif di Proton. Beliau seorang aktif dan mempunyai personaliti yang menarik serta seorang aktivis Ngo yang rajin. Semasa bertemu dengan beliau dua hari kepas, Roslan tidak menolak desas desus itu dan berkata; "kalau parti berkehendakkan saya sedia untuk mengambil risiko." Bagaimana pun katanya perbincangan lanjut dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed difahamkan masih belum diadakan lagi. Sebelum ini Najib Razak mengatakan Umno akan meletak calon yang boleh menang tidak kira ianya merupakan pimpinan bahagian atau pun tidak. Kemungkinan Umno meletakkan Roslan juga dikira tepat dengan profesyen dan juga personaliti Roslan yang sedarhana dan seorang berhemat. Sementara itu seorang lagi winneable candidate Dr Junaidi Abdu Bakar yang disebut-sebut kononnya akan diletak bertanding di Kuala Krai dikatakan sahamnya kini mulai merudum ekoran pemasangan posternya di sepanjang jalan sempena hari raya lalu. Pemasangan poster yang mengalu-alukan kepulangan anak perantau sekali gus untuk mempromosinya itu tidak disenang oleh orang ramai dan ada setengah menganggapnya yang tidak wajar dan satu perbuatan yang ganjil. Orang ramai menganggap pemasangan papan tanda itu sebagai melampau dan tidak kena pada tempatnya sekaligus menyerlahkan akan keghairahan timbalan naib cencelor (hal ehawal pelajar dan alumni) UPSI. Dalam papan tanda itu beliau turut menyebut jawatan dan kedudukannya serta jawatan dalam pasukan awam. Lantaran itu ada yang mempersenda-sendakan bila pula UPSI membuka cawangan di Kuala Krai. Sehubungan itu kerusi parlimen Kuala Krai besar kemungkinan Umno akan serahkan kepada Ketua Bahagian Ramzi Abdul Rahman untuk berhadapan dengan dengan calon Pas Dr Mohd Hatta Ramli. Selain Junaidi, Razmi juga berhajat untuk menjadi calon di parlimen Kuala Krai. Sikap Ramzi yang dikatakan merendah dan tidak menonjolkan diri seperti mana Dr Junaidi mendapat perhatian pucuk pimpinan. Begitu juga dengan jasa dan bakti Ramzi lebih dirasai oleh rakyat Kuala Krai berbanding dengan Junaidi. Selain itu pengalaman yang dilalui Umno dengan meletakkan Prof Che Musa Che Omar dalam pilihan raya menjadi Umno takut dan phobia untuk meletakkan seorang lagi tokoh akademik di Kuala Krai.[wm.kl.11:02 am 24/09/12] |
DIALOG RAKYAT: Setiausaha Pakatan Tanding <b>Di Demit</b>? Posted: 24 Sep 2012 01:31 AM PDT MSO Setiausaha Pakatan Darulnaim, pertubuhan yang menghimpunkan anak-anak Kelantan di perantauan pro Umno, Roslan Mohamad disebut-sebut bakal diturunkan Umno untuk bertanding di salah satu Dun di Kelantan. Roslan kelahiran Kubang Kerian katanya akan diperuntukan Dun Demit yang terletak dalam Parlimen Kubang Kerian. Sebelum ini Dun Demit ditanding oleh Mohamad Abdul Ghani yang tewas kepada Muhammad Mustafa dengan kekurangan undi sebanyak, 4,799.Roslan yang juga merupakan pegawai eksekutif di Proton. Beliau seorang aktif dan mempunyai personaliti yang menarik serta seorang aktivis Ngo yang rajin. Semasa bertemu dengan beliau dua hari kepas, Roslan tidak menolak desas desus itu dan berkata; "kalau parti berkehendakkan saya sedia untuk mengambil risiko." Bagaimana pun katanya perbincangan lanjut dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed difahamkan masih belum diadakan lagi. Sebelum ini Najib Razak mengatakan Umno akan meletak calon yang boleh menang tidak kira ianya merupakan pimpinan bahagian atau pun tidak. Kemungkinan Umno meletakkan Roslan juga dikira tepat dengan profesyen dan juga personaliti Roslan yang sedarhana dan seorang berhemat. Sementara itu seorang lagi winneable candidate Dr Junaidi Abdu Bakar yang disebut-sebut kononnya akan diletak bertanding di Kuala Krai dikatakan sahamnya kini mulai merudum ekoran pemasangan posternya di sepanjang jalan sempena hari raya lalu. Pemasangan poster yang mengalu-alukan kepulangan anak perantau sekali gus untuk mempromosinya itu tidak disenang oleh orang ramai dan ada setengah menganggapnya yang tidak wajar dan satu perbuatan yang ganjil. Orang ramai menganggap pemasangan papan tanda itu sebagai melampau dan tidak kena pada tempatnya sekaligus menyerlahkan akan keghairahan timbalan naib cencelor (hal ehawal pelajar dan alumni) UPSI. Dalam papan tanda itu beliau turut menyebut jawatan dan kedudukannya serta jawatan dalam pasukan awam. Lantaran itu ada yang mempersenda-sendakan bila pula UPSI membuka cawangan di Kuala Krai. Sehubungan itu kerusi parlimen Kuala Krai besar kemungkinan Umno akan serahkan kepada Ketua Bahagian Ramzi Abdul Rahman untuk berhadapan dengan dengan calon Pas Dr Mohd Hatta Ramli. Selain Junaidi, Razmi juga berhajat untuk menjadi calon di parlimen Kuala Krai. Sikap Ramzi yang dikatakan merendah dan tidak menonjolkan diri seperti mana Dr Junaidi mendapat perhatian pucuk pimpinan. Begitu juga dengan jasa dan bakti Ramzi lebih dirasai oleh rakyat Kuala Krai berbanding dengan Junaidi. Selain itu pengalaman yang dilalui Umno dengan meletakkan Prof Che Musa Che Omar dalam pilihan raya menjadi Umno takut dan phobia untuk meletakkan seorang lagi tokoh akademik di Kuala Krai. |
.: Petronas Pecah Janji Tidak Bayar Royalti Posted: 23 Sep 2012 10:53 PM PDT RESPON Berikut disiarkan catatan sdr MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF salah seorang dari puluhan ribu rakyat Kelantan yang 'bergalabut' mengenai royalti petroleum yang sepatutnya dibayar. Penulis ini rajin memberi pandangan dan melontarkan kritikan sosial di media massa. Setiap kali beliau mencoret sesuatu akan dikirimkan kepada saya. Syabas atas kerajaan sdr tanpa mengenal penat dan jemu. Ikutilah pandangan dan komenter beliau; Dengan desakan langsung dari rakyat terhadap kerajaan pusat agar membayar royalty kepada kerajaan Kelantan sebagaimana perjanjian 9 Mei 1975, nyata ia membuka kesedaran pelbagai pihak kepada banyak isu di sebaliknya. Apa yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda dalam gerakan yang disebut R terus mendapat sambutan lantas membuka kesedaran yang lebih meluas. Kini ramai yang menantikan satu prosiding rayuan yang dijadualkan pada 3 Oktober. Dalam pada itu juga, dijangka satu prosiding memohon pengishtiharan mahkamah terhadap ketidakesahan perjanjian tersebut turut akan dikemukakan. Dalam suasana inilah, saya suka menarik perhatian kepada pemahaman kita kepada satu prinsip asas dalam undang-undang kontrak. Harapan saya dengan pemahaman tersebut seluruh rakyat umumnya dan rakyat Kelantan khususnya akan terus berdiri teguh di belakang keputusan yang akan diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani isu royalty ini. Undang-undang paling asas dalam sesuatu kontrak menyatakan bilamana salah satu pihak gagal memenuhi tanggungjawab dalam perjanjian, ia dikatakan telah pecah kontrak atau "repudiate". Tindakan ini membangkitkan hak kepada pihak yang satu lagi untuk "rescind the contract" iaitu mengambil tindakan untuk membatalkan terus perjanjian yang dipersetujui. Dalam hal ini, Petronas yang gagal membayar royalty sebagaimana dipersetujui telah memecah janji "repudiate the contract" dan kerajaan Kelantan dalam hal ini berhak membatalkan dan menamatkan perjanjian tersebut atau "rescind the contract". Justeru, pihak-pihak iaitu Petronas dan Kelantan dalam hal ini tiada lagi sebarang tanggungjawab sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian 1975. Dengan erti kata lain, Petronas tiada lagi hak untuk memasuki kawasan perairan dan daratan Kelantan untuk meneroka minyak di sana. Kerajaan Kelantan pula berhak untuk memutuskan dengan apa jua cara bagi meneroka dan mencari gali minyak di kawasan daratan dan perairan Kelantan dengan cara mereka sendiri. Tentunya suasana ini amat menguntunkan rakyat Kelantan kerana hasil bumi mereka boleh diuruskan oleh kerajaan yang mereka pilih melalui pilihanraya yang sah. Semoga prinsip-prinsip asas undang-undang kontrak ini sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada rakyat Kelantan apatah lagi kepada gerakan rakyat dalam R. – 8 Zulkaedah 1433H. [wm.kl.1:53 t/hari 24/09/12] |
You are subscribed to email updates from di demit kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan