Selasa, 25 September 2012

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Ribut Landa <b>Wakaf Che Yeh</b> | Detik Perubahan

Posted: 24 Jul 2012 09:43 PM PDT

KOTA BHARU – "Mula-mula datang angin kali pertama dan hujan, saya pada masa itu sedang membuat air menganggap ia perkara biasa sahaja sehinggalah bila angin kedua datang, khemah kami tiba-tiba runtuh," kata Asri Nawi, 29, mangsa ribut yang berlaku di Pasar Malam Wakaf Che Yeh di sini.

Asri yang mengalami cedera di belakang badan akibat terkena libasan kabel khemah berkata, kejadian itu merupakan yang pertama kali berlaku semenjak lebih 10 tahun ibunya berniaga di tapak pasar malam tersebut.

Dia yang membantu ibunya berniaga di kedai makan itu berkata, semasa kejadian terdapat empat orang di dalam khemah termasuk anak saudaranya yang berusia dua tahun.

Kejadian yang berlaku beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa tersebut mencemaskan semua peniaga di sini dan hampir memusnahkan 30 buah khemah peniaga yang ada.

Ribut tersebut bukan sahaja merosakkan khemah peniaga tetapi juga memusnahkan bumbung pasar besar yang ada di sini.

Sorang peniaga, Sabariah Harun, 60, berkata, semasa kejadian itu dia sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa di bahagian belakang tapak perniagaannya.

"Apabila ribut reda saya segera ke tapak perniagaan untuk melihat dua khemah yang dijaga oleh anak-anak dan salah satu daripada khemah tersebut musnah sama sekali sehingga perniagaan kami terpaksa dihentikan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan, dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kejadian tersebut adalah disebabkan bencana alam bukannya masalah teknikal.

Beliau berkata, kebetulan laluan ribut melalui tapak pasar itu dan ia adalah luar biasa apabila tali dawai yang menjadi pemegang bumbung pasar besar itu boleh tercabut sehingga menyebabkan ia putus dan runtuh.

"Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan pemaju akan selesaikan masalah bumbung dengan gantikan yang baru dan sediakan khemah sementara waktu," katanya. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads