Rabu, 10 Oktober 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Generasi Kedua Felda Usaha Sarang Burung Walit | Detik Perubahan

Posted: 10 Oct 2012 12:51 AM PDT

GUA MUSANG – Seorang generasi kedua Felda di sini, membina bangunan di Felda Chiku 7, dekat sini, sejak enam bulan lalu, untuk menarik burung walit bersarang selepas menyedari sarang burung walit mendapat permintaan tinggi.

Walaupun memerlukan kos tinggi sebagai modal permulaan khususnya perbelanjaan bagi membina bangunan sarang burung, namun ia tidak memberi beban berikutan pulangan hasil yang berlipat ganda mampu menerima balik dalam masa singkat.

Bakal usahawan, Wan Harif Wan Mohamad, 40, bertekad mahu memajukan lagi dalam bidang berkenaan termasuk merancang untuk membuka kilang memproses sarang burung walit.

Bagaimanapun, dia masih mengharapkan kepada bantuan Felda bagi menyediakan pinjaman untuk membina sebuah bangunan menempatkan pelbagai mesin memproses yang dianggarkan sekitar RM20,000 bersama tapaknya.

"Kini saya sudah membina bangunan untuk sarang burung walit dengan perbelanjaan wang pinjaman bank RM100,000, tetapi masih mengharapkan bantuan tambahan daripada mana-mana agensi kerajaan termasuk Felda sendiri untuk berbuat demikian," katanya.

Wan Harif berkata, walaupun baru menceburi dalam bidang itu, namun hasil pengeluaran sarang burung walit semakin bertambah dan dijangka tahun depan melebihi daripada pendapatan sekarang yang masih sekitar RM8,000.

Wan Harif berkata, sekarang ini sarang burung walit boleh dipungut sekitar dua hingga tiga kilogram sebulan dengan harga jualan bagi gred A RM4,300 dan gret biasa RM1,900 hingga tidak mencukupi di pasaran.

"Apa pun, saya juga berterima kasih kepada Felda kerana membenarkan tanah kosong berhampiran penempatan peneroka di Felda Chiku 7, untuk saya membina bangunan sarang burung walit dan tidak mengganggu peneroka," katanya.

"Pasaran sarang burung walit amat luas,  penduduk tempatan juga  membeli kerana banyak khasiat termasuk boleh mengubati pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, kencing manis, asma dan awek muda," katanya. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads